Wednesday, December 9, 2009

Kagum, xfaham @ hebat??

Saya xfaham lah...
Orang sekarang memang memandang harta, pangkat dan duit kan?


Hebat betul..sangat2 hebat dan saya sangat2 lah benci dengan keadaan seperti itu.. Benci, tapi tidaklah saya bermaksud bahawa semua insan yang berharta, berpangkat dan berduit ini semuanya begitu..kerana saya percaya, masih ramai orang kaya yang mempunyai hati dan perikemanusiaan yang tinggi yang hidup di bumi ALLAH ini.. Saya hanya menulis berdasarkan apa yang saya lihat, melalui mata hati di langit yang luas terbentang di atas sana.


Haish~~

Saya betul2 xfaham..orang zaman sekarang
memang memandang harta, pangkat dan duit kan? Kenapa saya berkata begitu? kenapa?

Sebab, kerana harta, pangkat dan duit
lah membuatkan anak hilang hormat pada ibu bapanya, Kerana harta, pangkat dan duit lah membuatkan adik-beradik hilang hormat sesama sendiri, Kerana harta, pangkat dan duit lah membuatkan saudara membuang saudaranya sendiri, Kerana harta, pangkat dan duitlah membuatkan anak saudara hilang hormat pada pakcik2 dan makcik2 nya, betulkan? Lihat saja dunia sekarang..Dalam drama pOn banyak paparkan jalan cerita yang sama..Sebab harta, pangkat dan duit, ada yang sanggup buang saudara buang keluarga jauh dari hidup mereka kerana, xsama pangkat, xsetaraf, dan segala jenis 'X' lagilah..

*macam tanggang, kena sumpah jadi batu baru tau* hmm..hebat kan?
Tapi, bagi insan2 yang
bertuah itu, "xpe, xde keluarga pOn xpe, kawan2 kan ramai" haah..bile da jadi macam tu, nak buat macam mane? Haish~~ susah2..semua ni sebab apa? sebab harta, pangkat dan duitlah kan?


Nak lagi hebat?

Sebab harta, pangkat dan duit juga buat saudara yang sebelum ni xpernah mengaku saudara, saudara yang xpernah nak tolong di waktu susah, saudara yang xpernah pandang dan tegur bila berjumpa, saudara yang boleh memandang dengan sinis sebab keluarga miskin, xada duit, xpandai, rumah buruk..

TIBA2..suddenly..insan bertuah ini boleh mengaku saudara, boleh cakap "saya dengan si polan tu sedare, pas2 dengan si polan si polan tu pulak macam ni, macam tu.." wah, boleh plak kan tiba2 mengaku saudara. Sebabnya, sebabnye..nk tau sebab apa? Sebab nak kahwin dengan saudara yang dulunya miskin tapi sekarang dah kaya..Kalau dulu xpernah nak mengaku saudara sebab xada duit, tapi setelah ada duit, rumah besar, kereta besar, segala2 nya besar dan banyak, muncullah insan2 ini dengan perasaan bangga dan gembiranya lalu terus mengaku saudara..Siap nak buat laki, nak buat isteri, nak buat menantu, nak buat besan & bermacam2 lagilah..
Hebat! Syabas! Bravo! Saya tersangat2 lah kagum dan gembira untuk insan2 tersebut.. Kagumlah kan, sebab mase miskin, xada duit, dan semuanya xada dan buruk, xada plak yang nak mengaku diri tu saudara tapi bila dah kaya ni, banyak duit, segala jenis macam ada ni,
aih..makin ramai pulak yang mengaku saudara kan? Hebat! Syava bete Syava!

AKU KAGUM DENGAN PERHITUNGAN DUNIA!!!


Saya bukan tujukan pada sesiapa, saya cuma meluahkan apa yang saya rasa, apa yang saya nampak, & apa yang saya harungi *selain daripada terpaksa mengharung air banjir kat rumah.. Ini pOn salah satu kesan keEGOan manusia yang taksub manambun tanah sampai setengah pagar tingginya..Meman insan 'b'tuah' itu tidak pernah fikirkan keadaan insan di sekelilingnya.. Sumpah jadi berudu baru tau..huh!* HAti saya dah banyak tercarik melihat keadaan yang xstabil dan SENGET ini. Semuanya kerana HARTA, PANGKAT DAN DUIT..Betul tak??


Terlalu tidak adil dunia kepada insan2 lemah, yang xberdaya & xberharta..Insan2 lemah dipijak, dilanyak, digilis dan bermacam2 'di' lagilah..Sampai satu masa, insan2 lemah ini hanya mampu melihat dan berserah, dan xmampu berbuat apa2..sebab tidaj berbuat apa2? Insan2 lemah ini tidak mempunyai HARTA, PANGKAT DAN DUIT!








0 comments: