Monday, May 23, 2011

Geram atau sayang ?

Kerja sambilan saya di rumah selain daripada makna dan tidur ialah menjadi guru kelas malam. Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas malam untuk darjah 5 di sekolah adik saya. Saya cuma mengajar pada hari Ahad malam je. Saya gembira sangat dapat mengajar walaupun sekali je seminggu sebab, selain dapat sedikit income, dapatlah juga saya lakukan sesuatu semasa bercuti menanam anggur di rumah ni. Saya mengajar kelas 5 Mustaqim *2nd last class* bagi subjek English. Pertama kali saya ke kelas malam, rasa berdebar sangat, maklumlah nak mengajar di tempat yang baru lebih-lebih lagi budak-budak sekolah rendah. Saya memang tiada pengalaman mengajar di sekolah rendah, saya praktikal dulu pun di sekolah menengah sebab saya memang akan mengajar di sekolah menengah nanti *InsyaALLAH*

Bila dah berada di dalam kelas tu untuk mengajar, barulah saya faham kenapa cikgu-cikgu sekolah rendah garang. Bukan senang rupanya nak mengajar budak-budak ni lebih-lebih lagi pelajar lelaki. Mereka sangat tak reti duduk diam, suka bermain, nakal dan aktif walaupun waktu malam. Awal-awal mengajar kelas tu, saya terkejut sangat. Yelah, pelajar sekolah rendah sekolah menengah sangat berbeza, mereka susah nak dikawal. Al-maklumlah, mereka masih budak-budak dan sangat suka bemain.

Minggu pertama saya mengajar kelas tu, pelajar-pelajar masih OK dan terkawal lagi sebab mula-mula jumpa teacher baru kan. Masing-masing malu-malu je lagi, tak banyak cakap sangat. Teacher tanya sikit, diorang jawab sikit. Bila teacher suruh buat latihan pun, buat dengan patuhnya. Memang minggu pertama tu, kerja saya mengajar kelas tu soft and smooth je.

Minggu kedua kelas malam, budak-budak ni dah mula tunjuk belang. Maklumlah dapat teacher yang baik dan tak garang, masing-masing nak tunjuk perangai. Bila saya mengajar kat depan, ada yang bersembang kat belakang. Bila suruh diam diorang diam la sekejap, lepas tu bising balik ! Geram betul saya. Lepas tu, bila disuruh buat latihan, mulut lagi laju bergerak dari tangan. Baik si lelaki, baik si perempuan, semuanya sama naik membisingkan kelas. Bila dimarah, diam la sekejap tapi lepas tu bising balik. Sabo je la! Tapi apa yang saya suka dengan diorang, bila tiba masa berbincang diorang semua excited. Masing-masing pilih nak jawab soalan nombor berapa, berebut-rebut nak jawab sampai bising kelas tu. Maafkan saya ye cikgu-cikgu kelas lain sebab kelas saya yang paling bising (_ _ !) *huu* Geram memang geram sangat bila diorang bising tapi bila nampak diorang bersungguh-sungguh nak jawab, rasa suka pulak sebab nampak diorang nak belajar.

Masuk je minggu ketiga kelas malam, budak-budak kelas tu memang dah besar kepala. Bila saya mengajar kat depan, diorang bersembang kat belakang. Bila disuruh diam, diorang diam la sekejap tapi lepas tu bising balik. Kemudian, saya bagi latihan kat diorang nak bagi diorang diam. Yang geramnya, semasa buat latihan tu pun mulut lagi laju bergerak dari tangan. Bila disuruh diam, ada la 2-3 orang budak nakal dalam kelas tu yang dah pandai menjawab balik. Saya masih boleh bersabar lagi. Kemudian, masa berbincang soalan, masa saya tengah terangkan arahan soalan, budak-budak lelaki buat bising lagi. Mengacau kawan buat kerja lah, bising lah, lepas tu tak dengar apa yang saya bincangkan tu. Last-last, saya mengamuk juga. Geram sangat ! yela, saya membebel terang maksud soalan, diorang boleh bercakap, bermain pulak dalam kelas. Lepas tu mulalah tanya balik apa yang kena buat sebab tak dengar, tak faham. Masa saya mengamuk tu, pandai pulak masing-masing diam. Lama la jugak saya membebel sampai tak de suara dah. Lepas dah bincangkan soalan dan membebel tu, saya nak check kerja sorang-sorang sebab nak tengok diorang buat kerja tak.

Nak dijadikan cerita, boleh pulak seorang budak lelaki dengan seorang budak perempuan bergaduh dalam kelas tu masa saya tengah check kerja kawan-kawan yang lain. Yang si lelaki tu siap tendang kaki si perempuan tu. Tergamam jap saya tak tau nak wat apa *huhu*. Kemudian, saya tarik yang si lelaki tu duduk kat tempat dia then suruh yang lain diam. Nasib baiklah masa tu dah nak habis waktu. Saya suruh diorang bace doa habis belajar kemudian tamatkan kelas.

Tertekan sangat kelas malam semalam. Memang diorang dah besar kepala siap boleh bergaduh lagi. Bukannya saya tak marah diorang. Ummi saya pun dah pesan, dengan budak-budak ni kena garang baru diorang tak besar kepala. Tapi yang jadi masalah besarnya, saya tak pandai nak marah. Kalau marah pun, diorang diam la sekejap lepas tu buat balik. Sebab saya memang tak pandai nak marah. Harap-harap minggu depan saya boleh laa control kelas dengan lebih baik.

"YA ALLAH...kuatkanlah semangatku dan permudahkanlah urusanku untuk menyampaikan ilmu-Mu ini kepada anak bangsa..bukan hanya untuk mengajar mereka, malah untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna pada agamaMu.."


p/s : I really miss my students at SMK Putrajaya Presint 11(1) - 2IBH, 2ALF and 2ALK. They're the best students of mine.




2 comments:

misshelena said...

hai cikgu! hehe .... mi jadi cikgu doh skg eh

nurmiey sabtu said...

hehe..jd cg 2k kls mlm je skjp..mie x posting ag...