Sunday, August 14, 2011

Ramadhan Kareem 1

Soalan :

Selalu orang sebut bulan Ramadhan adalah bulan mulia, di manakah mulianya Ramadhan itu berbanding bulan-bulan lain?

Jawapan:

1. Kelebihan dan kemuliaan Ramadhan sabit dengan Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Sesungguhnya Ramadhan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat islam melaksanakan ibadah puasa. Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Difardhukan ke atas kamu puasa (Ramadhan)"
(Surah Al-Baqarah : 183)


2. Ramadhan juga adalah bulan diturunkan Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza"

3. Malam 'Lailatul Qadar' juga wujud pada bulan Ramadhan sahaja. Di dalam bulan Ramadhan ini juga, kita disunatkan untuk bersolat Terawikh.

4. Ketika Ramadhan juga, pintu-pintu syurga dibukakan, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan yang durjana.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan"





0 comments: