Tuesday, April 24, 2012

aisya humaira - lyrics



Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, digelar Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Beliau merupakan seorang wanita yang cintakan kebenaran, puteri kepada seorang lelaki yang cintakan kebenaran iaitu Khalifah Abu Bakar Abdullah bin Abu Quhafah Usman bin Amir daripada suku kaum Quraisy al-Taimiah di Makkah. Ibu kaum mukmin, isteri pemimpin seluruh manusia, isteri Nabi yang paling dicintai, puteri daripada lelaki yang paling dikasihi Rasulullah S.A.W dan wanita yang dibersihkan namanya dari langit ke tujuh. Beliau merupakan wanita yang telah membuktikan kepada dunia sejak 14 abad yang lalu, bahawa tidak mustahil untuk seorang wanita itu lebih berkebolehan daripada kaum lelaki dalam bidang politik atau strategi peperangan. 

Beliau merupakan sebaik-baik isteri dalam bersikap ramah kepada suami, menghibur hatinya dan menghilangkan derita suami yang berpunca dari luar rumah, sama ada yang disebabkan manisnya kehidupan mahupun kerana rintangan dan halangan yang ditemui ketika menjalankan tugas agama. 

Beliau merupakan wanita yang tidak pernah berasa sengsara oleh kemiskinan dan tidak mungkin dilalaikan oleh kekayaan. Beliau sentiasa menjaga kemuliaan dirinya, sehingga dunia pada pandangannya adalah rendah nilainya. Datang dan perginya dunia tidak sesekali dihiraukannya.

*sumber : Isteri dan Puteri Rasulullah, Telaga Biru, m/s 41-44)


Terima kasih sudi singgah di sini =)

0 comments: