Showing posts with label berat. Show all posts
Showing posts with label berat. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

kite bako ! kite bako !

Entri ni bukan pasal nak bakor rumah kak limah. bukan bukan ! Tapi entri ni nak bercerita macam mana nak bakar lemak ataupun nak bakar kalori dari dalam badan kita. Haa, nak tau cara bakar kalori dengan mudah?

Yang pertama :
Buat kerja rumah seperti menyapu lantai, mengelap pintu atau tingkap, membersihkan bilik air, membersihkan anjung ataupun pergi membuang sampah setiap hari.


Yang kedua :
Boleh juga berkebun seperti menanam bunga, menanam sayur, memotong ranting pokok, menebas rumput atau yang seumpanya untuk beberapa minit.

Yang ketiga :
Digalakkan untuk berdiri beberapa minit sebaik sahaja selepas makan. Boleh membasuh pinggan, lap meja makan ataupun mengemas dapur.

Yang keempat :
Kalau ada tangga kat rumah, mulakan naik dan turun tanggaa sekerap yang mungkin dalam tempoh sehari.

Yang kelima :
Membasuh pakaian tanpa menggunakan washing machine *mencabar yang ni*

Yang keenam :
Keluar berjalan-jalan di pusat membeli belah, pasar malam pun boleh juga, pasar pagi pun boleh. Sambil membeli barang, dapat la juga bersenam kan? hehe

Yang ketujuh :
Berkayuh basikal di kawasan rumah atau kawasan kampung.

Yang kelapan :
Bagi sesiapa yang ada memelihara kuda di rumah, bolehlah menunggang kuda untuk membakar kalori.

Yang kesembilan : Mengecat rumah.


p/s : Malaysia jom lebih sihat!





bila jarum makin bergerak ke kanan...tidak !

Bila bercuti sambil menanam anggur kat rumah ni, berat saya pun naik dengan gembiranya. Maklumlah, kerja kat rumah pun makan, tengok tv dengan tidur je. Bila berat dah naik tu, mulalah kecoh satu rumah. Itulah, masa makan tak nak beringat. Bila dah jarum penimbang tu makin bergerak ke kanan barulah sibuk nak diet, nak bersenam. hehe~

Jadi, sekarang ni, saya tengah berusaha untuk mengurangkan sedikit berat saya. Biar sesuai dengan ketinggian saya yang tidak berapa tinggi ni. Selain itu, berusaha untuk badan saya kekal sihat. InsyaAllah. Haa, bagi siapa-siapa yang tengah cuba mengurangkan berat badan tu, boleh sama-sama berusaha buat macam saya ni.


Yang pertama : Cari makanan gantian.
Jangan tak makan langsung, tapi, tukarkan makanan kita kepada makanan yang lebih sihat. Makan makanan yang kurang kandungan lemak, kurang garam dan juga kurang gula. Banyakkan makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Yang kedua : Minum banyak air.
Banyakkan minum air putih, bukan air bergas atau jus kordial. Bila terasa haus tu, minum air kosong, kurangkan minum air bergas sebab air gas mengandungi kandungan gula yang tinggi, dan boleh menambahkan kalori sebanyak 360kj sehari.

Yang ketiga : Banyakkan bersenam
Bersenam merupakan cara yang paling mudah untuk membakar kalori. Contohnya, boleh berbasikal kat kawasan kampung, berjogging, ataupun, boleh cuba buat sit-up masa menonton tv.

Yang keempat : Jangan terlebih makan.
Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Semasa makan, kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

Yang kelima : Jangan tidak makan makanan yang berlemak langsung!
Jangan tinggal terus makanan yang berlemak, sebab badan masih memerlukan lemak. Tapi, makanan berlemak tu kenalah diseimbangkan dengan makanan yang berkhasiat.

Kenalah berusaha dengan gagah dan gigih untuk kekal sihat dan juga untuk mengurangkan berat badan. Kalau nak sihat, kenalah jaga makan dan bersenam kan? jadi, berusahalah nurmiey berusaha !


p/s : Malaysia jom lebih sihat !





Sunday, April 10, 2011

kenapa dia bukan untukku?


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,

dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;

dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,

dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

(Al-Quran, Surah Al-Nur: Ayat 26)



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.. kerana,

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa insan itu bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yaang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya....Put your full trust in HIM !


Sumber : blog ini, blog ini dan juga dari fb ini.





Tuesday, November 30, 2010

buah vs berat

Buah-buahan untuk turunkan berat badan??

Seperti yang sedia maklum, buah-buahan mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlaah pakar pemakanan menganjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun, dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan, iaitu:

1. Limau Gedang

Kajian mendapati, buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.


2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi.
Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati, seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.


4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.


5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut tera
ngsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu menc
egah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.



Sumber : Berita Harian, Selasa, 30 November 2010, R12