Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

La Tahzan

~Gambar dari facebook~
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya pada diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar

Wallahu A’lam....

Terima kasih sudi singgah di sini =)


Sumber : Facebook 




Friday, September 2, 2011

quote


Kalaulah memberi kemaafan kepada orang itu
semudah meminum air masak dari gelas,
sudah lama saya memberi kemaafan tersebut,
kerana saya pun dah penat menyimpan bara di dalam hati ni,

tapi,
memberi kemaafan itu bukan mudah,
apatah lagi apabila maruah dan nilai kita dipijak-pijak orang,
harga diri kita diperlekehkan orang,
mampukah saya untuk memberi kemaafan kepada insan ini?
kuatkah saya untuk memberi maaf?

saya tiada kekuatan untuk memaafkan,
bukan kerana sombong, bukan juga kerana dendam,
tetapi maruah diri yang dahulunya telah dipermainkan,
telah diperkotak-katikkan oleh mereka,
mana mungkin saya mampu untuk berdepan dengan mereka,
dan memberi kemaafan serta memadamkannya dari hati,
seolah-olah ia tidak pernah wujud dan berlaku,
saya tidak mampu...

Bukannya saya berdendam..
tetapi saya benar2 terluka apabila maruah diri dan keluarga diperlekehkan..
seolah-olah kami benar2 hina di mata mereka,
saya tidak mampu melupakan,
saat hati itu terguris,
dan mata itu menangis kerana kutukan mereka,
kerana ejekan, umpatan dan juga herdikan keji,
kepada insan tua yang amat saya sayangi.

Bukan mudah untuk saya memaafkan mereka,
setelah maruah ini dipijak-pijak,
namun, saya serahkan kepada ALLAH untuk menentukan semuanya,
kerana Dia lebih berkuasa dan lebih berhak,
saya hanya insan lemah..

Semoga dikuatkan hati untuk memberi kemaafan,
Kerana saya hanya hamba yang lemah,
yang penuh dengan kelemahan,
bukannya seperti Nabi,
yang selalu mengampunkan umatnya,

Semoga dikuatkan hati saya ini untuk tabah menerima dugaan,
Dan semoga dikuatkan hati untuk memberi kemaafan,
yang bukan mudah untuk terlahir dari lisan ini....




Sunday, April 10, 2011

kenapa dia bukan untukku?


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,

dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;

dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,

dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

(Al-Quran, Surah Al-Nur: Ayat 26)



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.. kerana,

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa insan itu bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yaang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya....Put your full trust in HIM !


Sumber : blog ini, blog ini dan juga dari fb ini.





Saturday, November 13, 2010

dugaan..~

Alhamdulillah..selamat juga saya sampai di kampung halaman dan rumah saya yang tercinta petang semalam *happy sangat* Tapi, sebelum sampai di kampung, berbagai-bagai dugaan yang saya harungi..walaupun dugaannya hanyalah dugaan yang kecil sahaja, namun mampu membuatkan air mutiara jernih mengalir juga dari mata saya ni..*sedeyh plak*

Dugaan yang pertama, pagi semalam hujan turun agak lebat di bumi UKM..
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat hujan yang ALLAH turunkan..namun, yang mencabarnya, saya terpaksa berdikari, membawa beg yang berat dari blok ke busstop dlm hujan..huhu..sampai aje di busstop, tepat kul 810..saya tau, time tu, bas rapid dah takde..kalau ada pun dalam 45 minit lagi..saya dah cuak, takut tak sempat nak sampai di hentian kajang..takpe2, tunggu lagi moga2 sampai juga bas yang dinanti..tapi, hampa..nasib baiklah ada teksi, saya pun tahan laa teksi untuk ke hentian kajang..daripada tunggu bas yang tak sampai2 lebih baik saya naik teksi kan.. masa tu dah dalam jam 835 kot..

Alhamdulillah
, sampai juga di hentian kajang..Sampai je kat sane, saya terus ke platform..*tambang teksi mahal gile, RM15, biase RM12 je..huhu..takpe lah, asal dapat sampai & x tertinggal bas* Lega bila sampai di platform, pakcik driver tu baru je buka tempat beg..saya letak beg kemudian terus naik bas..Lega hati ni bila dah naik bas..Tapi, satu lagu dugaan, seat saya dalam bas betul2 dekat dengan aircond yg atas tu..sejuk sampai ke tulang sum-sum..huhu kepala nie dah rase berdenyut2 dah..kena hujan + sejuk aircond..menggigil la juga kan.. Dalam kepale ni duk tenangkan hati sendiri, takpe, kejap je..dah x lame nak sampai umah..

Bila dah dekat nak sampai, ummi saya call tanya saya ada kat mane..kemudian, ummi cakap tak sempat nak g amek saya kt busstop sebab masih di UMP, ambil adik saya si Aiman..saya kena jalan kaki balik umah..
ALLAH..dugaan lagi..huhu..dah sampai kat busstop, saya gagahkan juga kaki ni untuk berjalan..dengan beg yang agak berat 2, dengan sakit belakang duk dalam bas, dengan sakit kepale lagi tapi saya lawan juga untuk sampai ke rumah yang dicintai..Alhamdulillah, saya selamat sampai umah..mase tu dah tak tau jam berape , yang pastinya saya dah tak larat nak jalan..saya menangis sendiri mase duduk kat anjung umah tu..huhu..sungguh saya penat + tak larat..akhirnya, saya tertidur di atas kerusi di anjung umah..

Agak lame laa juga menunggu ummi dan abah balik..dalam jam 530 kot baru diorang sampai.. lepas tu terus saya masuk umah, minum air
and then cari katil..penat sangat! saya tidur sampai maghrib..

Memang sangat mencabar perjalanan untuk sampai umah..dengan hati saya sendiri yang agak bercelaru semalam..dah rase macam ape dah semalam..huhu..tapi, saya sedar, itu semua dugaan dari
ALLAH...walaupun dugaan itu hanyalah dugaan yang kecil sahaja, tapi dengan keadaan hati yang terganggu tu mampu mebuatkan hati saya menangis..

Dugaan itu adalah ujian dari
ALLAH bagi menguji hamba-Nya untuk membuktikan rasa kasih-Nya pada hamba-Nya..Dan apa yang telah berlaku pada hari semalam, saya terima dengan hati yang terbuka kerana sesungguhnya, ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka..

Ya ALLAH..Semoga hati ini sentiasa kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan-dugaan yang bakal tiba..