wanita terbaik adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.. (saidatina Aisyah)
Terima kasih sudi singgah di sini =)
wanita terbaik adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.. (saidatina Aisyah)
Antara cara kita memadamkan keburukan-keburukan yang pernah kita lakukan adalah,
dengan memperbanyakkan kebaikan.
Kutiplah kebaikan-kebaikan yang nyata kelihatan ringan.
Senyuman.
Sedekah RM1 seminggu.
Jujur.
Berpakaian kemas.
Jaga solat fardhu.
Al-Quran paling kurang 1muka surat sehari.
Zikir pada masa berkesempatan.
Jaga mulut dari percakapan kasar dan mencarut.
Akhir sekali, cuba biasakan semua ini.
Ringan semuanya.
Tidak keluar peluh pun.
Jika anda istiqomah buat perkara-perkara ringan ini sebulan-dua,
anda akan terasa perubahannya.
Tak nak percaya?
Pergi cuba.
Islam itu bukanlah berkenaan akhirat semata-mata,membuatkan pengikutnya menjadi hamba kepada sejadah, rumah ibadah dan ritual khusus semata-mata.
Tetapi Islam itu menegaskan bahawa penganutnya adalah pentadbir dunia,
dan ibadah itu adalah seluruh kehidupannya.
Kerana itu bagi yang memahami perkara ini,
akan menggunakan apa-apa sahaja potensi yang ada dalam dirinya,
untuk menyumbang kepada agamaNya.
syahirul.comTenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain,
dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam,
juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam,
atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam,
yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
cukuplah sekiranya..

Blog Design by Gisele Jaquenod