Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, March 9, 2012

kosong . . .


seperti mana teddy bear tu keseorangan,
begitu jugalah diri saya ini.

Sebagaimana teddy bear itu merenung kosong ke laut,
begitu jugalah diri saya ini.

Rasa keseorangan, tanpa ada sesiapa..
Rasa kekosongan, tanpa ada apa-apa...
Sungguh saya rasa kosong..
I feel lost..



Terima kasih sudi singgah di sini..

Thursday, September 15, 2011

Biarlah kerana Allah.

~Gambar dari google~


Carilah seseorang yang ikhlas menerima kekurangan dan kemiskinanmu,
kelak dia akan sentiasa bersama kita,
tidak kira susah atau senang.

Carilah seseorang kerana agamanya,
bukan kerana hartanya.

Carilah seseorang yang elok akhlaknya,
bukan sahaja yang elok paras rupanya.

Carilah seseorang yang elok budi pekertinya,
bukan kerana mahalnya keretanya.

Carilah seseorang yang tinggi ilmunya,
bukan kerana besarnya rumahnya.

Carilah seseorang yang mampu menjadi pendamping terbaik,
yang mampu susah dan senang bersama kita,
dan yang mampu membimbing kita sampai syurga Allah.

Carilah seseorang yang ikhlas menghubungkan silaturrahim,
yang mencarimu dengan niat sebagai saudara sesama islam,
bukan mencarimu kerana banyaknya hartamu.

Carilah seseorang yang ikhlas mencarimu semata-mata mendapat keredhaan Allah,
yang mencarimu untuk menyambung kembali silaturrahim,
yang mencarimu untuk mengajakmu ke jalan Allah,
yang mencarimu dengan niat kerana Allah.

Bukannya mencari seseorang yang hanya memandang pada besarnya rumahmu,
yang memandang pada hebatnya pekerjaanmu,
yang memandang pada banyanknya hartamu,
dan yang juga memandang banyaknya kereta mewahmu.

Berkawanlah, berkasih sayanglah kerana Allah dan untuk mencari keredhaan Allah.
Percayalah, dengan niat untuk mencari keredhaan Allah,
Rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa bersama kita.

Jangan berkawan, berkasih sayang kerana harta pangkat, darjat mahupun kedudukan,
Kerana itu semua hanyalah harta dunia, hanyalah sementara,
Dan hanya akan berakhir dengan keresahan jiwa.

Jangan menilai dari luaran sahaja,
kenali juga agama, akhlak dan hati budinya juga.


Selingan : tapi, cinta itu buta kan? walaupun si gadis itu tidak disenangi keluarga, si jejaka tetap mahu meneruskan percintaannya dengan si gadis itu. wahai si gadis, fikirlah kembali, wahai si jejaka, fikirlah kembali..jika tidak disenangi ahli keluarga, anda berdua akan mendapat restu kah? fikir-fikirkanlah...




Wednesday, January 5, 2011

Hari yang mencabar !

Penat betol kelas hari ni..dari pukul 9 a.m sampai pukul 4 p.m.. Rasa penat sangat sebab kepala tak sempat nak rehat.. Habis satu kelas terus sambung dengan kelas yang lain pulak.. Kepala pun dah penuh je tadi walaupun apa yang belajar tadi tak berapa nak masuk.. Nasib baik laa kelas bukan dari pukul 8 a.m sampai 6 p.m, kalau tak, mesti lagi semput, boleh putus jugak urat dawai tulang besi saya ni..

Pagi tadi, kuliah mula jam 9 a.m sampai 10 a.m untuk kelas Asas Terjemahan.. Subjek ni saya ambil sebagai tambahan untuk ilmu dan juga backup untuk pointer semester akhir
ni.. Maklumlah, subjek yang saya ambil semester ni sikit je, lagi pulak subjek nye memang subjek 'killer'.. Jadi, mudah-mudahan subjek PB ni dapat laa membantu backup pointer saya nanti kn? InsyaALLAH.. Kemudian, lepas kuliah asas tu, terus sambung tutor subjek yang sama dari jam 10 a.m sampai 12 a.m.. Luckily the class finished early, around 1130 a.m I think, then I can have a short break before the next class start.. Kelas seterusnya, Error Analysis dari jam 12 a.m sampai jam 1 p.m, then after break continue with Error Analysis tutor from 2.pm to 4 p.m.. Hoho memang tak sempat nak betul-betul luruskan tulang belakang laa tadi bila kelas terus je, straight macam tadi..

Lepas tu, untuk hari ni, kumpulan saya k
ena bentangkan article yang kami baca kat dalam tutor tadi.. Itu yang macam kelam kabut dan masa tu saya rasa macam berjalan dengan cepat je.. Tapi ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan dengan lancar walaupun tadi saya rase saya bentang tak tahu hujung pangkal dah.. Dan saya dapat tengok muka kawan-kawan yang blur dengan penerangan saya tadi.. Maafkan saya ye kawan-kawan kalau tak faham tadi.. Bahagian yang tak faham tu, nanti kita bincang balik bersama-sama yep..

Habis kelas hari rabu untuk minggu ni.. Jumpa minggu depan pulak ye wahai hari rabu yang penuh mencabar! Moga-moga, dapatlah saya bertahan sampai akhir semester ni dengan kelas yang penuh dari pagi sampai ke petang ni..moga diizinkan oleh-Nya..

Walaupun kelas hari rabu ni penuh, tapi untuk semester akhir di UKM ni, kelas saya cuma pada hari rabu dan khamis je.. bahagia kan? hihi~ Awal-awal dapat jadual, rasa seronok betul sebab kelas cuma dua je.. Tapi sekarang, bila dah mula semester, da mula kelas, rasa bosan pulak sebab tak tau nak buat apa dengan masa kosong yang sangat banyak tu.. Hee.. itulah manusia, tak pernah nak bersyukur kan dengan apa yang ada.. Bila susah nak senang, bila dah senang, tak puas hati jugak..ish ish ish ! NURUL NAJMIE SABTU! sila bersyukur dengan apa yang awak dapat tu! Orang lain ada yang tak ada cuti langsung tau..jadi, bersyukurlah~









Saturday, January 1, 2011

tahun baru. semester akhir.


Wah! hari ini 01.01.2011.. tarikh yang cantik dan sesuai untuk bertunang dan berkahwin.. tadi pun, banyak saya tengok papan tanda majlis kahwin.. Jadi, tahniah saya ucapkan bagi sesiapa yang melangsungkan perkahwinan dan juga pertunangan pada hari ni.. dan, kalau ada baby yang baru lahir hari ni, saya ucapkan selamat datang melihat dunia yang indah ciptaan ALLAH ini.. mesti cantik nombor ic baby tu nanti kan, hehe jauh plak saya fikir..

Semalam, cukuplah setahun sang bumi beredar mengelilingi sang matahari.. Dan selama 365 hari itu jugalah putaran hidup saya sebagai seorang insan terus bergerak.. Banyak kenangan telah tercatat di dalam kotak memori saya.. Terlalu banyak yang telah diukir sepanjang tahun 2010 ni.. saya yang bergelar seorang pelajar di UKM, saya yang juga seorang guru praktikal di SMKPP11(1), saya yang bergelar seorang sahabat untuk sahabat TESL dan saya sebagai saya.. Kenangan pahit dan manis semuanya bercampur menjadi satu.. namun, semua itu telah mematangkan saya dalam menjalani hidup sebagai seorang pengembara di bumi
ALLAH ini.. kenangan ini juga telah mendidik saya supaya tidak menjadi manja lagi dan berdikari untuk hidup.. Dan saya berharap semoga hari-hari yang mendatang memberi saya lebih peluang untuk memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik, InsyaALLAH.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir dan semester terakhir bagi saya sebagai seorang mahasiswi di UKM.. terasa sedih sangat bila memikirkan saat perpisahan dengan kawan-kawan yang makin lama makin hampir.. Maklumlah, setelah hampir 7 semester kami bersama sebagai TESLALIEN, terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah kami cipta bersama-sama.. Nanti mesti saya akan rindukan keriuhan dan kegembiraan bersama mereka..Pernah juga terlintas difikiran saya, macam mana saya nak mulakan hidup baru di tempat yang baru nanti tanpa ada kehadiran kawan-kawan TESL ni..ngeri-ngeri nak membayangkan segala 1001 kemungkinan yang akan terjadi.. But, whatever it is, life must go on.. APa yang penting, saya kena hargai saat-saat yang ada ni untuk bersama-sama dengan mereka..


Selingan : kena create lebih banyak memori ni, g camping ke, g picnic ke, g Gabai ke, kn?





Friday, December 24, 2010

Baju Baby

Tadi, saya temankan ummi pergi shopping baju baby untuk kawan sekerjanya yang baru je dapat baby baru.. Mase shopping tadi, saya tersangat-sangatlah teruja bila dah masuk ke kedai baju baby tu. Macam nak beli baju saya laa pulak kan..hihi~ Tapi, memang saya teruja sangat sebab baju-baju baby kat situ cantik-cantik belaka.. Ada yang beropol-ropol, ada yang ber'kale-kale' *colourful*, ada gaun yang kembang, ada dress yang berbunga-bunga, bak kate berbagai-bagai jenis dan warna ada..


Excited sangat tengok baju-baju tu, sampai saya rase nak jadi baby balik pun ada hihi.. Maklumlah, dulu mase zaman saya kecil-kecil tak dapat nak merasa pakai baju yang cantik pluss beropol-ropol macam baju zaman sekarang *jeles2x*

Tengah kami mencari dalam tim
bunan baju-baju baby tu, saya dan ummi sampai rambang mata dah, tak tahu nak pilih baju yang mane satu untuk baby.. Sebab baju banyak pluss *lagi sekali* comel-comel.. Sambil memilih baju tu, perkara pertama yang sangat dititikberatkan adalah HARGA.. Maklumlah, dengan harga minyak dah naik, harga barang-barang yang semuanya makin mahal, kenalah berjimat cermat kan *walaupun yang bayar baju baby tu adalah ummi saya hihi* Terkejut saya bila tengok harga baju-baju yang comel-comel tu.. Mak aih! mahal juga kan baju baby ni..tak sangka pulak, saya ingatkan murah je baju tu sebab, baju baby kan saiznya kecil je..tak tau la harganya agak boleh tahan, lagi mahal dari t-shirt saya pun ada..


Biasalah, lagi mahal se
suatu barang itu, lagi eloklah kualiti barangan tersebut kan.. Contohnya, baju-baju jenama Baby Kiko, Anakku ataupun Disney *jenama2 ni kan memang terkenal*, kain yang digunakan untuk membuat baju tu lebih lembut dan sejuk jika dibandingkan dengan baju yang agak murah harganya.. Memang sesuai untuk dipakai oleh baby dan juga kanak-kanak.. Takde lah nanti, anak-anak kecil tu rasa rimas dan panas bila pakai baju-baju tu kan.. Baju-baju yang berjenama macam yang saya sebut tu, biasanya mempunyai warna, design dan corak baju yang lebih cantik dan cute kan? betul tak? Ada yang berenda-renda, beropol-ropol, ada kilat-kilat*sparkling dust hehe* Memang comel-comellah secara kesimpulannya..


Bila tengok baju me
mang comel, dan bila tengok harga pun sangatlah COMEL kan..Saya cakap kat ummi, " Payah jugak ni kalau dah ada anak, nak beli baju pun mahal-mahal dah sekarang..kalau tak ada duit, memang tak boleh nak beli baju yang comel-comel laa macam ni.." Ummi cuma senyum je bila saya cakap macam tu..hihi

Lepas sudah agak lama saya dan ummi bertapa kat dalam kedai tu untuk memilih baju, akhirnya berjumpalah dengan baju yang berkenan di mata dan hati kami.. Ummi setuju dengan baju yang saya pilih, baju warna peach, ada gambar Minnie mouse kat depan, kemudian ada renda di bahagian bawah baju dan juga kat seluar.. Puas hati saya lepas dah beli baju tu dan siap dibungkus..^_^

Petang tadi, saya ikut ummi pergi rumah mak baby.. Comel baby tu, baby girl yang telah diberi nama Nur Khairiah Nadirah..baby tu memang secomel dan semanis nama..mata bulat, eii! geram tengok baby tadi..

Nanti, bila saya dah ada anak, saya nak beli baju yang comel-comel, colurful untuk anak saya.. Nak hias macam anak patung..mesti comel kan? hihihi ~


selingan : saya suka baby dan budak-budak..^_^





Sunday, December 12, 2010

nak kahwin?

Tajuk entri bukan main lagi kan..haha..sebenarnye, soalan cepu emas itu selalu sangat diajukan pada saya..Lagi-lagi dari adik saya yang bongsu tu, selalu je tanye pasal nak kahwin ni..Antara bentuk-bentuk soalan yang sering ditanya, *kakyo tu panggilan adik2 pada saya* "kakyo, bila kakyo nak kahwin?" ataupun, "Bile kak yo nak kahwin ni, munir nak anak sedare ni.." Haa, kadang tu, bila ada anak-anak sepupu saya datang rumah, mesti adik saya suke main dengan diorang.. Lepas diorang balik, pernah sekali die cakap macam ni, "kakyo, cepat laa kawen dengan ******..muner nak anak sedare.."


Kerap sangat soalan tu ditanya pada saya, lagi2 mase cuti sem ni..pelik saya..Makcik-makcik saya pun pernah juga bertanya soalan cepu emas tu pada saya, "Uyu bile nak kahwin?" Muke saya ni da layak, dah sangat sesuai ke nak kawen?? haha~ Last-last, saya hanya mampu tersenyum sebagai memberi jawapan kepada semua persoalan yang ditanya tu..hihi~

Tapi, kadang-kadang, saya terfikir juga tentang tu..Siapa kate hati saya ini tidak teringin nak kahwin____ Bohonglah kalau saya jawab "TAK" kan untuk soalan tu..Siapa-siapa pun, kalau ditanya dengan soalan cepu emas tersebut mesti tak jawab "TAK" kan? kan? Lagi-lagi bagi mereka yang sudah mempunyai calon, atau insan yang terpilih dan memang benar-benar serius dengan hubungan tersebut.. Pasti pernah terlintas untuk mendirikan masjid untuk kasih yang terjalin itu kan? Sama juga dengan saya, cuma saya rasa yang diri saya ini masih serba kekurangan dan masih banyak yang tidak mampu-nya untuk mendirikan masjid..

Saya masih tidak mampu untuk m
enguruskan keluarga sendiri, dengan adik-adik yang masih belajar dan masih terlalu muda usianya. Lebih-lebih lagi saya anak yang sulung, saya rasa tanggungjawab untuk menjaga keluarga adalah tugas saya. Memang abah dan ummi masih bekerja, tapi nanti lepas abah pencen, akan menjadi tugas saya untuk membantu keluarga dari segi kewangan kan? Sebab saya anak yang sulung..Pernah terlintas difikiran saya nak kahwin awal *bila dah ada insan yang terpilih ni kan..hehe* tapi, bila mengenangkan ummi, abah dan adik-adik, perasaan tersebut seolah-olah terhenti macam tu je..sebab itu jugalah saya meminggirkan hasrat tersebut buat mase sekarang...~

Saya juga rase yang saya masih tidak mampu untuk uruskan diri sendiri. Kalau diri sendiri pun tidak terurus dengan betul, macam mana nak uruskan diri orang lain kan? Itu dah dua perkara yag buat saya berfikir balik tentang nak kahwin awal. Kemudian, saya juga rasa yang saya masih tidak mampu dari segi kewangan *masalah yang paling besar ni* Yelah, saya masih lagi belajar sekarang dan tanggungan abah pulak ramai *6 orang termasuk sy* Ummi awal-awal lagi dah pesan, kalau nak kahwin guna duit sendiri.. Kalau nak belanja guna duit ummi dan abah pun, mereka cuma pendidik je, berapa sangatlah pendapatan tu, cukup-cukup untuk keperluan
family je.. Maklumlah, kami cuma dari golongan yang sederhana je.. Tapi, yelah, rezeki itu dari ALLAH dan saya amat bersyukur dengan nikmat-Nya.. Jadi, bila
memikirkan ketidakmampuan inilah yang membuatkan saya berfikir banyak kali tentang kahwin awal.. Bukan tidak mahu kahwin tapi biarlah ALLAH sahaja yang tentukannya..Mungkin juga saya takut pada komitmen..mugkin..

Tapi, tadi selepas saya membaca entri dari blog dianakhairi tentang kahwinlah even still muda.. Entri ni memang menarik, bagus jugak..hati saya mengakui tentang perkara yang
dibicarakan itu. Cinta yang sebelum akad itu, lebih banyak buruk dari baiknya.. Takut juga diri ini semakin bertambah dosa dengan cinta sebelum akad..sebelum dosa makin meninggi setinggi KLCC dan amal yang sedikit semakin ditolak, lebih baik rasanya mendirikan masjid kerana cinta yang mulia adalah cinta kerana ALLAH.. Namun, jodoh pertemuan itu semua kerja ALLAH kerana DIAlah pemilik hati kita ni..Saya percaya, jika diserahkan hati ini kepada pemilik asalnya, iaitu ALLAH, nescaya, pasti akan ada penyelesaian bagi semua ketidakmampuan saya itu..Kerana, DIAlah pemilik bagi hati manusia..

Dan untuk adik-adikku, akan sampai masanya nanti, jika diizinkan ALLAH, kakakmu ini akan berkahwin..and then, you all will have your own niece and nephew..and for my aunties and uncles and cousins, do support me when the right time is here okay..hehehe ($_$)




selingan : saya suke cerita putera katak..ada ke kisah yang macam tu yang boleh jd kenyataan dlm zaman skrg ni eah?





Thursday, December 2, 2010

bukan budak kecik.


Saya sedar saya bukan budak kecik lagi bila :



1. Saya sedar saya sudah tidak ke kedai runcit semata-mata nak beli gula-gula 2biji 10sen. Masa zaman saya kecik-kecik dulu, saya sanggup berbasikal meredah hujan dan panas hanya untuk membeli gula-gula tersebut. Kalau tak beli banyak pun, mesti beli juga walau sikit. Tapi sekarang, jarang dah saya ke kedai runcit. Kalau pergi pun, sekali-sekala je untuk beli barang-barang keperluan. Sangat berbeza dengan zaman saya kecik dulu. Saya masih ingat, setiap hari jumaat saya ada kelas fardhu ain *macam kelas agama laa*, saya mesti minta duit belanja lebih dengan abah semata-mata nak beli 'jajan' kat kedai. Tiap-tiap minggu pulak tu hihi~ Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


2. Saya sedar saya sudah jarang bermain di luar rumah. Masa zaman kecik-kecik, saya memang jarang ada dalam rumah. Pantang pintu rumah terbuka, mesti saya lesap turun bermain di luar rumah. Tak kiralah mase tu panas ke hujan, pagi ke malam, yang penting bagi saya, mesti turun bermain. Memang lesap sampai ke dalam semak, ke bawah rumah, ke belakang rumah saya merantau. Paling tidak pun, saya main debu ke, main masak-masak ke =p Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


3. Saya sedar saya sudah tidak bermain teka-teka nombor plat kereta dengan adik-adik. Masa zaman kecik-kecik, saya selalu main teka nombor plat kereta. Saya akan sebut nombor plat kereta tu, kemudian suruh adik-adik saya cari kereta tu. Kemudian, kami take turn untuk teka. Kalau tak teka nombor plat, kami suruh cari kereta yang warna yang kami teka tu. Seronok main teka-teka tu, lagi-lagi bila rase bosan dalam kereta. Biasenye, kami main teka ni bila dalam perjalanan nak balik kampung abah di johor. Sebab tempoh perjalanan yang sangat lama, jadi kami main laa game tersebut untuk menghilangkan rasa bosan. Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


4. Saya sedar saya dah tak merengek-rengek dengan ummi dan abah untuk belikan saya alat permainan. Masa zaman kecik-kecik, saya akan merengek-rengek dengan abah untuk belikan barang mainan. Selagi tak dapat, selagi itulah saya akan merengek, dan kadang2 menangis *mengade zmn kecik2 ni..ish3* Bila dapat baru saya diam tapi bila tak dapat mesti merajuk, berhari-hari tau haha~ Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


5. Saya sedar terlalu banyak perbezaan antara saya zaman sekarang dengan saya zaman budak-budak. Bila saya tengok gambar yang lama-lama, saya sedar yang saya sudah membesar. Terlalu banyak perbezaannya. Kalau dulu, budak kecik yang berambut pendek ni kuat menangis, sekarang dah tak lagi. Kalau dulu, budak kecik ini macam lelaki, tomboy, tapi sekarang dah agak feminine *sikit2 laa kowt* Kalau dulu, budak kecik ni degil, nakal sampai patah tangan mase bermain, tapi sekarang dah tak nakal lagi *annoying je haha* Dan saat itulah membuatkan saya benar-benar sedar yang saya bukan budak kecik lagi.








Wednesday, November 24, 2010

Bersyukur..

Alhamdulillah..saya bersyukur kerana berbanding dengan orang lain, diri saya boleh dikatakan serba lengkap.. Walaupun kehidupan saya dan keluarga saya sederhana cuma, tapi saya masih lagi bahagia dengan keluarga tercinta.. Malah, ummi dan abah sentiasa memastikan kehidupan kami adik-beradik sentiasa lengkap.. Mekaceh ummi n abah atas perhatian dan kasih sayangmu pada kami..

Saya juga bersyukur kerana :


1) Saya masih dipanjangkan umur.


Pertamanya, bersyukur kepada
ALLAH kerana telah memanjangkan umur saya.. Dapatlah saya menjalani hidup seperti insan-insan lain.. Saya juga bersyukur kerana saya masih mampu untuk melihat alam ciptaan yang Maha Esa.. Dengan ini, dapatlah saya terus berbakti kepada ummi dan abah dan juga keluarga yang tercinta.. Terima Kasih YA ALLAH kerana masih memberi saya peluang untuk bernafas di bumui-Mu ini.. Terima Kasih YA ALLAH kerana masih memberi kesempatan kepadaku untuk meperbaiki hidupku ke jalan yang Engkau redhai..

2) Saya masih berada di jalan ALLAH.


ALHAMDULILLAH
..terima kasih YA ALLAH kerana masih membenarkan hambamu ini berada dalam agama-Mu.. Saya bersyukur kerana masih dikurniakan hidayah oleh Pencipta untuk beriman kepada-Nya.. Saya juga bersyukur sangat kerana masih berpegang pada ajaran Islam dan tidak terpesong.. Walaupun saya bukanlah insan yang baik, sentiasa melakukan kesilapan, tapi banyak yang telah saya pelajari daripada agama Islam yang suci ini.. Dan saya bersyukur kerana masih juga diberi peluang untuk memperbaiki diri saya yang lemah ini untuk menjadi seorang muslimah yang solehah.. Semoga diizinkan-Nya..

3) Saya masih mempunyai keluarga.


Aku bersyukur pada-Mu
YA RABBI kerana telah mengurniakan kepadaku keluarga yang serba lengkap.. Saya bersyukur..Walaupun keluarga saya hanyalah keluarga yang hidup serba sederhana sahaja, tapi bagi saya cukup lengkap.. Saya masih mempunyai seorang abah dan ummi yang cukup penyayang.. Ummi dan Abah saya memang garang dan tegas, tetapi, dalam tegasnya abah masih ada sifat kelakarnya..dan dalam garangnya ummi masih ada sifat sportingnya.. Saya juga bersyukur dikurniakan 5 orang adik yang nakal tetapi bijak.. Adik-adik saya memang istimewa *walaupun banyak menyakitkan hati..* dengan cara mereka sendiri, malah saya bangga menjadi kakak mereka.. Biarlah kami tidak mempunyai harta yang banyak, dan hidup besederhana sahaja, tapi, ALHAMDULILLAH kami masih bahagia.. Saya percaya, ramai yang di luar sana yang susah dan kesempitan dalam hidup..Jadi, saya amat bersyukur dengan nikmat keluarga yang ALLAH berikan kepada saya ini..

4) Saya masih mempunyai keluarga besar.


ALHAMDULILLAH
..saya mempunyai keluarga besar yang ramai..Adik-beradik abah 10 n adik beradik ummi 9..ramai kan? saya bersyukur dikurniakan family besar yang memang besar.. Saya sayang keluarga besar saya, baik dari sebelah abah mahupun dari sebelah ummi.. Saya sayang kedua-duanya kerana mereka telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.. Saya bersyukur kerana mempunyai mereka sebagai sebahagian dari hidup saya.. Masih ramai yang tidak bernasib baik, tidak mempunyai sanak saudara, pasti hidup mereka sedih kan? hidup sebatang kara tanpa ada sesiapa, tanpa ada tempat untuk bermanja.. Tapi saya masih mempunyai makcik-makcik / pakcik-pakcik / sepupu-sepupu kecil dan besar / anak-anak kecil yang menjadi penyebab untuk saya hidup, bergembira dan juga bermanja.. YA ALLAH..terima kasih kerana mengurniakan mereka untik menjadi sebahagian dari hidupku.

5) Saya masih mempunyai kawan-kawan.

Saya beryukur kerana telah dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat baik dan sentiasa memahami diri saya ini..
ALHAMDULILLAH, mereka selalu ada disaat saya memerlukan mereka.. Kawan-kawan telah banyak menolong saya. tak kira dalam pelajaran, kehidupan sampai la pada hal personal.. Terima kasih pada kawan-kawan saya, tak kira di SKSP, di SMASID *sahabat-sahabat SPM 2004*, di SMAP Labu *especially to MASSA 05/06 + AMISYA, miss you all *, di UKM, teman-teman Praktikal di SMKPP11(1), dan juga mereka yang pernah dan masih berada dalam hidup saya.. Buat teman-teman TESL UKM, * Nerd, Cikema, Cikyah, Ika, Nurun, Dayah, Miza, Fiza, Nurudin, Rafi, and others * thanks for be such a great classmate to me..May ALLAH Bless us and hope that our friendship will remains..




In life, you don't get the people you want.. you get the people you need.. to teach you, to hurt you, to love you, to make you laugh.. to make you exactly the person you should be.










Sunday, November 14, 2010

tahniah..~

Muhammad Arif Fitri Sabtu

Entri kali ini khas untuk adik saya yang no.5, Muhammad Arif Fitri bin Sabtu..orang nye yang dalam gambar kat atas tu..Dia baru je dapat keputusan UPSR hari khamis hari tu..kat bawah tu plak gambar adik saya yang no-5 dengan yang bongsu..hihi~ Memang diakui, adik saya yang sorang ni memang seorang yang pandai..dia genius, kadang2 tu, cara dia berfikir melebihi cara orang dewasa berfikir..dia memang bijak pun..sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik..ALHAMDULILLAH..sebab tu dia menjadi harapan ummi dan abah untuk berjaya dalam akademik.. saya akui tu..


Muhammad Arif Fitri Sabtu
&
Muhammad Munir Muhaimin Sabtu

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada adikku yang tersayang Muhammad Arif Fitri bin Sabtu, atas keputusan yang cemerlang..kakyo *ni panggilan saya kat umah..hehe* bangga dengan kejayaan adik kakyo yang sorang ni..Arif dah penuhi impian ummi dan abah, dan telah membanggakan ummi dan abah..doa kakyo, semoga Arif sentiasa gigih dan tidak putus asa untuk mencapai cita-cita yang diimpikan..Teruskan usaha, perjalananmu masih jauh dik..Doa kakyo sentiasa bersama setiap langkahmu..






Saturday, November 13, 2010

dugaan..~

Alhamdulillah..selamat juga saya sampai di kampung halaman dan rumah saya yang tercinta petang semalam *happy sangat* Tapi, sebelum sampai di kampung, berbagai-bagai dugaan yang saya harungi..walaupun dugaannya hanyalah dugaan yang kecil sahaja, namun mampu membuatkan air mutiara jernih mengalir juga dari mata saya ni..*sedeyh plak*

Dugaan yang pertama, pagi semalam hujan turun agak lebat di bumi UKM..
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat hujan yang ALLAH turunkan..namun, yang mencabarnya, saya terpaksa berdikari, membawa beg yang berat dari blok ke busstop dlm hujan..huhu..sampai aje di busstop, tepat kul 810..saya tau, time tu, bas rapid dah takde..kalau ada pun dalam 45 minit lagi..saya dah cuak, takut tak sempat nak sampai di hentian kajang..takpe2, tunggu lagi moga2 sampai juga bas yang dinanti..tapi, hampa..nasib baiklah ada teksi, saya pun tahan laa teksi untuk ke hentian kajang..daripada tunggu bas yang tak sampai2 lebih baik saya naik teksi kan.. masa tu dah dalam jam 835 kot..

Alhamdulillah
, sampai juga di hentian kajang..Sampai je kat sane, saya terus ke platform..*tambang teksi mahal gile, RM15, biase RM12 je..huhu..takpe lah, asal dapat sampai & x tertinggal bas* Lega bila sampai di platform, pakcik driver tu baru je buka tempat beg..saya letak beg kemudian terus naik bas..Lega hati ni bila dah naik bas..Tapi, satu lagu dugaan, seat saya dalam bas betul2 dekat dengan aircond yg atas tu..sejuk sampai ke tulang sum-sum..huhu kepala nie dah rase berdenyut2 dah..kena hujan + sejuk aircond..menggigil la juga kan.. Dalam kepale ni duk tenangkan hati sendiri, takpe, kejap je..dah x lame nak sampai umah..

Bila dah dekat nak sampai, ummi saya call tanya saya ada kat mane..kemudian, ummi cakap tak sempat nak g amek saya kt busstop sebab masih di UMP, ambil adik saya si Aiman..saya kena jalan kaki balik umah..
ALLAH..dugaan lagi..huhu..dah sampai kat busstop, saya gagahkan juga kaki ni untuk berjalan..dengan beg yang agak berat 2, dengan sakit belakang duk dalam bas, dengan sakit kepale lagi tapi saya lawan juga untuk sampai ke rumah yang dicintai..Alhamdulillah, saya selamat sampai umah..mase tu dah tak tau jam berape , yang pastinya saya dah tak larat nak jalan..saya menangis sendiri mase duduk kat anjung umah tu..huhu..sungguh saya penat + tak larat..akhirnya, saya tertidur di atas kerusi di anjung umah..

Agak lame laa juga menunggu ummi dan abah balik..dalam jam 530 kot baru diorang sampai.. lepas tu terus saya masuk umah, minum air
and then cari katil..penat sangat! saya tidur sampai maghrib..

Memang sangat mencabar perjalanan untuk sampai umah..dengan hati saya sendiri yang agak bercelaru semalam..dah rase macam ape dah semalam..huhu..tapi, saya sedar, itu semua dugaan dari
ALLAH...walaupun dugaan itu hanyalah dugaan yang kecil sahaja, tapi dengan keadaan hati yang terganggu tu mampu mebuatkan hati saya menangis..

Dugaan itu adalah ujian dari
ALLAH bagi menguji hamba-Nya untuk membuktikan rasa kasih-Nya pada hamba-Nya..Dan apa yang telah berlaku pada hari semalam, saya terima dengan hati yang terbuka kerana sesungguhnya, ALLAH tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka..

Ya ALLAH..Semoga hati ini sentiasa kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan-dugaan yang bakal tiba..









Thursday, October 14, 2010

cik Dawana nasuha..~

Semalam, saya dan cikema ke mid valley untuk berjumpa dengan kawan praktikal kami, cik Dawana nasuha..kami kenal cik Dawana ni mase praktikal di smk presint 11(1)..best dapat kenal cik Dawana sebab dia jenis yang banyak cakap..dan sporting juga..kalau cik Dawana dah bercakap tu, mmg susah nak berhenti..hihihi~ Asalnye, memang dah x jadi dah plan kami tu, tp last2 minit baru di'confirm'kan balik..sebab dah plan pun last minute, yang pergi pun cume saya dan cikema je, kawan2 yang lain dah ada kerja..thanks to cikema juga sebab sanggup nk pergi mid semalam..

saya dan cikema bertolak ke mid lepas zohor..dalam jam 2 juga laa..sampai2 je kat mid, tempat pertama yang kami tuju ialah -------->> foodcourt.. Lapar sangat sebab x makan lagi sebelum keluar tu. Sementara menunggu ketibaan cik Dawana nasuha, saya dan cikema makan la dulu.. Jalan jalan juga tapi perut ni kena diisi juga kn? kesian kat perut..


Elok kami dah nak habis makan, cik Dawana baru sampai. oleh sebab kami tak tau nak g mane, kami bertiga duduk laa kat foodcourt tu sambil bersembang.. Banyak jugak laa yang kami bertiga bualkan, bertukar-tukar cerita terbaru maklumlah, sudah lame tidak ketemu.. Macam2 cerita yang ada, dari cerita posting, interview, kerja, sampai la kepada isu 'rambut tepek macam tomok' hihi..jangan marah ye cik Dawana..

semalam tak pergi mana2 pun..cuma jalan2 kat dalam tu je..Lepas tu, kami ke surau.. Then, jalan-jalan lagi..sempat la juga amek beberapa keping gambar bersama cik Dawana & cikema.. Kami pun ada gak gi jusco kejap sebab nak g beli barang..After that, we went to Mcd..terharu sangat sebab mase ni cik Dawana yang belanja..mekaceh ye wana..nanti belanja lagi tau..haa..kat atas tu ada gambar kami bertiga..cik Dawana yang pakai tudung kale itam tu..cikema pulak yang paki tudung putih..

Sudah makan tu, kami pun balik..lagipun mase tu dah lewat, kesian plak kt cik Dawana nak naik
tren sorang2..kejap je kami jumpa sebab mase pergi tu pun dah lewat..Entah bila laa dapat jumpa cik Dawana lagi..nak g JB tapi tak sure lagi..kena tengok mase dan keadaan 'money' dulu..

Mekaceh ye cik Dawana..nanti kita jumpa lagi bila diberi kelapangan masa ye.. InsyaAllah..~









Monday, August 30, 2010

sedih + sayu..

Sedang khusyuk membaca entri2 di blog2..saya terpaku seketika di blog insan ini..tersentuh hati saya tatkala membaca entri2 nya tentang insan tersayang nya yang telah pulang menghadap ilahi.. Sedih membaca entri2 tersebut..di tambah lagi dengan lagu yang sayu tu..makin bertambah laa syahdu dan sayu bila membaca entri tu..

Doa saya, moga kamu terus tabah ye..kerana, sudah menjadi lumrah dunia, sudah menjadi lumrah alam, setiap yang hidup pasti akan mati..tiada apa yang akan kekal..kita sebagai insan hendaklah menerima Qada' dan Qadar Allah dengan hati yang redha..Percayalah bahawa, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Di bulan Ramadhan yang mulia ini, banyakkan berdoa ye kamu..semoga arwah tenang disana..InsyaAllah..~


Bagi yang memandu kenderaan tu..sama ada motor @ kereta, sila lah berhati2 di jalan raya.. Ingatlah insan yang tersayang..hargailah nyawa anda yang satu tu..hidup di dunia ni hanya sekali..hargai lah nyawa anda..dan jangan biarkan insan yang anda sayangi menangisi pemergian anda..


Dan awak!! hati2 juga bawak motor tu..saya risau kayh..liver liver on the road..pape pn, saya selalu doakan keselamatan awak







Alhamdulillah..

Alhamdulillah..selesai juga kuiz discourse n pragmatics tadi..walaupun jawab ntah pape huhu tapi kertas soalan tadi terisi penuh laa juga..Alhamdulillah..

walaupun awal2 study semalam tu x berapa nak masuk, tapi syukur pada Nya sebab masih sempat memberi kepada saya kefahaman tentang apa yang dibaca last2 minute tu..Tu laa..study last minute lagi..kan da kelam kabut, semua tajuk nak cover in one night je, memang laa sesak..huhu..bukan tak nak study awal2 tu, tapi semalam mase tengah study tu, kepala, fikiran + hati sudah pun berada di rumah..yang ada kat bumi ukm ni cuma jasad je..perasaan pun dah bercampur baur dah..

xsabarnye nak balik rumah..ada lagi 3hari je..sabar2..





Sunday, August 29, 2010

discourse and pragmatics



Adoyai.
.
makin dibace makin x paham laa..

esok dah kuiz tapi apa yang dah dibaca pon xtau laa..

makin dibace makin x nampak apa yang cuba dicari..

last2..duduk mengadap fb + blog..

memang terbaik dari ladang kan...

takpe lah..

rehat jap sambil ber'fb' dan berblogging..
nnt sambung study balik..
hohoho~



Wednesday, August 11, 2010

tulisan..~~


rase macam nak menulis...

tapi fikiran
blank...
rase macam kosong je...

bila duduk menghadap tingkap ni..

niatnye untuk mencari idea..

tapi masih juga kosong..

tak nampak apa2 pun walau kat depan tu cerah...


haish...~~

hati aku terluka lagi ke?
berkecil hatikah aku dengan mulut2 manusia?
sabarlah wahai hati...

memang mulut manusia x boleh nk ditutup..

moga insan2 itu mendapat kesedaran sivik nya..


Dan awak...

saya berkecil hati dengan awak...

mungkin secebis kepercayaan tu ada..

tapi saya juga harapkan pengertian dan setulus kepercayaan dari awak...


haish...~~

sabarlah wahai hati...

InaAllah ha ma ana...