Penat betol kelas hari ni..dari pukul 9 a.m sampai pukul 4 p.m.. Rasa penat sangat sebab kepala tak sempat nak rehat.. Habis satu kelas terus sambung dengan kelas yang lain pulak.. Kepala pun dah penuh je tadi walaupun apa yang belajar tadi tak berapa nak masuk.. Nasib baik laa kelas bukan dari pukul 8 a.m sampai 6 p.m, kalau tak, mesti lagi semput, boleh putus jugak urat dawai tulang besi saya ni..
Pagi tadi, kuliah mula jam 9 a.m sampai 10 a.m untuk kelas Asas Terjemahan.. Subjek ni saya ambil sebagai tambahan untuk ilmu dan juga backup untuk pointer semester akhir ni.. Maklumlah, subjek yang saya ambil semester ni sikit je, lagi pulak subjek nye memang subjek 'killer'.. Jadi, mudah-mudahan subjek PB ni dapat laa membantu backup pointer saya nanti kn? InsyaALLAH.. Kemudian, lepas kuliah asas tu, terus sambung tutor subjek yang sama dari jam 10 a.m sampai 12 a.m.. Luckily the class finished early, around 1130 a.m I think, then I can have a short break before the next class start.. Kelas seterusnya, Error Analysis dari jam 12 a.m sampai jam 1 p.m, then after break continue with Error Analysis tutor from 2.pm to 4 p.m.. Hoho memang tak sempat nak betul-betul luruskan tulang belakang laa tadi bila kelas terus je, straight macam tadi..
Lepas tu, untuk hari ni, kumpulan saya kena bentangkan article yang kami baca kat dalam tutor tadi.. Itu yang macam kelam kabut dan masa tu saya rasa macam berjalan dengan cepat je.. Tapi ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan dengan lancar walaupun tadi saya rase saya bentang tak tahu hujung pangkal dah.. Dan saya dapat tengok muka kawan-kawan yang blur dengan penerangan saya tadi.. Maafkan saya ye kawan-kawan kalau tak faham tadi.. Bahagian yang tak faham tu, nanti kita bincang balik bersama-sama yep..
Habis kelas hari rabu untuk minggu ni.. Jumpa minggu depan pulak ye wahai hari rabu yang penuh mencabar! Moga-moga, dapatlah saya bertahan sampai akhir semester ni dengan kelas yang penuh dari pagi sampai ke petang ni..moga diizinkan oleh-Nya..
Walaupun kelas hari rabu ni penuh, tapi untuk semester akhir di UKM ni, kelas saya cuma pada hari rabu dan khamis je.. bahagia kan? hihi~ Awal-awal dapat jadual, rasa seronok betul sebab kelas cuma dua je.. Tapi sekarang, bila dah mula semester, da mula kelas, rasa bosan pulak sebab tak tau nak buat apa dengan masa kosong yang sangat banyak tu.. Hee.. itulah manusia, tak pernah nak bersyukur kan dengan apa yang ada.. Bila susah nak senang, bila dah senang, tak puas hati jugak..ish ish ish ! NURUL NAJMIE SABTU! sila bersyukur dengan apa yang awak dapat tu! Orang lain ada yang tak ada cuti langsung tau..jadi, bersyukurlah~
0 comments:
Post a Comment