Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Doa memudahkan urusan


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, October 31, 2011

pinjamkanlah aku kekuatan

Ya Allah..
Sungguh..aku tak tau macam mana lagi yang harus aku lakukan..
Pelbagai ujian yang muncul..datang dari segenap arah..
kadang, tak tertanggung olehku..
semua datang bertubi-tubi tanpa memberi ruang sedikit pun untuk aku bernafas..
Sesak rasa dada ni..aku buntu untuk memikirkannya..

Ya Rabbi..
Aku takut dengan semua ini..
aku takut dengan pelbagai kemungkinan..
aku takut untuk memikirkan masa depan..
sungguh, mahu saja aku melepaskan semua rasa ni..
biar tidak lagi membebani bahuku..
Namun, aku tak berdaya..
aku tiada kuasa..
Aku cuma hamba-Mu yang lemah..
aku hanya hamba-Mu yang tidak mampu berbuat apa-apa..

Ya Rabbi..
Betapa kerdilnya aku bila tidak mampu untuk melakukan apa-apa..
aku hanya mampu menerima dengan hati yang penuh rasa..
pelbagai rasa yang bercampur baur..
runtuh jua semangat yang selama ini menjadi tunjang kekuatanku..
teruji jua keimananku yang selama ini menjadi pemacu kehidupanku..
goyang jua pendirian yang selama ini ku semat kuat di jiwa..

Ya Muhaimin..
Seandainya ini adalah ujian untukku..
bagi menguji keimananku kepada-Mu..
Aku terima Ya Allah..
Kau pinjamkanlah semangatmu kepadaku ini..
hamba-Mu yang lemah lagi hina ini..

Ya 'Aziz..
Jika ujian itu adalah sapaan-Mu kepadaku..
Agarku kembali mengingati apa yang terlupa..ubah apa yang tersalah..
atau untukku tambahkan pahala atau untuk padamkan dosaku pada-Mu..
Maka Aku pasrah dan Redha dengan segala ketentuan ini..
Sungguh.. Kau tidak akan menguji hamba-Mu dengan apa yang dia tidak mampu..
aturan-Mu adalah yang terbaik Ya Allah..
Dan aku percaya, setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah disebaliknya..
Aku berserah padaMu Allah..
Pinjamkanlah aku sedikit kekuatan..bagi mengharungi ujian ini dengan redha..
Aku percaya ketentuanMu adalah yang terbaik..
kerana, hanya Engaku sahaja yang lebih mengenali diri ini lebih dari diriku sendiri..
Dan hanya engkau sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..

La Takhaf Wa La Tahzan.. Innallaha ma'ana..
Janganlah kamu taku dan janganlah bersedih..
Sessungguhnya Allah bersama kita..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
pada sujudku ku berserah padaMu..
Engkau sahaja yang disembah..dan padaMu ku memohon pertolongan..
Tunjukkan ku jalan yang lurus..
Jalan yang Engkau redhai..

Amin Ya Rabbal 'Alamin~



Tuesday, October 18, 2011

La tahzan.

Doa ketika resah, gelisah


Terima kasih sudi singgah di sini =)

Tuesday, June 21, 2011

belajar untuk jadi dewasa


Kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar untuk menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan, kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. Kita belajar dari segalanya yang kembali membawa kita kepada DIA tidak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun..

Moga dijauhkan kami daripada menjadi orang yang hanya hampir pada-Mu di waktu susah ya Allah.. Moga kami menjadi hamba-Mu yang bersyukur, yang mengingatimu di waktu susah dan senang..

Amin..


(by Addin Syah, aA + bB m/s 467, Hlovate 2008)




Saturday, May 28, 2011

Para Syuhada

gambar yang diambil sebelum kejadian

Semoga adik-adik madrasah yang telah kembali menemui Tuhan ini, pergi sebagai syuhada.. Perginya sebagai pejuang yang jihad di jalan ALLAH..InsyaALLAH..

Dari Abu Hurairah r.a Katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : ''Seorang lelaki berjalan di sebuah jalan lalu dia menemukan sebuah ranting berduri di tengah jalan maka disingkirkannya ranting itu dengan bersyukur pada ALLAH Ta'ala. ALLAH mengampuni dosanya kerana perbuatanya itu''. Baginda bersabda pula, '' Para syuhada (orang-orang yang mati syahid) lima macam : (1) Al Math'un, orang-orang yang tewas keranan penyakit kolera (penyakit menular @ wabak) (2) Al Mabthun, orang-orang yang tewas kerana sakit perut atau melahirkan (3) Orang yang tewas kerana tenggelam (4) Orang yang tewas kerana ditimpa tanah longsor atau pohon tumbang dan sebagainya (5) Orang yang tewas dalam perang fisabilillah.


(Shahih Muslim)


p/s : terlintas di benak saya, terselamatkah si kecil yang dihadapan itu? Ingin saya tahu keadaan mereka..





Tragedi 21 Mei 2011


Dalam bulan Mei ini, negara kita telah digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat pada 21 Mei baru-baru ini. Tragedi yang telah mengorbankan nyawa seramai 16 orang penghuni madrasah tersebut telah membuka mata banyak pihak tentang kawasan tersebut. Malah, pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan telah bersama-sama mengeluarkan dan manyelamatkan mangsa di kawasan tragedi itu. Sesiapa sahaja yang mengikuti berita tersebut sama ada melalui berita tv, surat khabar mahupun internet berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang telah menimpa anak-anak di madrasah tersebut.

Namun, semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH S.W.T. Pasti DIA merancangkan sesuatu di sebalik apa yang berlaku ini, dan boleh jadi juga, ini adalah amaran ALLAH kepada hamba-hambanya yang semakin lalai dan alpa dari mengingati-Nya. Kejadian seumpama ini tentu membuatkan kita semua bersedih hati. Semoga tragedi tanah runtuh ini memberi pengajaran, peringatan dan juga iktibar kepada kita semua. Bahawa ajal datang tanpa tidak kita duga dan bahawa, amaran ALLAH datang tanpa mengira tempat, keadaan mahupun masa.

Sesungguhnya..adik-adik yang terbunuh di dalam tragedi tanah runtuh ini lebih dikasihi oleh Pencipta-Nya. Semoga mereka semua ditempatkan bersama golongan yang soleh dan golongan yang jihad pada jalan ALLAH.. InsyaALLAH...

AL-FATIHAH untuk mangsa tragedi ini yang telah kembali menemui Pencipta-Nya..





Sunday, August 22, 2010

Bingkisan Doa~~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Ya Allah Ya Tuhanku

Seandainya telah Engkau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan antara kami

Agar kemesraan itu kekal abadi

Dan Ya Allah

Ya Tuhanku yang Maha Penyayang

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ketepian yang sejahtera dan abadi


Tetapi Ya Allah

Seandainya telah kau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah

Ya Tuhanku yang Maha Pengasih

Berikanlah aku kekuatan

Melontar bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja nan merah

Agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersamanya


Dan ya Allah yang Tercinta

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkanlah yang telah patah

Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu

Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan

Adalah yang terbaik buat diriku ini

Kerana Engkau Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hambaMu ini


Ya Allah cukuplah engkau sahaja

Yang menjadi pemeliharaku

Di Dunia dan juga di Akhirat nanti

Dengarkanlah permintaan dan rintihan

dari HambaMu yang daif ini ya Allah

Jangan Engku biarkan aku sendirian

Di Dunia ini mahupun di Akhirat nanti

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran


Maka Ya Allah

Kurniakanlah padaku seorang

Pasangan yang beriman dan beramal soleh

Supaya diriku dan dirinya

sama-sama mendapat keredhaanMu ya Allah

Dan seterusnya ya Allah

Dapat membina hidup ini

Dengan penuh kesejahteraan

Ke jalan yang Engkau redhai

Serta kurniakanlah pada kami ya Allah

keturunan yang soleh dan solehah


Amin..Ya Rabbal A'lamin





Thursday, April 1, 2010

Resah..Gelisah~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sunday, March 28, 2010

Al-Baqarah, ayat 286



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa ataupun tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat seperti yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelaum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir."






Wednesday, January 6, 2010

Ya ALLAH....~~

Ya ALLAH....
Berikanlah hambamu ini keku
atan..
Hambamu ini hanyalah insan yang lemah...

yang tak berdaya melawan takdirmu..

Bantulah aku untuk mengharungi sisa2 kehidupan ini..


Ya
ALLAH..

Aku sudah tidak mampu untuk mengejar bayang2 lagi..

Aku sudah tidak berdaya untuk bertahan dengan dugaan ini..

Aku sudah tidak berupaya untuk menahan dugaan yang melanda ini..

Aku sudah tersungkur di jalan ini ya Allah..
Aku benar2 tidak mampu lagi untuk berjalan apalagi hendak berla
ri..

Ya ALLAH..

Bantulah aku untuk kembali seperti dulu..

Bantulah aku untuk mencari dahan yang kukuh untuk aku berpaut..
Bantulah aku untuk mencari kehidupan ku seperti dulu..

Bantulah hamba Mu ini ya Rabbi..

Aku hanyalah insan yang lemah lagi hina..

Ya
ALLAH..

AKu percaya..

Setiap dugaan yang datang adalah ujian Mu kepada hambaMu..

AKu percaya..

Pasti ada hikmah disebalik semua ujian Mu ini..
Kerana Aku pasti..

Engkau tidak akan menguji ku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung..


Ya Rabbi
..

kuatkanlah hatiku..

bantulah hambaMu ini...

Amin.....................
...~~






blank......blank....blank...

Dah lama rase nye saya x update blog ni..maaf ya wahai blog ku..maklumlah..awal2 tahun baru, awal2 sem ni, bermacam2 halangan dan masalah yang muncul.. sampai xsempat nk meng'update' blog sendiri..huhu

haish~~

xbaik mengeluh kan?

tapi saya dah xtau nak rase apa lagi..penat sudah rase nya berlari mengejar bayang2.. makin dikejar bayang2 tu, makin jauh bayang2 tu pergi dari saya... saya penat..saya sudah xsanggup nak berlari lagi..saya sudah xmampu nak mengejar bayang2 lg..saya dah terlalu penat..sebab sudah terlalu lama berlari juga, saya kepenatan yang amat sangat hingga saya xnampak halangan yang bertimbun2 di hadapan saya.. akhirnya..saya tersepak, terlanggar, accident dengan halangan tersebut, dan, saya jatuh tersungkur............................

s
ampai sekarang..masih lagi menyusur, merangkak untuk bangun.. saya masih mencari2 dahan untuk berpaut, membantu saya bangun.. juga untuk menopang saya berdiri dan mungkin berlari seperti biasa.. saya harus cuba dan terus mencuba untuk berdiri kemudian berjalan dan berlari seperti biasa, kerana hidup mesti diteruskan.. walaupun luka berdarah, ia akan sembuh..namun, parutnya tetap ada.. Menjadi peringatan kepada saya pada masa akan datang... Usah mengalah dan harus percaya akan takdir Nya.. Kerana, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

YA ALLAH....

Kuatkanlah hamba Mu ini...

Sesungguhnya,
Hamba Mu ini insan yang lemah...
tidak berdaya untuk melawan takdir Mu..
Berikanlah hamba Mu kekuatan..huhuhu...
Kekuatan untuk mengharungi sisa2 kehidupan..




Thursday, December 3, 2009

jika aku jatuh hati~~

Moga doa ini sentiasa diamalkan..



Ya Allah...
Perkenankanlah doa hamba-Mu ini..
Sesungguhnya diriku hanya lah insan yang lemah..
Pertemukanlah diriku dengan insan yang mampu membimbingku ke jalan yang Engkau redhai..

wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)
( An-Nur : 26 )