Dalam bulan Mei ini, negara kita telah digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat pada 21 Mei baru-baru ini. Tragedi yang telah mengorbankan nyawa seramai 16 orang penghuni madrasah tersebut telah membuka mata banyak pihak tentang kawasan tersebut. Malah, pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan telah bersama-sama mengeluarkan dan manyelamatkan mangsa di kawasan tragedi itu. Sesiapa sahaja yang mengikuti berita tersebut sama ada melalui berita tv, surat khabar mahupun internet berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang telah menimpa anak-anak di madrasah tersebut.
Namun, semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH S.W.T. Pasti DIA merancangkan sesuatu di sebalik apa yang berlaku ini, dan boleh jadi juga, ini adalah amaran ALLAH kepada hamba-hambanya yang semakin lalai dan alpa dari mengingati-Nya. Kejadian seumpama ini tentu membuatkan kita semua bersedih hati. Semoga tragedi tanah runtuh ini memberi pengajaran, peringatan dan juga iktibar kepada kita semua. Bahawa ajal datang tanpa tidak kita duga dan bahawa, amaran ALLAH datang tanpa mengira tempat, keadaan mahupun masa.
Sesungguhnya..adik-adik yang terbunuh di dalam tragedi tanah runtuh ini lebih dikasihi oleh Pencipta-Nya. Semoga mereka semua ditempatkan bersama golongan yang soleh dan golongan yang jihad pada jalan ALLAH.. InsyaALLAH...
Sesungguhnya..adik-adik yang terbunuh di dalam tragedi tanah runtuh ini lebih dikasihi oleh Pencipta-Nya. Semoga mereka semua ditempatkan bersama golongan yang soleh dan golongan yang jihad pada jalan ALLAH.. InsyaALLAH...
0 comments:
Post a Comment