Wednesday, November 24, 2010

Bersyukur..

Alhamdulillah..saya bersyukur kerana berbanding dengan orang lain, diri saya boleh dikatakan serba lengkap.. Walaupun kehidupan saya dan keluarga saya sederhana cuma, tapi saya masih lagi bahagia dengan keluarga tercinta.. Malah, ummi dan abah sentiasa memastikan kehidupan kami adik-beradik sentiasa lengkap.. Mekaceh ummi n abah atas perhatian dan kasih sayangmu pada kami..

Saya juga bersyukur kerana :


1) Saya masih dipanjangkan umur.


Pertamanya, bersyukur kepada
ALLAH kerana telah memanjangkan umur saya.. Dapatlah saya menjalani hidup seperti insan-insan lain.. Saya juga bersyukur kerana saya masih mampu untuk melihat alam ciptaan yang Maha Esa.. Dengan ini, dapatlah saya terus berbakti kepada ummi dan abah dan juga keluarga yang tercinta.. Terima Kasih YA ALLAH kerana masih memberi saya peluang untuk bernafas di bumui-Mu ini.. Terima Kasih YA ALLAH kerana masih memberi kesempatan kepadaku untuk meperbaiki hidupku ke jalan yang Engkau redhai..

2) Saya masih berada di jalan ALLAH.


ALHAMDULILLAH
..terima kasih YA ALLAH kerana masih membenarkan hambamu ini berada dalam agama-Mu.. Saya bersyukur kerana masih dikurniakan hidayah oleh Pencipta untuk beriman kepada-Nya.. Saya juga bersyukur sangat kerana masih berpegang pada ajaran Islam dan tidak terpesong.. Walaupun saya bukanlah insan yang baik, sentiasa melakukan kesilapan, tapi banyak yang telah saya pelajari daripada agama Islam yang suci ini.. Dan saya bersyukur kerana masih juga diberi peluang untuk memperbaiki diri saya yang lemah ini untuk menjadi seorang muslimah yang solehah.. Semoga diizinkan-Nya..

3) Saya masih mempunyai keluarga.


Aku bersyukur pada-Mu
YA RABBI kerana telah mengurniakan kepadaku keluarga yang serba lengkap.. Saya bersyukur..Walaupun keluarga saya hanyalah keluarga yang hidup serba sederhana sahaja, tapi bagi saya cukup lengkap.. Saya masih mempunyai seorang abah dan ummi yang cukup penyayang.. Ummi dan Abah saya memang garang dan tegas, tetapi, dalam tegasnya abah masih ada sifat kelakarnya..dan dalam garangnya ummi masih ada sifat sportingnya.. Saya juga bersyukur dikurniakan 5 orang adik yang nakal tetapi bijak.. Adik-adik saya memang istimewa *walaupun banyak menyakitkan hati..* dengan cara mereka sendiri, malah saya bangga menjadi kakak mereka.. Biarlah kami tidak mempunyai harta yang banyak, dan hidup besederhana sahaja, tapi, ALHAMDULILLAH kami masih bahagia.. Saya percaya, ramai yang di luar sana yang susah dan kesempitan dalam hidup..Jadi, saya amat bersyukur dengan nikmat keluarga yang ALLAH berikan kepada saya ini..

4) Saya masih mempunyai keluarga besar.


ALHAMDULILLAH
..saya mempunyai keluarga besar yang ramai..Adik-beradik abah 10 n adik beradik ummi 9..ramai kan? saya bersyukur dikurniakan family besar yang memang besar.. Saya sayang keluarga besar saya, baik dari sebelah abah mahupun dari sebelah ummi.. Saya sayang kedua-duanya kerana mereka telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.. Saya bersyukur kerana mempunyai mereka sebagai sebahagian dari hidup saya.. Masih ramai yang tidak bernasib baik, tidak mempunyai sanak saudara, pasti hidup mereka sedih kan? hidup sebatang kara tanpa ada sesiapa, tanpa ada tempat untuk bermanja.. Tapi saya masih mempunyai makcik-makcik / pakcik-pakcik / sepupu-sepupu kecil dan besar / anak-anak kecil yang menjadi penyebab untuk saya hidup, bergembira dan juga bermanja.. YA ALLAH..terima kasih kerana mengurniakan mereka untik menjadi sebahagian dari hidupku.

5) Saya masih mempunyai kawan-kawan.

Saya beryukur kerana telah dikurniakan sahabat-sahabat yang sangat baik dan sentiasa memahami diri saya ini..
ALHAMDULILLAH, mereka selalu ada disaat saya memerlukan mereka.. Kawan-kawan telah banyak menolong saya. tak kira dalam pelajaran, kehidupan sampai la pada hal personal.. Terima kasih pada kawan-kawan saya, tak kira di SKSP, di SMASID *sahabat-sahabat SPM 2004*, di SMAP Labu *especially to MASSA 05/06 + AMISYA, miss you all *, di UKM, teman-teman Praktikal di SMKPP11(1), dan juga mereka yang pernah dan masih berada dalam hidup saya.. Buat teman-teman TESL UKM, * Nerd, Cikema, Cikyah, Ika, Nurun, Dayah, Miza, Fiza, Nurudin, Rafi, and others * thanks for be such a great classmate to me..May ALLAH Bless us and hope that our friendship will remains..




In life, you don't get the people you want.. you get the people you need.. to teach you, to hurt you, to love you, to make you laugh.. to make you exactly the person you should be.










0 comments: