Saya sedar saya bukan budak kecik lagi bila :
1. Saya sedar saya sudah tidak ke kedai runcit semata-mata nak beli gula-gula 2biji 10sen. Masa zaman saya kecik-kecik dulu, saya sanggup berbasikal meredah hujan dan panas hanya untuk membeli gula-gula tersebut. Kalau tak beli banyak pun, mesti beli juga walau sikit. Tapi sekarang, jarang dah saya ke kedai runcit. Kalau pergi pun, sekali-sekala je untuk beli barang-barang keperluan. Sangat berbeza dengan zaman saya kecik dulu. Saya masih ingat, setiap hari jumaat saya ada kelas fardhu ain *macam kelas agama laa*, saya mesti minta duit belanja lebih dengan abah semata-mata nak beli 'jajan' kat kedai. Tiap-tiap minggu pulak tu hihi~ Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.
2. Saya sedar saya sudah jarang bermain di luar rumah. Masa zaman kecik-kecik, saya memang jarang ada dalam rumah. Pantang pintu rumah terbuka, mesti saya lesap turun bermain di luar rumah. Tak kiralah mase tu panas ke hujan, pagi ke malam, yang penting bagi saya, mesti turun bermain. Memang lesap sampai ke dalam semak, ke bawah rumah, ke belakang rumah saya merantau. Paling tidak pun, saya main debu ke, main masak-masak ke =p Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.
3. Saya sedar saya sudah tidak bermain teka-teka nombor plat kereta dengan adik-adik. Masa zaman kecik-kecik, saya selalu main teka nombor plat kereta. Saya akan sebut nombor plat kereta tu, kemudian suruh adik-adik saya cari kereta tu. Kemudian, kami take turn untuk teka. Kalau tak teka nombor plat, kami suruh cari kereta yang warna yang kami teka tu. Seronok main teka-teka tu, lagi-lagi bila rase bosan dalam kereta. Biasenye, kami main teka ni bila dalam perjalanan nak balik kampung abah di johor. Sebab tempoh perjalanan yang sangat lama, jadi kami main laa game tersebut untuk menghilangkan rasa bosan. Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.
4. Saya sedar saya dah tak merengek-rengek dengan ummi dan abah untuk belikan saya alat permainan. Masa zaman kecik-kecik, saya akan merengek-rengek dengan abah untuk belikan barang mainan. Selagi tak dapat, selagi itulah saya akan merengek, dan kadang2 menangis *mengade zmn kecik2 ni..ish3* Bila dapat baru saya diam tapi bila tak dapat mesti merajuk, berhari-hari tau haha~ Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.
5. Saya sedar terlalu banyak perbezaan antara saya zaman sekarang dengan saya zaman budak-budak. Bila saya tengok gambar yang lama-lama, saya sedar yang saya sudah membesar. Terlalu banyak perbezaannya. Kalau dulu, budak kecik yang berambut pendek ni kuat menangis, sekarang dah tak lagi. Kalau dulu, budak kecik ini macam lelaki, tomboy, tapi sekarang dah agak feminine *sikit2 laa kowt* Kalau dulu, budak kecik ni degil, nakal sampai patah tangan mase bermain, tapi sekarang dah tak nakal lagi *annoying je haha* Dan saat itulah membuatkan saya benar-benar sedar yang saya bukan budak kecik lagi.
0 comments:
Post a Comment