Jangan bercinta kerana dia seorang lelaki, kelak kita akan membenci,
jika dia bukan lelaki yang dicari, hanya pandai menabur janji.
Jangan dirindu pada paras rupa, kelak kita akan terseksa,
jika dia tidak sebaik rupanya, senyumannya manis tipu belaka.
Jangan disayang kerana berharta, kelak kita hidup menderita,
jika hartanya abis dibelanja, sukarnya hidup miskin dan papa.
Jangan dikasih kerana puji, kelak kita menagih janji,
jika rupa berkedut dimamah hari, hilang sudah puji memuji.
Jangan dicari seorang kekasih, kelak kita akan disisih,
jika kasih luntur bersih, menagislah hidup bersedih.
Jangan disambut salam rindu, kelak kita menahan sendu,
jika rindu tidak bersatu, dimanakah kita akan mengadu.
Jangan dilayan seorang teman, kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman tidak beriman, dibakar api hari kemudian.
Wahai teman,
Carilah dia kerana Tuhan,
Untuk menambah ceteknya iman, bekalan diri hidup berteman.
Wahai teman,
Cintailah dia kerana iman,
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan, baik buruk ketentuan Tuhan
Wahai teman,
Terimalah dia penuh keikhlasan,
Andai buruk anggaplah dugaan, andai baik pujilah Tuhan.
Isteri yang baik besar balasan,
Suami penyabar membawa kemenangan...
YA ALLAH...
Jika dia benar untukku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, Tabahkanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..
0 comments:
Post a Comment