Wednesday, April 7, 2010

laut...


ALLAHUAKBAR...

Betapa luasnya nikmat mu Ya Allah..
Seluas hamparan lautan...
Betapa Luasnya kasihmu Ya Allah...

Seluas hamparan langit dunia..


Saat saya merenung laut...
Saya dapat rasakan satu ketenangan yang x dapat saya gambarkan...
Betapa tenangnya hati ni bila melihat air laut yang bergelora itu..
Namun masih lagi lembut menghempas tepian pantai...
Rasa sayu makin menghimpit bila saya berdiri di gigi air..
Rasa diri ini begitu kecil, diri ini begitu kerdil di sisi sang pencipta...
Hendak sahaja saya terus berdiri di situ..
Tidak mahu berganjak dari gigian air tadi...
Mahu terus membiarkan kaki saya terus dipukul ombak..
Moga-moga, hilanglah sesak di dada, hilang resah di jiwa...
Mahu saja saya terus disitu, bertemankan ombak dan pantai..
Saya mahu kekal disitu, mahu rasa damai terus berada di hati..
Namun saya akur..
Terpaksa jua saya susun langkah untuk pulang..
Dan meninggalkan laut yang akan terus bergelora..
tapi saya pasti..saya akan kembali..


Saat saya merenung laut..

Angin begitu kuat hingga pokok kelapa terliuk-lentuk ditiup angin..

Terasa begitu sejuk angin itu ketika ia menyapa tubuh..

Hingga saya terus berdiri dan terleka di gigian air..
Saat itu..saya imbas kembali segala apa yang telah saya lalui..
Terlalu banyak yang telah berlaku...

Kisah suka dan duka bercampur aduk dan menjadi satu...

Membuatkan saya sedar yang hidup ini terlalu banyak ujian dari sang pencipta..

Tapi, biasalah..

Mana mungkin dinamakan hidup kalau tiada masalah..

Mana mungkin dinamakan hidup sekiranya tenang saja..

Sedangkan laut pun bergelora, apatah lagi hidup seorang insan..

Suka duka adalah perencah kehidupan untuk menjadikan mereka lebih tabah..

Dan saya terima segala apa yang berlaku..

Kerana saya percaya, setiap ujian yang itu datangnya dari ALLAH..

Dan ummi pernah cakap, ujian itu tandanya, ALLAH sayangkan kita..jadi kita kena bersabar..

Dan saya percaya..percaturan hidup oleh ALLAH itu adalah yang terbaik..

Kerana setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya...

Kita sebagai insan yang lemah ini, hendaklah sentiasa menerima dengan hati yang terbuka dan
redha dengan apa yang berlaku...

Kerana..
"Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tak
sanggup hambaNya pikul.Allah menguji hambaNya sesuai dengan kesanggupan hambaNya.....kerana......sekali lagi...kerana hanya Allah yang mengetahui segalanya..


Petang itu..saya susun langkah pulang ke rumah..

Meninggalkan laut yang terus bergelora itu..

Bersama dengan hati dan jiwa yang sedikit tenang..

dalam hati ini berkata..

Wahai laut..aku akan kembali lagi...


Terima kasih YA ALLAH...

Kerana mendamaikan hati yang telah dilanda keresahan ini..

Dan Ya ALLAH...

Kau kuatkan lah hati hambamu ini untuk mengharungi segala ujian dan dugaan mu ini
YA ALLAH
...







0 comments: