Tak mahu hari semalam berlalu,
Kerana semalam amat bererti bagiku,
Tak mahu hari semalam berlalu,
Kerana semalam telah membuatkanku gembira..
Namun,
aku juga tidak mahu terus berada di hari semalam,
Ingin juga ku mengorak langkah ke hari esok,
Kerana, esok mungkin memberi aku bahagia,
Kerana esok mungkin mampu mengukir lebih senyuman di bibirku..
Namun, semalam telah pun berlalu,
Esok juga belum tentu tiba,
Yang ada hanyalah hari ini,
Hari ini yang menjadi kayu ukur bagi hari semalam,
Hari ini yang menjadi penentu hari esok..
Ku harapkan agar,
Hari semalam terus menjadi ingatan dan kenangan,
Untuk hari ini dan juga esok,
Kerana...
Semalam adalah amat bermakna bagiku..
0 comments:
Post a Comment