Kalaulah memberi kemaafan kepada orang itu
semudah meminum air masak dari gelas,
sudah lama saya memberi kemaafan tersebut,
kerana saya pun dah penat menyimpan bara di dalam hati ni,
tapi,
memberi kemaafan itu bukan mudah,
apatah lagi apabila maruah dan nilai kita dipijak-pijak orang,
harga diri kita diperlekehkan orang,
mampukah saya untuk memberi kemaafan kepada insan ini?
kuatkah saya untuk memberi maaf?
saya tiada kekuatan untuk memaafkan,
bukan kerana sombong, bukan juga kerana dendam,
tetapi maruah diri yang dahulunya telah dipermainkan,
telah diperkotak-katikkan oleh mereka,
mana mungkin saya mampu untuk berdepan dengan mereka,
dan memberi kemaafan serta memadamkannya dari hati,
seolah-olah ia tidak pernah wujud dan berlaku,
saya tidak mampu...
Bukannya saya berdendam..
tetapi saya benar2 terluka apabila maruah diri dan keluarga diperlekehkan..
seolah-olah kami benar2 hina di mata mereka,
saya tidak mampu melupakan,
saat hati itu terguris,
dan mata itu menangis kerana kutukan mereka,
kerana ejekan, umpatan dan juga herdikan keji,
kepada insan tua yang amat saya sayangi.
Bukan mudah untuk saya memaafkan mereka,
setelah maruah ini dipijak-pijak,
namun, saya serahkan kepada ALLAH untuk menentukan semuanya,
kerana Dia lebih berkuasa dan lebih berhak,
saya hanya insan lemah..
Semoga dikuatkan hati untuk memberi kemaafan,
Kerana saya hanya hamba yang lemah,
yang penuh dengan kelemahan,
bukannya seperti Nabi,
yang selalu mengampunkan umatnya,
Semoga dikuatkan hati saya ini untuk tabah menerima dugaan,
Dan semoga dikuatkan hati untuk memberi kemaafan,
yang bukan mudah untuk terlahir dari lisan ini....
0 comments:
Post a Comment