Wanita,
Tanpa mereka, fikiran lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh insan yang bergelar lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin dapat meluruskan rusuk yang bengkok,
Dan kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang yang lurus.....
Luruskanlah wanita dengan jalan ALLAH,
Kerana mereka telah dicipta oleh ALLAH dengan sebegitu indah..
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
Kerana bimbang mereka semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nanti mereka akan semakin derita,
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH,
Zat yang kekal kerana disitulah punca kekuatan dunia......
Akal senipis rambut tebalkanlah dengan ilmu,
Hati serapuh kaca kuatkanlah dengan iman,
Perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak,
Bisikkan pada mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Tetapi disitulah kasih dan sayang ALLAH pada mereka...
Wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan,
Tanpa Iman, Ilmu dan Akhlak, mereka tidak akan lurus,
Bahkan akan semakin membengkok,
Itulah hakikat wanita yang tidak mengenal Rabbnya.....
Bila wanita menjadi derhaka,
Pasti Dunia huru hara,Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,
Tetapi, binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, Pimpilah dirimu kepada-Nya,
Jinakkan diri kepada ALLAH,
Nescaya akan jinaklah segalanya di bawah kepimpinanmu....
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamalluwajhah.. ~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment