Sunday, March 28, 2010

aku..dia..dan mereka..

Pernah aku terfikir,
Susahnya hidup ini...
Tapi aku sering terlupa, yang nikmat ALLAH sudah terlalu bany
ak untuk-ku..
Terlalu banyak untuk dihitung dengan jari,

Namun, aku tetap lupa dengan nikmat-Nya,

Hingga aku lupa untuk bersyukur kepada PENCIP
TA...


Aku selalu merasakan yang keluarga ku hidup susah,

Hidup serba sederhana di rumah yang sederhana besarnya,

Tapi aku lupa,

Masih ramai insan di luar sana yang lebih susah dari keluarga-ku,

Mereka tinggal di rumah kecil yang usang,

Waktu hujan, bocor di sana sini...

Setidak-tidaknya, kami sekeluarga masih ada rumah yang serba lengkap

walaupun sederhana, masih selesa didiami walau sederhana,


Aku selalu beranggapan bahawa keluargaku serba kekurangan..

Pernah kami bersantapan dengan nasi dan telur sahaja,

kerana wang yang ada digunakan pada urusan yang lebih perlu..

Namun saat itu aku lupa,

Masih ramai yang tidak dapat menjamah nasi sepertiku,

Andai ada makanan, mereka makan sahaja apa yang ada,

Jika tiada, mereka menahan lapar hingga ada rezeki
untuk mereka..
Setidak-tidaknya, aku dan keluarga masih mampu menjamah nasi

walaupun cuma berlaukkan telur dan kicap sahaja..


Aku selalu beranggapan aku selalu keseorangan..

Seperti tidak dihiraukan oleh orang disekelilingku..

Pernah aku menderita dan sakit seorang diri tanpa ada sesiapa di sisi..

Namun sebenarnya aku lupa,
ALLAH menghadirkan insan-insan yang terhebat di samping
ku..

Aku mempunyai Abah yang sangat melindungi,
Aku mempunyai Ummi yang sangat menyayangi,

Aku mempunyai adik-adik yang sentiasa menghiburkan..

Aku juga mempunyai saudara-mara yang sangat membantu..

ALLAH juga menghadirkan insan-insan yang memahami diriku..

Aku mempunyai sahabat-sahabat yang banyak me
mbantu ketika aku senang
dan susah..

Malah, aku juga mempunyai dia yang banyak membantu aku..


Di luar sana, masih ramai lagi insan yang lebih keseorangan dari diri ku..

Ada yang hidup sebatang kara tanpa ada ibu, bapa dan keluarga..

Ada yang hidup tanpa saudara mara di sisi..

Malah ada juga yang terpaksa berhenti sekolah untu
k menyara keluarga
bagi mendapatkan sesuap nasi..

Ada yang hidup seorang diri tanpa ada kawan-kawan di sisi..

dan ada juga ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak di kampung,

tanpa anak-anak pergi menjenguk mereka..

sama ada sakitkah mereka, sihatkah mereka..atau masih adakah mereka?


ALLAHUAKBAR..

Betapa aku lupa nikmat yang aku ada,

Aku mempunyai apa yang aku perlu..

Sedangkan masih ramai insan di luar sana yang lebih susah dariku,

Masih ramai insan di luar sana yang serba kekurangan dariku,

Masih ramai insan di luar sana yang lebih keseorangan dariku,

Sesungguhnya, aku adalah insan yang bertuah kerana dikurniakan

ALLAH
dengan nikmat-Nya yang amat tinggi nilainya..


Wahai hati..

Bersyukurlah dengan segala nikmat dan pemberian ALLAH padamu..

Kerana nikmat ALLAH padamu adalah tidak terhitung..

Wahai jiwa..

Terimalah Qada' dan Qadar ALLAH dengan hati yang ikhlas..

Kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang kau perlukan..

Wahai Insan..

Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH berikan.
.
Andai dirimu di dalam kesusahan dan serba kekurangan,

Maka berdoalah pada DIA yang Esa..

Sujudlah padanya dan mohonlah bantuan dari-Nya..

Kerana,
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)


Percayalah dengan ketentuan ALLAH..

Kerana sesungguhnya, percaturan ALLAH itu adalah yang terbaik..

Dan dugaan itu adalah ujian untuk kita,
sebagai tanda ALLAH menyayangi hamba-Nya..





0 comments: