Sekarang, untuk apply kerja di mana-mana tempat pun mesti kena temuduga. Untuk masuk universiti pun ad temuduga, hatta nak masuk sekolah berasrama pun kena temuduga juga.. temuduga tu, Interview lah bak kate omputih..hihi~ Bila nak menghadiri interview tu, setiap orang akan bawa segala jenis sijil, kelayakan, sijil penyertaan dan segala bagai yang dia ada untuk mendapatkan kerja, ataupun untuk masuk universiti mahupun masuk ke sekolah asrama yang diidamkan.. Bersungguh-sungguh betul kan? Mestilah kena bersungguh-sungguh.. Kita mestilah mahukan yang terbaik untuk diri kita, sebab itu kita bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk ke interview kan..
Semasa interview tu, antara soalan yang akan atau sering ditanya oleh penemuduga tu, "Apa kelebihan yang awak ada yang tidak ada pada orang lain?'', "Apa keistimewaan awak yang membuatkan kami mesti mengambil awak bekerja?'' ataupun "Apa kebolehan istimewa kamu''. Kita yang bersungguh-sungguh ni, akan memberikan bermacam-macam jawapan untuk meyakinkan penemuduga tersebut bagi mendapatkan kerja/universiti/sekolah pilhan tu..
Sama juga situasinya nanti ketika di padang mahsyar, ketika semua umat manusia berkumpul dan menunggu amal untuk dihisab. Pada masa itu, semua umat manusia berdebar untuk menjalani 'interview' dengan Pencipta Yang Satu.. Saat itu, tak ada sijil ke, trofi ke, gelaran apa-apa pun untuk dikira.. Yang ada hanyalah amal dan kebajikan semasa hidup di dunia yang fana ini.. Dan semasa interview itu juga, bukan beribu malah berjuta, malah lebih, apabila keseluruh umat manusia bermula dari Nabi Adam sampailah pada umat yang pada akhir hayat dunia. Bayangkan, betapa ramainya umat manusia yang akan menjalani 'interview' ini..bukan kita sahaja tau..
'Interview' di padang mahsyar bukan seperti interview di dunia, untuk mendapatkan sekolah terbaik, universiti terhebat mahupun kerja yang berstandard. Tetapi interview terakhir ini akan menentukan di manakah kita sebagai hamba ALLAH ini akan ditempatkan. Di syurgakah atau di nerakakah? Perlu diingat, siapalah kita untuk terus masuk ke syurga tanpa perlu dihisab kerna amal kita cuma sedikit. Kita bukannya ahli keluarga Rasulullah, kita juga bukan sahabat-sahabat Baginda, juga bukan umat pada zaman Rasulullah.. Kita ini cuma umat pada akhir zaman, yang terlalu jauh dari Baginda. Jika tidak berbekalkan amal dan ibadah, cuba kita fikir, layakkah kita mendapat nikmat di syurga ALLAH sedangkan amal ibadah kita cuma sedikit..? Layakkah kita untuk bersama dengan Rasul kekasih ALLAH sedangkan kita sering melupakan Baginda? Layakkah kita?
Jika interview untuk mendapatkan kerja, kita ditanya tentang kelebihan diri sendiri, sama juga 'Interview' di padang mahsyar nanti.. Apakah kelebihan yang kita ada untuk melayakkan kita masuk syurga ALLAH? Nak cakap kita solat lima waktu, orang lain pun solat lima waktu juga.. Malah, ada yang mengerjakan solat sunat lebih dari kita lagi.. Nak cakap kita puasa sebulan, orang lain pun puasa sebulan jugak.. Malah, ada insan yang puasa sunat lebih dari kita lagi.. Nak cakap kita bersedekah, orang lain pun bersedekah juga, cuma kita tidak tahu saje.. Habis tu, apa keistimewaan yang kita ada untuk melayakkan kita masuk ke syurga ALLAH? Apa kelebihan yang saya dan kamu ada untuk memasuki syurga ALLAH?
Jika nak dibandingkan kita dengan sahabat-sahabat Rasulullah, memang terasa jauh bezanya.. Nabi pernah bermimpi dimana tapak dan langkah Bilal mendahului baginda di syurga. Nabi pun bertanya kpd Bilal, "apakah amalan yg membuatkan kamu lebih terkedepan drpd aku..?" bilal pun hairan dan berfikir panjang tentang soalan nabi tadi. beliau pun kata "MUNGKIN kerana aku sering kali tidak terlepas SOLAT SUNAT 2 rakaat sebaik saja selesai azan." Masyaallah.." Tetapi MUNGKIN satu lagi kerana aku SERING KALI jadikan diri aku ini dalam keadaan BERWUDUK.Jika aku berhadas,aku terus bersihkan dan BERWUDUK" Nabi pun berkata, “ya,sesungguhnya amalan engkau yg pertama itu membuatkan engkau dapat kelebihan di syurga" (SOLAT SUNAT atau 2 RAKAAT selepasa azan).. Masyaallah,inilah kelebihan Bilal yg hanya hamba sehaya sahaja.. Ingat, bukan pangkat darjat yang dinilai Tuhan tapi amalan kita yg menentukannya..
Jadi sahabat, bersiap sedialah dari awal untuk di'interview' di padang mahsyar nanti.. Carilah kelebihan untuk diri kita nanti.. Jangan tinggalkan apa yang telah diwajibkan keatasa kita, kerana yang wajib itu memang wajib kita tunaikan.. Tetapi yang membezakan kita dengan umat yang lain di akhirat nanti adalah amalan sunat kita.. Kerana itulah keistimewaan kita.. Jika berbekalkan yang wajib je, adakah cukup? itupun kalau yang wajib tidak ditinggalkan.. Kalau yang wajib pun ditinggalkan, layakkah kita untuk masuk ke syurga ALLAH dengan sahabat2 Rasulullah??
Jika untuk dunia yang sementara ini kita berusaha bersungguh-sungguh, kenapa untuk akhirat yang kekal abadi itu kita tidak boleh bersungguh-sungguh kan??
Selingan : Peringatan untuk diri sendiri juga, supaya tidak lalai mengerjakan yang wajib dan tidak lupa melaksanakan yang sunat..
p/s : Andai ada salah or silap, silalah beri saya tunjuk ajar..Saya budak baru belajar..^_^

2 comments:
lama tak jenguk blog kamu.
entri ni sangat bagus.suka sangat,dalam kita duk bersuka ria,takleh lupa jugak yang alam satu lagi menanti.
moga kita dipermudahkan olehNya.Amin..
p/s:suka blog awak sebab semua nya nasihat.
mekaceh en.fadil..sudi singgah blog sy ni..sekadar peringatan untuk saya dan juga semua..agar x lupa..^_^
Post a Comment