Anda tentunya dewasa dan matang bila :
- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tecapai.
- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang terluka dan tersinggung oleh seseorang dari kumpulan dan berlaku seperti biasa.
- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak wajar dengan mereka.
- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapatkan perkara yang anda fikir anda boleh dapat.
- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapt hidup setaraf dengan rakan-rakan anda ynag lain.
- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda itu.
- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham dengan seseorang tanpa memperbesarkan hal tersebut.
- Anda memandang jauh kehadapan, dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan anda pada masa hadapan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
- Anda bahagia bersendirian dengan mempunyai hobi atau kegemaran yang benar-benar anda minati.
- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
- Anda menghadapi orang-orang yang lebih tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh dengan berusaha tidak menimbulkan kesan-kesan negatif kepada mereka.
- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya secara berlebihan, untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan sempurna.
- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda merasa kurang senang dengannya.
- Anda boleh berlaku adil dan dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
- Anda dapat mewujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan lelaki secara jujur.
- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir, bahawa andalah lelaki idaman setiap wanita.
- Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang sahabat wanita yang jujur.
Adakah anda sudah dewasa?
2 comments:
alamak.saya tak dewasa pun.huhu.
tak dewasa ke puan diana? hihi~ tak ape lah, kadang2, pengalaman yang mematangkan kita, dan kita tak sedar pun yg kita telah dewasa..
Post a Comment