Makanan sunnah 2 :
KISMIS
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan terlebih dahulu. Kismis ini membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi mengangkut oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.
KHASIAT DAN KELEBIHAN KISMIS
Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9

- Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.
- Nabi Muhammad SAW bersabda :"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"
- Imam Ali a.s berkata : "sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
- Imam Ali a.s berkata : "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9
0 comments:
Post a Comment