Monday, October 17, 2011

Bertudung sebab perintah atau fesyen?

Ramai dah wanita yang sudah mula bertudung sekarang ni. Malah, artis pun sudah semakin ramai yang berhijrah dengan mengenakan tudung ni. Alhamdulillah..Allah telah membukakan hati-hati mereka untuk bertudung. Tapi, pernah tak kita bertanya pada diri kita sendiri wahai wanita, kita bertudung ni sebenarnya untuk apa? Adakah untuk melaksanakan perintah Allah supaya menutup aurat ataupun sekadar berfesyen? Adakah kita memakai tudung untuk menutup rambut kita ataupun sekadar mengikut jiran sebelah rumah yang juga telah bertudung? Tepuk dada, tanyalah iman kita.

~Comel Irma bila dah bertudung~
Saya tak nafikan, ramai wanita sekarang yang sudah semakin sedar tentang kewajipan menutup aurat. Sebab tu semakin ramai wanita yang berhijrah dengan mengenakan tudung. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allah telah memberikan hidayah kepada mereka untuk berubah. Tapi kita kena ingat, berubah tu biarlah kerana Allah, bukan kerana sebab lain. Kalau kita memakai tudung dengan tujuan menutup aurat, dengan untuk menutup mahkota wanita yang paling beharga ini daripada tatapan lelaki yang bukan muhrim, InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita untuk teruskan bertudung dan menutup aurat kita itu. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan dan usaha kita tu. 

Tapi, sekiranya kita memakai tudung sekadar untuk berfesyen, sekadar mengikuti trend semasa, ataupun sebab kita tengok artis yang kita minat tu cantik pakai tudung, sama-samalah kita perbetulkan kembali niat kita tu, biarlah kerana Sang Pencipta bukan kerana manusia. Semoga Allah memberi cahayanya kepada kita dan membuka hati untuk terus menutup aurat kepada-Nya. Perlu diingat juga wahai wanita muslim sekalian, menutup aurat bukan sekadar bertudung sahaja, malah seluruh tubuh kita juga perlu ditutup kecuali muka dan tapak tangan. So, bila dah bertudung tu, cubalah berubah yang lain pula, berubah mengikut skema Allah dan rasul kita..InsyaAllah.. ^_^

Bila kita tengok sekarang, macam-macam jenis tudung yang ada di pasaran. Macam-macam jenis tudung juga, ada yang tudung ekin la, tudung ariani la, shawl la, yuna la, hana tajima la, pernah juga ada tudung mawi! Hebat, mawi pun pakai tudung, hihi~  Lepas tu, tudung-tudung tu terdapat dalam pelbagai warna, corak dan juga design mengikut trend semasa, dihias pula dengan kerongsang (brooch) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Tapi, yang menjadi persoalannya, semua tudung tersebut betul-betul mengikut mengikut skema Allah dan rasul tak? 

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31  :
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"

Dalam surah An-nur ayat 31 ni ada menyatakan, hendaklah menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan melainkan dengan orang yang berhak sahaja. Maknanya, tudung yang kita pakai tu, kenalah labuh hingga menutup dada tu. Sebenarnya wanita, dada tu lebih menggiurkan daripada rambut. Jadi, kita kenalah tutup melainkan untuk orang yang berhak ke atas kita sahaja. Itu baru pemakaian tudung yang mengikut skema Allah dan rasul. Bukan itu sahaja, ayat ni juga menegaskan supaya wanita menutup auratnya dari orang yang bukan muhrim melainkan yang biasa dilihat, iaitu meka dan juga tapak tangan. Jadi, kenalah tutup rambut, badan, kaki dan perhiasan yang lain dengan pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak sebab itu adalah aurat wanita. (Kalau saya tersilap, harap betulkan ye)  

~Gambar dari Google~
Fungsi tudung sebenarnya untuk menjaga dan melindungi kita wahai wanita, bukan saje-saje je hukum itu ditetapkan oleh Allah.Tapi sekarang, fungsi tersebut seolah-olah semakin lari dari yang sebenar. Ramai wanita sekarang betul-betul tutup kepala saja tapi tudung tersebut atas paras dada je. Dan ada yang bertudung, tapi nampak cuping telinga,nampak leher, nampak rambut macam mak datin dan macam-macam lagi. Ditambah pula sekarang dah musim orang pakai selendang. Tidak salah nak pakai selendang tu, memang cantik, tapi kainnya nipis,jarang dan pendek, lepas tu belit-belit, pusing-pusing pulak kat kepala sampai kain tudung ni jadi singkat. Maka,bahagian dada tak dapat ditutup dengan sempurna, hanya ditutup dengan baju je. Kalau baju tu besar dan labuh, boleh tahan lagi. Tapi kalau baju tu jenis melakat kat badan, macam mana? Bayangkan sendiri..Tak jadi macam tu.

Wanita sekalian, labuhkan tudung yang dipakai tu biar  melepasi dada, tutup perhiasan  tu, jangan tayang perhiasan kita tu pada mereka yang bukan hak, tutup2. Sama juga aurat yang lain, kena tutup! Macam mana tudung tu nak jaga kita sebab bertudung tu dah cantik tapi aurat tu kita tak tutup dengan sepenuhnya. Betul tak? Sebab tu, kita kena tanya diri kita balik, kita pakai tudung ni sebab apa.. kemudian, kembali betulkan niat kita. InsyaAllah, Allah akan bantu kita, Allah akan lindung kita bila niat kita betul. Niat tu, hanya kita dengan DIA saja yang tahu..

Wanita-wanita sekalian..
Allah sangat sayangkan wanita, sebab tu Allah mewajibkan wanita menutupa aurat. Tidak salah untuk berfesyen, tapi kenalah ikut skema Allah dan Rasul. Pakai tudung tu dah cantik, tapi bila pakai tudung kerana Allah lebih cantik. Pakai tudung memang cantik, tapi bila pakai tudung dan menutup aurat, itu yang tercantik.. Islam tidak melarang umatnya untuk bergaya, Cuma bergayalah guna ilmu, jangan hanya pakai hati dan otak. (Dr Cinta punye blog)

~Yang mana satu yang menjadi pilihan? Tepuk dada tanyalah iman kita~

Terima kasih sudi singgah di sini =)

Sumber : 
 



0 comments: