Sunday, March 28, 2010

Al-Baqarah, ayat 286



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa ataupun tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat seperti yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelaum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir."






aku..dia..dan mereka..

Pernah aku terfikir,
Susahnya hidup ini...
Tapi aku sering terlupa, yang nikmat ALLAH sudah terlalu bany
ak untuk-ku..
Terlalu banyak untuk dihitung dengan jari,

Namun, aku tetap lupa dengan nikmat-Nya,

Hingga aku lupa untuk bersyukur kepada PENCIP
TA...


Aku selalu merasakan yang keluarga ku hidup susah,

Hidup serba sederhana di rumah yang sederhana besarnya,

Tapi aku lupa,

Masih ramai insan di luar sana yang lebih susah dari keluarga-ku,

Mereka tinggal di rumah kecil yang usang,

Waktu hujan, bocor di sana sini...

Setidak-tidaknya, kami sekeluarga masih ada rumah yang serba lengkap

walaupun sederhana, masih selesa didiami walau sederhana,


Aku selalu beranggapan bahawa keluargaku serba kekurangan..

Pernah kami bersantapan dengan nasi dan telur sahaja,

kerana wang yang ada digunakan pada urusan yang lebih perlu..

Namun saat itu aku lupa,

Masih ramai yang tidak dapat menjamah nasi sepertiku,

Andai ada makanan, mereka makan sahaja apa yang ada,

Jika tiada, mereka menahan lapar hingga ada rezeki
untuk mereka..
Setidak-tidaknya, aku dan keluarga masih mampu menjamah nasi

walaupun cuma berlaukkan telur dan kicap sahaja..


Aku selalu beranggapan aku selalu keseorangan..

Seperti tidak dihiraukan oleh orang disekelilingku..

Pernah aku menderita dan sakit seorang diri tanpa ada sesiapa di sisi..

Namun sebenarnya aku lupa,
ALLAH menghadirkan insan-insan yang terhebat di samping
ku..

Aku mempunyai Abah yang sangat melindungi,
Aku mempunyai Ummi yang sangat menyayangi,

Aku mempunyai adik-adik yang sentiasa menghiburkan..

Aku juga mempunyai saudara-mara yang sangat membantu..

ALLAH juga menghadirkan insan-insan yang memahami diriku..

Aku mempunyai sahabat-sahabat yang banyak me
mbantu ketika aku senang
dan susah..

Malah, aku juga mempunyai dia yang banyak membantu aku..


Di luar sana, masih ramai lagi insan yang lebih keseorangan dari diri ku..

Ada yang hidup sebatang kara tanpa ada ibu, bapa dan keluarga..

Ada yang hidup tanpa saudara mara di sisi..

Malah ada juga yang terpaksa berhenti sekolah untu
k menyara keluarga
bagi mendapatkan sesuap nasi..

Ada yang hidup seorang diri tanpa ada kawan-kawan di sisi..

dan ada juga ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak di kampung,

tanpa anak-anak pergi menjenguk mereka..

sama ada sakitkah mereka, sihatkah mereka..atau masih adakah mereka?


ALLAHUAKBAR..

Betapa aku lupa nikmat yang aku ada,

Aku mempunyai apa yang aku perlu..

Sedangkan masih ramai insan di luar sana yang lebih susah dariku,

Masih ramai insan di luar sana yang serba kekurangan dariku,

Masih ramai insan di luar sana yang lebih keseorangan dariku,

Sesungguhnya, aku adalah insan yang bertuah kerana dikurniakan

ALLAH
dengan nikmat-Nya yang amat tinggi nilainya..


Wahai hati..

Bersyukurlah dengan segala nikmat dan pemberian ALLAH padamu..

Kerana nikmat ALLAH padamu adalah tidak terhitung..

Wahai jiwa..

Terimalah Qada' dan Qadar ALLAH dengan hati yang ikhlas..

Kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang kau perlukan..

Wahai Insan..

Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH berikan.
.
Andai dirimu di dalam kesusahan dan serba kekurangan,

Maka berdoalah pada DIA yang Esa..

Sujudlah padanya dan mohonlah bantuan dari-Nya..

Kerana,
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)


Percayalah dengan ketentuan ALLAH..

Kerana sesungguhnya, percaturan ALLAH itu adalah yang terbaik..

Dan dugaan itu adalah ujian untuk kita,
sebagai tanda ALLAH menyayangi hamba-Nya..





Wednesday, March 24, 2010

i'm not prefect~~


Saya bukan seorang insan yang sempurna..& saya tidak sehebat insan-insan lain..Tapi, saya cuba berubah, berubah menjadi insan yang disayangi Pencipta...

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,

Hartanya diperjuangkan Fisabilillah,

Penawar hati Kekasih Allah,

Susah Senang rela bersama,


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak,

Pendorong kesusahan dan penderitaan,

Tiada sukar untuk dilaksanakan,


Mengalir air mataku,

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,

Akur dalam setiap perintah,

Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang,

Tiada memiliki harta dunia,

Layaklah dia sebagai penghulu syurga.


Ketika aku marah,

Ingin aku intip serpihan sabar,

Dari catatan hidup Sarah..


Moga tabah jiwaku,

Setabah ummi Nabi Ismail,

Mengendong bayinya yang masih merah,

Mencari air penghilang dahaga..

Diterik padang pasir merah,

Ditinggalkan suami namun akur tanpa bantah,

Pengharapannya hanya pada ALLAH,

Itulah wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman..

Bersinar indah, harum tersebar...

Bagai wanginya pusara Masyitah...

Layakkah aku..?

Mampukah aku..?







firman Allah S.W.T tentang wanita~~

Pagi tadi, sedang asyik membaca artikel di internet, hati saya betul-betul tertarik dengan salah satu karya yang dihantar di 1 laman web..Ia menarik dan telah membuatkan saya sedar, betapa Pencipta kita yang Maha Agung, begitu menghargai insan yang bergelar 'Wanita'.....

Allah SWT berfirman:


"Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa, Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya d
alam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. In
i adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlu."



"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya..Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada......~~"

sumber : iluvislam.com(wanita dan airmata)








Sunday, March 21, 2010

best qoutes~~








Friday, March 19, 2010

rindu~~

Perasaan rindu kt rumah makin membuak-buak.. Ditambah lagi dengan perasaan yang tension dan rimas ni... haish~~ ikutkan hati, nak je tinggal semua kelas then balik je kampung... Ermm..di bilik sendiri pun xselesa..yelah, bila ada orang yang cuma memikirkan 'kegembiraan' dan perasaan nak lepas tension sendiri je, sampai lupa nak menghormati orang lain yang satu 'bumbung' dengan-nye.. Apalah nasib ni kan..terpaksa + nasib...
Jadi, nak hilangkan perasaan tu, menataplah gambar-gambar insan yang tersayang sebanyak & seberapa kerap yang mungkin..Sebab mereka lah penguat semangat saya untuk terus kekal b'jalan di muka bumi ini..huhuhu~~



Saya rindukan mereka...Rindu sangat-sangat..



HOMESICK!!!!! (T_T)





Saturday, March 6, 2010

(T_T)~~








credit to : testi @ iLuvislam.com