Monday, December 6, 2010

Doaku.

Ya ALLAH..
Jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Tabahkanlah hatiku..
Dengan ketentuan-Mu..

Dialah permata yang dicari..

Selama ini baru kutemui..
Tapi ku tak pasti rencana ILAHI..
Apakah dia kan kumiliki..
Tidak sekali dinodai nafsu..
Akan kubatasi dengan syariat-Mu..
Jika dirinya bukan untukku..
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu..

Ya ALLAH..
Engkaulah tempat kubergantung harapanku..
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu..







blank.



I'm scared to care too much,
to miss too much,

to feel too much,
to feel that rush once more,
to love again at risk of getting hurt..
But what I fear most is,

the thought of you leaving me,
when I've already conquered those fears for you..





I like this quote..Quote from Realiti konspirasi's blog.





Thursday, December 2, 2010

bukan budak kecik.


Saya sedar saya bukan budak kecik lagi bila :



1. Saya sedar saya sudah tidak ke kedai runcit semata-mata nak beli gula-gula 2biji 10sen. Masa zaman saya kecik-kecik dulu, saya sanggup berbasikal meredah hujan dan panas hanya untuk membeli gula-gula tersebut. Kalau tak beli banyak pun, mesti beli juga walau sikit. Tapi sekarang, jarang dah saya ke kedai runcit. Kalau pergi pun, sekali-sekala je untuk beli barang-barang keperluan. Sangat berbeza dengan zaman saya kecik dulu. Saya masih ingat, setiap hari jumaat saya ada kelas fardhu ain *macam kelas agama laa*, saya mesti minta duit belanja lebih dengan abah semata-mata nak beli 'jajan' kat kedai. Tiap-tiap minggu pulak tu hihi~ Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


2. Saya sedar saya sudah jarang bermain di luar rumah. Masa zaman kecik-kecik, saya memang jarang ada dalam rumah. Pantang pintu rumah terbuka, mesti saya lesap turun bermain di luar rumah. Tak kiralah mase tu panas ke hujan, pagi ke malam, yang penting bagi saya, mesti turun bermain. Memang lesap sampai ke dalam semak, ke bawah rumah, ke belakang rumah saya merantau. Paling tidak pun, saya main debu ke, main masak-masak ke =p Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


3. Saya sedar saya sudah tidak bermain teka-teka nombor plat kereta dengan adik-adik. Masa zaman kecik-kecik, saya selalu main teka nombor plat kereta. Saya akan sebut nombor plat kereta tu, kemudian suruh adik-adik saya cari kereta tu. Kemudian, kami take turn untuk teka. Kalau tak teka nombor plat, kami suruh cari kereta yang warna yang kami teka tu. Seronok main teka-teka tu, lagi-lagi bila rase bosan dalam kereta. Biasenye, kami main teka ni bila dalam perjalanan nak balik kampung abah di johor. Sebab tempoh perjalanan yang sangat lama, jadi kami main laa game tersebut untuk menghilangkan rasa bosan. Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


4. Saya sedar saya dah tak merengek-rengek dengan ummi dan abah untuk belikan saya alat permainan. Masa zaman kecik-kecik, saya akan merengek-rengek dengan abah untuk belikan barang mainan. Selagi tak dapat, selagi itulah saya akan merengek, dan kadang2 menangis *mengade zmn kecik2 ni..ish3* Bila dapat baru saya diam tapi bila tak dapat mesti merajuk, berhari-hari tau haha~ Tapi itu dulu, sekarang sudah berubah dan saya sedar saya bukan budak kecik lagi.


5. Saya sedar terlalu banyak perbezaan antara saya zaman sekarang dengan saya zaman budak-budak. Bila saya tengok gambar yang lama-lama, saya sedar yang saya sudah membesar. Terlalu banyak perbezaannya. Kalau dulu, budak kecik yang berambut pendek ni kuat menangis, sekarang dah tak lagi. Kalau dulu, budak kecik ini macam lelaki, tomboy, tapi sekarang dah agak feminine *sikit2 laa kowt* Kalau dulu, budak kecik ni degil, nakal sampai patah tangan mase bermain, tapi sekarang dah tak nakal lagi *annoying je haha* Dan saat itulah membuatkan saya benar-benar sedar yang saya bukan budak kecik lagi.








Tuesday, November 30, 2010

buah vs berat

Buah-buahan untuk turunkan berat badan??

Seperti yang sedia maklum, buah-buahan mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlaah pakar pemakanan menganjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun, dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan, iaitu:

1. Limau Gedang

Kajian mendapati, buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.


2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi.
Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati, seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.


4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.


5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut tera
ngsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu menc
egah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.



Sumber : Berita Harian, Selasa, 30 November 2010, R12






Friday, November 26, 2010

wanita dan air mata.

Tangisan dan air mata tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Air mata seringkali dikaitkan dengan kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan. Adakalanya air mata akan mengalir apabila seseorang mengalami detik-detik yang menggembirakan. la berpunca daripada pelbagai faktor tetapi air mata yang menitis kerana Allah s.w.t adalah amat tinggi nilainya.


Pada pandangan umum, air mata adalah cukup sinonim dengan kaum wanita, sedangkan bagi kaum lelaki ia merupakan simbol kelemahan seseorang. Namun demikian, ada kajian menyatakan bahawa di sebalik tangisan dan air mata yang mengalir secara semulajadi tersembunyi kelebihannya. Antara hikmah kewujudan air mata adalah ia bertindak sebagai pencuci bagi debu-debu kotoran yang melekat pada mata. Apa yang lebih mengagumkan ia dapat meneutralkan racun-racun yang mungkin terbentuk pada selaput mata. (Hikmah Terapi Air Mata - Menangis Kerana Allah ( Paperback ) Author(s) : Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid)

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Parailmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Air mata yang termahal siapa yang punya?

1. Ibu

2. Ayah

3. Remaja

4. Orang yg dizalimi

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki.


Rujukan : Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Info dari : Love Love Islam dan Sihat Selalu