Thursday, December 3, 2009

orang yang mencintai kamu~~

Orang yang sejujurnya mencintai dan menyayangi diri kamu tidak akan pernah mampu untuk memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu adalah di dalam hatinya wujud dir i kamu. Walaupun pada ketika itu kamu sudah menjadi milik orang, itu bukan alasan untuk dia melupakanmu. Bagi dirinya, yang penting adalah kebahagiaan dirimu dan biarlah dia menyanyangi kamu dalam diam. Kamu tetap impiannya.

Orang yang mencintai kamu
akan menerima diri kamu seadanya.
Di hati dan matanya kamu selalu yang te rindah walaupun diri kamu sendiri berasa memiliki begitu banyak kekurangan.

Orang yang mencintai kamu
selalu ingin tahu tentang aktiviti harianmu, dia ingin tahu apa yang telah lakukan sepanjang h
ari. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi" "selamat bercuti" "selamat malam" "take care" dan lain-lain lagi. Walaupun kamu tidak pernah terfikir untuk membalas sms-nya, namun ketahuilah, melalui sms itulah dia menyatakan rasa prihatin dan sayangnya, walaupun dalam cara yang sedikit berbeza, dan bukan dengan mengucapkan "AKU CINTA PADAMU". Tapi jika kau renung sejenak, sebenarnya maksud hatinya itu terselindung dan tidak dia ungkapkan dalam kata cinta itu.

Jika pada suatu ketika nanti, ketika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundang dia untuk bersama-sama meraikannya, ketahuilah, setidak-tidaknya
dia pasti akan me
nelefon kamu atau sekadar menghantar sms untuk mengucapkan selamat.

Orang yang mencintai kamu
pasti akan mengingati setiap peristiwa penting dalam hidupmu, bahkan dia akan turut mengingati setiap kejadian yang telah terukir antara kamu dan dia.
Mungkin kamu sendiri sudah lupa kejadian tersebut, tetapi dia pasti tidak akan melupakannya kerana itu adalah suatu detik yang berharga baginya dan saat bersama kamu itu tidak akan dapat diulang semula. Matanya pasti berkaca apabila mengingati semula detik dan saat itu.

Orang yang mencintai kamu
pasti akan mengingati setiap butir kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yan
g kamu sendiri lupa bahawa kamu pernah ungkapkannya. Kenapa??? Kerana,dia telah menyematkan kata-katamu itu di dalam hatinya.
Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang telah kau tuturkan padanya? Dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa. Tetapi tidak pada orang yang mencintai kamu itu.

Orang yang mencintai kamu
akan belajar untuk menggemari lagu-lagu kegemaran kamu.
Bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu kegemaran kamu. Kesukaan kamu akan menjadi kesukaan dia juga. Walaupun sukar, tapi akhirnya dia berjaya.

Sekiranya kali terakhir kamu berdua bertemu, kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, pastinya dia akan selalu mengirim sms atau menelefon kamu untuk bertanya keadaan kamu.
Kenapa? Kerana dia bimbangkan kamu, peduli tentang kamu. Jika suatu hari kamu mengatakan bahawa kamu akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung. Dan ketika hari itu tiba, dia pasti akan mengirim s ms "GOOD LUCK" untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu
akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi dirimu barang itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya, barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu
akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga terkadang kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu
selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Ketahuilah, jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar kata-kata "jauh dimata, dekat dihati?"

Orang yang mencintai kamu
sering melakukan hal-hal yang kadangkala tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya, ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

Orang yang mencintai kamu
kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan segera meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.

Percayalah, bahawa perasaan itu tidak pernah bersalah,
kerana kasih sayang itu telah hadir tanpa dia sendiri sedari.





p/s : thanks to cikika (^_^)v







0 comments: