Sunday, December 6, 2009

Petua kurangkan Berat badan


Haa..nak kurus? Ini ada beberapa panduan mungkin boleh membantu..
  • Ambil makanan sedikit, separuh daripada biasa.
  • Letakkan sudu dan garfu di pinggan setiap kali selepas suapan.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan. Ikut sunnah Nabi Muhammad, kunyah 40 kali sebelum telan.
  • Isi pinggan dengan sayur-sayuran dan ikan terlebih dahulu kemudian tinggalkan ruang kecil untuk nasi. Ini adalah untuk mengehadkan pengambilan karbohidrat.
  • Tinggalkan meja makan sebaik sahaja selesai makan.
  • Pastikan makan hanya di meja makan.
  • Elak makan sambil menonton atau membaca kerana ia membuatkan kita leka *itu yang asyik makan jep..sedar2 je makanan dah habis..huu~~*
  • Gunakan pinggan atau mangkuk yang kecil.
  • Makan sedikit, tetapi kerap (jika lapar)
  • Gantikan teh tarik atau kopi selepas makan tengahari dengan buah-buahan.
  • Makan buah sebelum makan nasi. Sebab, kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyagkan dan khasiatnya dapat diserap lebih banyak.
  • Banyakkan minum air kosong (air suam)
Ini adalah petua sahaja..Bergantung pada diri sendiri untuk mencuba..Apa yang penting, kena berterusan dan disiplin mestilah kuat barulah boleh kurangkan berat badan..& kena banyakkan minum air kosong sebab air kosong memang bagus untuk tubuh..=)




3 comments:

nurmiey sabtu said...
This comment has been removed by the author.
.millalara. said...

patutlah dia selim melim.. :)

nurmiey sabtu said...

eah..yeke selim? hihi