Haa..nak kurus? Ini ada beberapa panduan mungkin boleh membantu..
- Ambil makanan sedikit, separuh daripada biasa.
- Letakkan sudu dan garfu di pinggan setiap kali selepas suapan.
- Kunyah makanan perlahan-lahan. Ikut sunnah Nabi Muhammad, kunyah 40 kali sebelum telan.
- Isi pinggan dengan sayur-sayuran dan ikan terlebih dahulu kemudian tinggalkan ruang kecil untuk nasi. Ini adalah untuk mengehadkan pengambilan karbohidrat.
- Tinggalkan meja makan sebaik sahaja selesai makan.
- Pastikan makan hanya di meja makan.
- Elak makan sambil menonton atau membaca kerana ia membuatkan kita leka *itu yang asyik makan jep..sedar2 je makanan dah habis..huu~~*
- Gunakan pinggan atau mangkuk yang kecil.
- Makan sedikit, tetapi kerap (jika lapar)
- Gantikan teh tarik atau kopi selepas makan tengahari dengan buah-buahan.
- Makan buah sebelum makan nasi. Sebab, kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyagkan dan khasiatnya dapat diserap lebih banyak.
- Banyakkan minum air kosong (air suam)
3 comments:
patutlah dia selim melim.. :)
eah..yeke selim? hihi
Post a Comment