Kadang-kadang, kita tertanya-tanya kenapa ap yang kita doakan tidak dimakbulkan.. Kenapa apa yang kita inginkan kita tak dapat.. Kenapa apa yang kita impikan tidak dapat kita miliki..
Janganlah hati selalu persoalkan dan menyesali dengan apa yang tidak kita perolehi, apa yang tidak mampu kita miliki.. Sebaliknya, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada di dalam genggaman kita, dengan segala nikmat yang kita perolehi..
Allah telah befirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 :
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. kadang-kadang kita berasa sesuatu perkara itu baik untuk kita sedangkan perkara itu boleh membawa musibah kepada kita.. Kadang-kadang kita rasakan sesuatu perkara itu tidak baik atau buruk kepada kita, akan tetapi perkara itulah yang terbaik untuk kita..
Hal ini kerana, ilmu kita tidak dapat menandingi ilmu dan pengetahuan Allah.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Dan sesungguhnya, Tuhan pencipta Alam iaitu Allah hanya mahukan dan memberikan yang terbaik untuk hamba-hamban-Nya.. Kita seharusnya kena yakin bahawa apa sahaja yang berlaku adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk kita..
Jadi, kita sebagai manusia, sebagai hamba yang lemah dan serba kekurangan ini, hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah.. Semoga kita sentiasa diberi cahaya iman dan petunjuk, Insha Allah.. Janganlah pula kita berputus asa dengn ujian Allah..
Bagi setiap apa yang dilakukan, lakukanlah kerana Allah.. Dan selepas sesuatu pekerjaan @ urusan itu, bertawakallah kepada Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dimakbulkan segala permintaan..
Allah telah befirman di dalam surahnya :
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal(Surah At-Taubah, ayat 111)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram(Surah Ar-Ra'd, ayat 28)
0 comments:
Post a Comment