Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kareem.


Ramadhan datang lagi. Ahlan Ya Ramadhan. Kedatanganmu amat dinanti

Alhamdulillah, telah dipanjangkan umur saya untuk bertemu lagi bulan ramdhan yang mulia ini. Alhamdulillah juga, kerana sepanjang 11 tahun bergelar pelajar yang tinggal di asrama, inilah kali pertama saya menyambut ramadhan selama sebulan di rumah bersama keluarga tersayang. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan nikmat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga yang tercinta.

Ramadhan kali ini, disambut secara serba sederhana namun cukup bagi kami sekeluarga berbuka dan bersahur. Besar sungguh nikmat ALLAH pada bulan puasa ni kan?

Apa yang penting, marilah sama-sama kita mengambil peluang sebulan ramdahan ini untuk memperbaiki amalan kita. Tambah mana-mana amalan yang kurang, tampal mana-mana bahagian amalan yang berlubang, dan ‘top-up’ kan iman dan taqwa kita kepada Sang Pencipta. Semoga kita mendapat pahala yang berganda dalam bulan ini, InshaAllah..

Perbaiki niat kita berpuasa, biar kerana ALLAH, barulah bermakna puasa kita tahun ini.. Marilah kita memanfaatkan bulan ini sepeuhnya.. Semoga ibadat dan taubat kita diterima ALLAH..

Beribadahlah bersungguh-sungguh kerana, andai ini adalah Ramdhan kita yang terakhir, masih layakkah untuk kita berhari raya?


0 comments: