Monday, December 7, 2009

20 JANGAN~~


Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, kalu tertidur lain cerita.


Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki. Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas pecah dan sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
tidur selepas subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpgi-pagi itu membuka pintu berkat)


Jangan
makan tanpa membaca bismillah dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut2 kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan
bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia dan haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya..


2 comments:

pak long said...

salam..
cantik sangat blog ni..
sejuk mater nengok...

nurmiey sabtu said...

yeke? terima kasih...
kalau saya ada salah silap sila beri tunjuk ajar yep..maklumlah, bdk bru bljar..=)