skip to main |
skip to sidebar
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, kalu tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki. Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas pecah dan sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpgi-pagi itu membuka pintu berkat)
Jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut2 kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya..
2 comments:
salam..
cantik sangat blog ni..
sejuk mater nengok...
yeke? terima kasih...
kalau saya ada salah silap sila beri tunjuk ajar yep..maklumlah, bdk bru bljar..=)
Post a Comment