Monday, December 26, 2011

Cukup jika hatinya baik?

Asalkan hatinya baik? Adakah itu sudah memadai?

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.


“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”

“Itu sahaja?”

“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

“Mengapa?”

“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif 
dan mutlak, ” akui saya terus-terang.

“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”

Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.

“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”

“Ertinya akal kita terikat?”

“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”

“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”

“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”

“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”

“Separuh betul,” jawab saya.

”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.

“Tetapi dia jujur, amanah…”

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”

“Masih merujuk kepada Al Hadis.”

“Hadis yang mana?”

“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

“Maksud ustaz?”

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”

“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”

“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.

“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.

“Bagaimana pakaian mereka?”

“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”

Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”

“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”

“Ya.”

“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”

“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”

“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”

“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”

“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.

“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”

Dia senyum. Alhamdulillah.

“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”

“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”

Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!


Selingan : Untuk muhasabah kita bersama-sama.






Terima kasih sudi singgah di sini =)

Sunday, December 18, 2011

Malware detected !

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..
 
Bingung jap bila blog ada malware.. Seriously gelabah tadi, tak tau nak wat apa.. sebab first time kena macam ni kan.. Lepas tu, saya try guna jasa baik Mr Google untuk mencari penawar, then jumpa lah satu blog ni.. Alhamdulillah, dah clear blog saya dari si malware tu.. thanks a lot Mr Salimharmanain for the tutor to clean up the Malware ^__^

Meh saya share kan sikit cara-caranya yang saya dapat dari blog Mr Salimharmanain :

1. Mula-mula, tengok link yang menyebabkan penyakit malware tu.
2. Lepas tu, buka blog korang macam biasa kat browser lain, kat mozilla ke, internet explorer ke,  
    sebab selalu problem ni kat Google chrome je.
3. Kemudian, right click kat mana-mana je dalam blog tu, then klik view page source.
4. Bila dah jumpa link tu, terus buangkan link tu dari blog untuk selamanya.
5. Selesai. 

Haa, pada tuan blog yang blognya terkena malware tu, cepat2 cari penawar untuk blog ye..jangan biarkan blog terus sakit.. ^__^





Terima kasih sudi singgah di sini =)

Duhai Sahabat


Duhai sahabat..
Ingat-ingatkan diri akan rukun iman [ke 6]..
Untuk mempercayai akan qada'  dan qadar-nya tuhan..
Bahawa usaha tidak semestinya membuahkan kejayaan..
Bahawa kebaikan tidak selamanya berkekalan..
Bahawa hidup bukan bererti bahagia berpanjangan..
Kerana akan wujud sedih, hampa & kecewa menjadi duri sepanjang jalan..
Sedang memiliki sesuatu apapun hanyalah pinjaman..
Cukup semua nikmat akan dikembalikan..
Walau hakikat Allah tahu apa yang kita kehendakkan..
Namun dia lebih tahu apa yang kita perlukan..



Duhai sahabat..
Biar pun ketentuan itu bukan pilihan,
Namun hidup masih perlu diteruskan..!
Lalu berlapang dada akan ujian yang diberikan,.
Demi mendapatkan keredhaan dan kasih sayang ar-rahman..
Seandainya pasrah kalian dengan kesabaran,
InsyaAllah - semoga ketemu dengan sebenar-benarnya kebahagiaan,
Lantaran begitulah sifat orang-orang yang beriman..



Terima kasih sudi singgah di sini =)

Surat dari wanita

Andai satu hari nanti 
Kita ditakdirkan bersama
Melayari bahtera kehidupan
Usah kau impikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak
Juga usah kau harapkan
Kesempurnaan diri ini

Aku bukan Siti Khadijah
Mahupun permata Siti Fatimah
Aku bukan Siti Aisyah
Mahupun Ummul Mukminin lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita sufi terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam
Masyitah, Asiah, Sumaiyah

Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang masih cuba mempertahankan maruah
Dan kesucian diri sebagai muslimah
Berlandaskan garisannya
Dalam mengharungi kegawatan masa kini
Yang serba palsu dan penuh onak diri 
Dengan kemampuan sekuman cuma

Demi keranaNya semata
Tidak kutagih apa-apa darimu
Cuma kupohon sebuah pengertian
Dan kasih sayang suci
Bahawa aku adalah amanat untukmu
Andai ditakdirkan kita bersama



Terima kasih sudi singgah di sini =)

@Halaqah

Tuesday, November 15, 2011

Allah beri apa yang perlu..

Bila terasa diri kita mengetahui banyak perkara, kita kena ingat, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita, hatta sebesar zarah pun..
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah 2:30).


Bila kita rasa sesuatu itu baik untuk kita, dan kita kecewa bila tak dapat perkara tu..kita kena ingat, Allah telah tentukan yang terbaik untuk hamba-hambNya..

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

Dalam hidup, tak semuanya indah belaka..tak semua yang kita nak kita dapat..sebab tu bila kita mengaku kita beriman, kita kena ingat, Allah akan menguji kita untuk tengok, betul atau tidak yang kita ni beriman.. 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(Surah al-ankabut, ayat 2-3)

Dan untuk harungi semua ujian hidup, kita kena ingat juga untuk berdoa..semoga dikuatkan langkah kerana ALLAH..
Berdoalah agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian hidup (iman, ukhwah, keluarga, kewangan, study, dll), bukannya supaya Allah menghilangkan ujian daripada kita. 

Ujian yang datang adalah sebagai tanda kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya.. Semakin berat ujian yang datang menduga, semakin DIA sayangkan kita.. Sepatutnya kita bersyukur kita diuji, sebab itu tandanya Allah masih sayangkan kita, masih kenal dengan kita.. Namun, bila Allah tidak uji kita, masa itukah sepatutnya kita rasa risau dan bimbang. Sebab, mungkin Allah sudah tidak peduli akan kita lagi..


Oleh itu, sabarlah dengan ujian..jangan anggap masalah yang datang itu sebagai musibah..bahkan anggaplah sebagai ujian daripada Allah untuk menguji hamba yang Dia kasihi.. InsyaAllah, hati akan tabah dan sabar dengan ujian yang mendatang.. Jangan berputus asa dengan ujian, sebab Allah memberi ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya..

Bukankah dengan ujian kepayahan itu, doanya kita makin laju menerjah ke langit?
Bukankah dengan ujian kesulitan itu, solatnya kita makin khusyuk mencari tenang?
Bukankah dengan ujian yang memberat itu, pengharapan kita semakin kuat kepada Dia?

Allah yang menciptakan kita. Dia tahu apa keperluan kita. Kerana itulah, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Mari bersangka baik dengan Allah.
Ujian itu suatu tarbiyyah daripada Allah.
Ujian itu tanda kita masih ‘ada’ di ‘mata’Nya.

Lihat ke langit, mentari itu masih menyinar, walaupun di waktu malam, masih tabah meminjamkan cahaya nya kepada sang rembulan.. 

read more : ujian








Terima kasih sudi singgah di sini =)

Jodoh di Tangan Allah

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..

Sesungguhnya Allah akan menyatukan  wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk..bukanlah baik buruk persamaan pasangan dinilai pada wajah, tapi ianya pada HATI lelaki dan wanita itu..


Pandanglah sekeliling, kamu akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah hakikatnya bahawa sekufu itu adalah pada hati bukanlah pada wajah.. Wanita solehah pada padangan lelaki soleh adalah cukup berharga, walau wajah tidak semanis jiwa.. Wanita yang menghiasi dunia dengan kesolehannya adalah penghuni syurga, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah penghuni neraka..

Seandainya kamu diberikan wajah yang cantik, binalah hati secantik wajah agar Allah kurniakan teman hidup yang berhati jernih.. InsyaAllah..Biiznilah.. (✿◠‿◠)








Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, November 14, 2011

Sedih, kecewa, frust.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..

Ya ALLAH..rasa sedih sangat hari ni..rasa kecewa sangat lagi-lagi bila tengok jumlah yang terkorban sangat ramai..terkedu tadi sampai tak tau nak buat macam mana dah huhu~

Sebenarnya, saya sedih bila tengok ikan-ikan laga yang adik saya pelihara tu mati..banyak pulak tu mereka mati hari ni.. Pagi tadi dah mati 2 ekor, seekor yang dewasa, seekor lagi remaja.. Masa saya nak bagi makan kat mereka pagi tadi, tengok-tengok ikan 2 ekor tu dah senyap tak bergerak dah.. Dengan sedihnya saya angkat dan kebumikan mereka.. Saya ingat kan 2 ekor tu je yang selamat meninggalkan alam akuarium mereka, tapi, panas tak sampai ke petang.. 

Petang tadi bila saya nak bagi makan petang pulak, saya nampak ada lagi 3 ekor ikan mati..seekor yang dewasa, dan 2 lagi ikan remaja huhu.. sedih sangat sebab ikan remaja yang 2 ekor tu saya suka main2 dengan  diorang.. Saya suka tengok ikan-ikan tu makan, aktif je berenang-renang..tapi lepas ni, dah takde.. Frust sangat sebab ikan remaja tu cantik, colour putih, silver je.. Lepas dua kejadian tu, saya harap dah takde lagi dah ikan yang terkorban.. namun, harapan cuma tinggal harapan.. 

Lepas solat magrib tadi, saya pergi melawat akuarium-akuarium ikan.. saja nak mejenguk ikan-ikan tu.. Tapi, saya nampak, ada lagi 3 ekor ikan laga remaja yang mati.. huhu seriously, saya sangat-sangat sedih masa tengok tu.. ikan-ikan tu cantik, colourful dan ada yang colour peach, merah camtu.. Abah pesan, esok kena tukar makanan, tak boleh dah bagi makanan yang sebelum ni.. ikan-ikan tu keracunan makan ke? ke tak cukup oksigen? huu~

Ikan tu warna hampir macam ni lah jugak.. R.I.P ikan T__T
Mesti orang pelik kan, pasal ikan mati pun nak sedih-sedih, nak kecoh-kecoh kan.. Lagi-lagi tu bukan ikan saya, ikan adik je pun.. Tapi, yang membuatkan saya sedih sangat bukanlah sebab ikan-ikan tu cantik.. tapi, sebab saya yang telah diamanahkan oleh adik saya yang kedua untuk menjaga ikan-ikan peliharaan dia bila dia balik ke kampus.. Itu satu dah buat saya rasa bersalah sebab tak dapat jaga amanah dia dengan betul-betul.. Awal-awal tu, memang saya buat sebab disuruh, tapi bila dah lama-lama, rasa seronok bagi ikan-ikan ni makan.. Mereka sangat aktif berenang bila time makan.. Saya suka tengok.. Kadang-kadang, bila bagi makan kat diorang, saya bersembang dengan diorang macam bersembang dengan orang..

Lepas tu, bila tengok ikan-ikan yang saya bagi makan, yang saya tengok bermain tu mati, timbul rasa kecewa.. Saya tak pandai nak jaga ikan ke sampai ikan-ikan tu terkorban dalam jumlah yang ramai, 8 ekor tu dalam masa sehari.. Ke ada silap kat mana-mana? tak cukup oksigen ke? ke ikan-ikan tu panas? macam laa ikan-ikan tu boleh bagitau kan.. Lepas ni, dah kurang sikit kawan-kawan nak dijadikan teman mendengar luahan perasaan @ membebel.. 

Saya nekad, nak jaga ikan-ikan yang tinggal ni betul-betul.. Walaupun tak berapa nak pandai kan bab-bab ikan ni, but I'll try.. Harap-harap lepas ni, dah tak ada lagi ikan-ikan yang terkorban atau membunuh diri..


Selingan : Sayangkan bunga, bunga akan layu..Sayangkan ikan, ikan akan mati..Sayangkan manusia, manusia kan pergi..Tapi, sayang dan cintakan Allah, kekal abadi.. 





Terima kasih sudi singgah di sini =)


Never Forget_ Maher Zain ft. Mesut Kurtis




Terima kasih sudi singgah di sini =)

Sunday, November 13, 2011

Allah Sayang Kamu

~✿ Kadangkala diri BERTANYA..betul ke Allah sayang aku? Eleh, perasan je lebih..kalau Allah sayang, takkanlah kamu jadi macam ini..tiba-tiba teringat kata-kata seorang ukhti, SYAITAN akan cuba menghadirkan perasaan bahawa Allah tidak sayang kita..hati-hati..

Betul juga ya, waktu kita melakukan DOSA dan waktu kita ditimpa DUGAAN..kita akan merasakan bahawa Allah sudah tidak sayang kepada kita sebab beri kita pelbagai dugaan hidup..maka, bertambah JAUHLAH diri kita dari Allah dan TERCAPAILAH MISI syaitan.. tetapi jika setiap kali kita merasakan seperti itu, apa yang PERLU kita lakukan? ~


KATAKAN PADA DIRI :

"Allah SAYANG kamu, segala dosa yang telah dilakukan (setelah diinsafi), segala dugaan yang dilalui (setelah direnungi) adalah untuk menjadikan dirimu LEBIH DEKAT dengan Allah..ya, lebih dekat untuk merasai KASIH SAYANG Allah.. (✿◠‿◠)

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu AMAT DEKAT.” 
(Surah Al-Baqarah : 214)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Titipan untuk hati : 
La Tahzan..Innallaha ma'ana..Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan apa yang dia tidak mampu..kerana di sebalik ujian dan dugaan pasti ada hikmah yg tersembunyi..yakinlah dengan takdir Allah.. ucaplah Alhamdulillah atas ujian yg datang dan pergi..semoga menguatkan lagi iman di hati..

Sumber dari sini :)




Terima kasih sudi singgah di sini =)

Tuesday, November 1, 2011

7 wonders

A college class was asked to write down what they considered to be the present Seven Wonders of the world. Though there was some disagreement, the following got the most votes:

1. Egypt's Great Pyramids
2. Taj Mahal
3. Grand Canyon
4. Panama Canal
5. Empire State Building
6.  St. Peter Basilica
7. China's Great Wall

While gathering the votes, the teacher noted that one quiet student hadn't turned in her paper yet. So she asked the girl if she was having trouble with her list.

The girl replied : "Yes, a little. I couldn't  make up my mind because there are so many"

The teacher said : "Well, tell us what you have and maybe we can help"

The girl hesitated, the read, "I think the Seven Wonders of the World are :

1. to touch
2. to taste
3. to see
4. to hear
She hesitated, then added
5. to feel
6. to laugh
7 and to love


The room was so full of silence you could have heard a pin drop. Those things we overlook as simple and "ordinary" are truly wondrous.

A gentle reminder that the most precious and important things are in front of you. Your family, your faith, your love,  your good health and your friends.

Be ordinary, be yourself because you yourself are truly wondrous.
(^___^)

Terima kasih sudi singgah di sini =)

Doa memudahkan urusan


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, October 31, 2011

pinjamkanlah aku kekuatan

Ya Allah..
Sungguh..aku tak tau macam mana lagi yang harus aku lakukan..
Pelbagai ujian yang muncul..datang dari segenap arah..
kadang, tak tertanggung olehku..
semua datang bertubi-tubi tanpa memberi ruang sedikit pun untuk aku bernafas..
Sesak rasa dada ni..aku buntu untuk memikirkannya..

Ya Rabbi..
Aku takut dengan semua ini..
aku takut dengan pelbagai kemungkinan..
aku takut untuk memikirkan masa depan..
sungguh, mahu saja aku melepaskan semua rasa ni..
biar tidak lagi membebani bahuku..
Namun, aku tak berdaya..
aku tiada kuasa..
Aku cuma hamba-Mu yang lemah..
aku hanya hamba-Mu yang tidak mampu berbuat apa-apa..

Ya Rabbi..
Betapa kerdilnya aku bila tidak mampu untuk melakukan apa-apa..
aku hanya mampu menerima dengan hati yang penuh rasa..
pelbagai rasa yang bercampur baur..
runtuh jua semangat yang selama ini menjadi tunjang kekuatanku..
teruji jua keimananku yang selama ini menjadi pemacu kehidupanku..
goyang jua pendirian yang selama ini ku semat kuat di jiwa..

Ya Muhaimin..
Seandainya ini adalah ujian untukku..
bagi menguji keimananku kepada-Mu..
Aku terima Ya Allah..
Kau pinjamkanlah semangatmu kepadaku ini..
hamba-Mu yang lemah lagi hina ini..

Ya 'Aziz..
Jika ujian itu adalah sapaan-Mu kepadaku..
Agarku kembali mengingati apa yang terlupa..ubah apa yang tersalah..
atau untukku tambahkan pahala atau untuk padamkan dosaku pada-Mu..
Maka Aku pasrah dan Redha dengan segala ketentuan ini..
Sungguh.. Kau tidak akan menguji hamba-Mu dengan apa yang dia tidak mampu..
aturan-Mu adalah yang terbaik Ya Allah..
Dan aku percaya, setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah disebaliknya..
Aku berserah padaMu Allah..
Pinjamkanlah aku sedikit kekuatan..bagi mengharungi ujian ini dengan redha..
Aku percaya ketentuanMu adalah yang terbaik..
kerana, hanya Engaku sahaja yang lebih mengenali diri ini lebih dari diriku sendiri..
Dan hanya engkau sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..

La Takhaf Wa La Tahzan.. Innallaha ma'ana..
Janganlah kamu taku dan janganlah bersedih..
Sessungguhnya Allah bersama kita..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
pada sujudku ku berserah padaMu..
Engkau sahaja yang disembah..dan padaMu ku memohon pertolongan..
Tunjukkan ku jalan yang lurus..
Jalan yang Engkau redhai..

Amin Ya Rabbal 'Alamin~



belajar untuk menerima


Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan."
[al-Insyirah, ayat 5 dan 6]

Usaha, Doa, Tawakal dan Redha

Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:
Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!
Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.
Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.

Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah
Wallahualam



Terima kasih sudi singgah di sini =)