Showing posts with label sujud. Show all posts
Showing posts with label sujud. Show all posts

Friday, September 2, 2011

quote


Kalaulah memberi kemaafan kepada orang itu
semudah meminum air masak dari gelas,
sudah lama saya memberi kemaafan tersebut,
kerana saya pun dah penat menyimpan bara di dalam hati ni,

tapi,
memberi kemaafan itu bukan mudah,
apatah lagi apabila maruah dan nilai kita dipijak-pijak orang,
harga diri kita diperlekehkan orang,
mampukah saya untuk memberi kemaafan kepada insan ini?
kuatkah saya untuk memberi maaf?

saya tiada kekuatan untuk memaafkan,
bukan kerana sombong, bukan juga kerana dendam,
tetapi maruah diri yang dahulunya telah dipermainkan,
telah diperkotak-katikkan oleh mereka,
mana mungkin saya mampu untuk berdepan dengan mereka,
dan memberi kemaafan serta memadamkannya dari hati,
seolah-olah ia tidak pernah wujud dan berlaku,
saya tidak mampu...

Bukannya saya berdendam..
tetapi saya benar2 terluka apabila maruah diri dan keluarga diperlekehkan..
seolah-olah kami benar2 hina di mata mereka,
saya tidak mampu melupakan,
saat hati itu terguris,
dan mata itu menangis kerana kutukan mereka,
kerana ejekan, umpatan dan juga herdikan keji,
kepada insan tua yang amat saya sayangi.

Bukan mudah untuk saya memaafkan mereka,
setelah maruah ini dipijak-pijak,
namun, saya serahkan kepada ALLAH untuk menentukan semuanya,
kerana Dia lebih berkuasa dan lebih berhak,
saya hanya insan lemah..

Semoga dikuatkan hati untuk memberi kemaafan,
Kerana saya hanya hamba yang lemah,
yang penuh dengan kelemahan,
bukannya seperti Nabi,
yang selalu mengampunkan umatnya,

Semoga dikuatkan hati saya ini untuk tabah menerima dugaan,
Dan semoga dikuatkan hati untuk memberi kemaafan,
yang bukan mudah untuk terlahir dari lisan ini....




Sunday, November 14, 2010

Sujud.

Hikmah sujud antaranya ialah :


1) Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud p
ula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

2) Dari segi psikologi

Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebaga
inya.

3) Dari segi perubatan

Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
sempurna.