Showing posts with label kelebihan. Show all posts
Showing posts with label kelebihan. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Jom Tiru Nabi Kita ! : 3

Makanan sunnah : 3

MADU

Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapan baginda dengan segelas air dicampur dengan sesudu madu asli. Jika dilihat dari sudut ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.


KHASIAT DAN KELEBIHAN MADU

  • Nabi Muhammad SAW bersabada : "Sesiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. "
  • Dari Imam Ali a.s : "Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati."
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s : "Rasulullah SAW sangat menyenangi madu."
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s : "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran"

Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9



Jom Tiru Nabi Kita ! : 2

Makanan sunnah 2 :

KISMIS


Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan terlebih dahulu. Kismis ini membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi mengangkut oksigen ke otak dan ke seluruh badan.

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

KHASIAT DAN KELEBIHAN KISMIS

  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda :"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"
  • Imam Ali a.s berkata : "sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
  • Imam Ali a.s berkata : "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9





Monday, June 13, 2011

Jom Tiru Nabi Kita ! : 1

Makanan Sunnah 1 :

KURMA

Setiap kali masuk waktu Duha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat yang terkandung di dalam kurma itu. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.



KHASIAT DAN KELEBIHAN KURMA

  • Nabi Muhammad SAW bersabda :
  • "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda :"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)"

  • Abu Abdillah a.s berkata, " buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan (menghilangkan) pengaruh sihir.

  • Imam Ja'far Ash-shadiq a.s berkata, "Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati."

  • Sayyidina Ali r.a meriwayatkan: " Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badanya"


Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9




Tuesday, February 1, 2011

Apa kelebihan kamu?

Sekarang, untuk apply kerja di mana-mana tempat pun mesti kena temuduga. Untuk masuk universiti pun ad temuduga, hatta nak masuk sekolah berasrama pun kena temuduga juga.. temuduga tu, Interview lah bak kate omputih..hihi~ Bila nak menghadiri interview tu, setiap orang akan bawa segala jenis sijil, kelayakan, sijil penyertaan dan segala bagai yang dia ada untuk mendapatkan kerja, ataupun untuk masuk universiti mahupun masuk ke sekolah asrama yang diidamkan.. Bersungguh-sungguh betul kan? Mestilah kena bersungguh-sungguh.. Kita mestilah mahukan yang terbaik untuk diri kita, sebab itu kita bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk ke interview kan..

Semasa interview tu, antara soalan yang akan atau sering ditanya oleh penemuduga tu, "Apa kelebihan yang awak ada yang tidak ada pada orang lain?'', "Apa keistimewaan awak yang membuatkan kami mesti mengambil awak bekerja?'' ataupun "Apa kebolehan istimewa kamu''. Kita yang bersungguh-sungguh ni, akan memberikan bermacam-macam jawapan untuk meyakinkan penemuduga tersebut bagi mendapatkan kerja/universiti/sekolah pilhan tu..


Sama juga situasinya nanti ketika di padang mahsyar, ketika semua umat manusia berkumpul dan menunggu amal untuk dihisab. Pada masa itu, semua umat manusia berdebar untuk menjalani 'interview' dengan Pencipta Yang Satu.. Saat itu, tak ada sijil ke, trofi ke, gelaran apa-apa pun untuk dikira.. Yang ada hanyalah amal dan kebajikan semasa hidup di dunia yang fana ini.. Dan semasa interview itu juga, bukan beribu malah berjuta, malah lebih, apabila keseluruh umat manusia bermula dari Nabi Adam sampailah pada umat yang pada akhir hayat dunia. Bayangkan, betapa ramainya umat manusia yang akan menjalani 'interview' ini..bukan kita sahaja tau..


'Interview' di padang mahsyar
bukan seperti interview di dunia, untuk mendapatkan sekolah terbaik, universiti terhebat mahupun kerja yang berstandard. Tetapi interview terakhir ini akan menentukan di manakah kita sebagai hamba ALLAH ini akan ditempatkan. Di syurgakah atau di nerakakah? Perlu diingat, siapalah kita untuk terus masuk ke syurga tanpa perlu dihisab kerna amal kita cuma sedikit. Kita bukannya ahli keluarga Rasulullah, kita juga bukan sahabat-sahabat Baginda, juga bukan umat pada zaman Rasulullah.. Kita ini cuma umat pada akhir zaman, yang terlalu jauh dari Baginda. Jika tidak berbekalkan amal dan ibadah, cuba kita fikir, layakkah kita mendapat nikmat di syurga ALLAH sedangkan amal ibadah kita cuma sedikit..? Layakkah kita untuk bersama dengan Rasul kekasih ALLAH sedangkan kita sering melupakan Baginda? Layakkah kita?

Jika interview untuk mendapatkan kerja, kita ditanya tentang kelebihan diri sendiri, sama juga 'Interview' di padang mahsyar nanti.. Apakah kelebihan yang kita ada untuk melayakkan kita masuk syurga ALLAH? Nak cakap kita solat lima waktu, orang lain pun solat lima waktu juga.. Malah, ada yang mengerjakan solat sunat lebih dari kita lagi.. Nak cakap kita puasa sebulan, orang lain pun puasa sebulan jugak.. Malah, ada insan yang puasa sunat lebih dari kita lagi.. Nak cakap kita bersedekah, orang lain pun bersedekah juga, cuma kita tidak tahu saje.. Habis tu, apa keistimewaan yang kita ada untuk melayakkan kita masuk ke syurga ALLAH? Apa kelebihan yang saya dan kamu ada untuk memasuki syurga ALLAH?


Jika nak dibandingkan kita dengan sahabat-sahabat Rasulullah, memang terasa jauh bezanya..
Nabi pernah bermimpi dimana tapak dan langkah Bilal mendahului baginda di syurga. Nabi pun bertanya kpd Bilal, "apakah amalan yg membuatkan kamu lebih terkedepan drpd aku..?" bilal pun hairan dan berfikir panjang tentang soalan nabi tadi. beliau pun kata "MUNGKIN kerana aku sering kali tidak terlepas SOLAT SUNAT 2 rakaat sebaik saja selesai azan." Masyaallah.." Tetapi MUNGKIN satu lagi kerana aku SERING KALI jadikan diri aku ini dalam keadaan BERWUDUK.Jika aku berhadas,aku terus bersihkan dan BERWUDUK" Nabi pun berkata, “ya,sesungguhnya amalan engkau yg pertama itu membuatkan engkau dapat kelebihan di syurga" (SOLAT SUNAT atau 2 RAKAAT selepasa azan).. Masyaallah,inilah kelebihan Bilal yg hanya hamba sehaya sahaja.. Ingat, bukan pangkat darjat yang dinilai Tuhan tapi amalan kita yg menentukannya..

Jadi sahabat, bersiap sedialah dari awal untuk di'interview' di padang mahsyar nanti.. Carilah kelebihan untuk diri kita nanti.. Jangan tinggalkan apa yang telah diwajibkan keatasa kita, kerana yang wajib itu memang wajib kita tunaikan.. Tetapi yang membezakan kita dengan umat yang lain di akhirat nanti adalah amalan sunat kita.. Kerana itulah keistimewaan kita.. Jika berbekalkan yang wajib je, adakah cukup? itupun kalau yang wajib tidak ditinggalkan.. Kalau yang wajib pun ditinggalkan, layakkah kita untuk masuk ke syurga ALLAH dengan sahabat2 Rasulullah??


Jika untuk dunia yang sementara ini kita berusaha bersungguh-sungguh, kenapa untuk akhirat yang kekal abadi itu kita tidak boleh bersungguh-sungguh kan??



Selingan : Peringatan untuk diri sendiri juga, supaya tidak lalai mengerjakan yang wajib dan tidak lupa melaksanakan yang sunat..


p/s : Andai ada salah or silap, silalah beri saya tunjuk ajar..Saya budak baru belajar..^_^






Tuesday, November 30, 2010

buah vs berat

Buah-buahan untuk turunkan berat badan??

Seperti yang sedia maklum, buah-buahan mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlaah pakar pemakanan menganjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun, dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan, iaitu:

1. Limau Gedang

Kajian mendapati, buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.


2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi.
Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati, seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.


4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.


5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut tera
ngsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu menc
egah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.



Sumber : Berita Harian, Selasa, 30 November 2010, R12






Friday, November 26, 2010

wanita dan air mata.

Tangisan dan air mata tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Air mata seringkali dikaitkan dengan kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan. Adakalanya air mata akan mengalir apabila seseorang mengalami detik-detik yang menggembirakan. la berpunca daripada pelbagai faktor tetapi air mata yang menitis kerana Allah s.w.t adalah amat tinggi nilainya.


Pada pandangan umum, air mata adalah cukup sinonim dengan kaum wanita, sedangkan bagi kaum lelaki ia merupakan simbol kelemahan seseorang. Namun demikian, ada kajian menyatakan bahawa di sebalik tangisan dan air mata yang mengalir secara semulajadi tersembunyi kelebihannya. Antara hikmah kewujudan air mata adalah ia bertindak sebagai pencuci bagi debu-debu kotoran yang melekat pada mata. Apa yang lebih mengagumkan ia dapat meneutralkan racun-racun yang mungkin terbentuk pada selaput mata. (Hikmah Terapi Air Mata - Menangis Kerana Allah ( Paperback ) Author(s) : Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid)

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Parailmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Air mata yang termahal siapa yang punya?

1. Ibu

2. Ayah

3. Remaja

4. Orang yg dizalimi

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki.


Rujukan : Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Info dari : Love Love Islam dan Sihat Selalu