Wednesday, December 9, 2009

Dia..dia..dia..~~

Lagu ni...
mungkin lirik ini memang sesuai dengan keadaan saya sekarang..

Tiba2..

saya rindukan dia, insan yang pernah hadir dalam hidup saya..

walaupun seketika cuma..

tapi dia sangat bermakna dalam kamus hidup saya..



Dia Insan Pertama Yang Bertahta

Dia Insan Pertama Yang ku Cinta


Dia Pernah Membuat ku Bahagia


Dia Yang Mengajarku


Tentang Erti Rindu



Dia Yang Dulu Pernah ku Sanjungi


Pergi Sehingga Kini Tak Berganti


Hilang Dari Pandangan Hidup Ini


Membawa Luka Pedih Tak Terperi


Tiada ku Duga


Permulaan Yang Jernih


Menjadi Keruh Dengan Tiba-tiba


Bisa Rintangan Antaraku dan
Dia

*Cinta Terlarang Oleh Orang Tua



yang line ni xbetol ye..


Kini Terkilan Sungguh Rasa Hati


Dia Tak Pernah Lagi ku Temui


Dia ku Abadikan Dalam Jiwa


Terima Kasih Atas Segalanya


Dihati ini..hanya tuhan yang tahu....




Kagum, xfaham @ hebat??

Saya xfaham lah...
Orang sekarang memang memandang harta, pangkat dan duit kan?


Hebat betul..sangat2 hebat dan saya sangat2 lah benci dengan keadaan seperti itu.. Benci, tapi tidaklah saya bermaksud bahawa semua insan yang berharta, berpangkat dan berduit ini semuanya begitu..kerana saya percaya, masih ramai orang kaya yang mempunyai hati dan perikemanusiaan yang tinggi yang hidup di bumi ALLAH ini.. Saya hanya menulis berdasarkan apa yang saya lihat, melalui mata hati di langit yang luas terbentang di atas sana.


Haish~~

Saya betul2 xfaham..orang zaman sekarang
memang memandang harta, pangkat dan duit kan? Kenapa saya berkata begitu? kenapa?

Sebab, kerana harta, pangkat dan duit
lah membuatkan anak hilang hormat pada ibu bapanya, Kerana harta, pangkat dan duit lah membuatkan adik-beradik hilang hormat sesama sendiri, Kerana harta, pangkat dan duit lah membuatkan saudara membuang saudaranya sendiri, Kerana harta, pangkat dan duitlah membuatkan anak saudara hilang hormat pada pakcik2 dan makcik2 nya, betulkan? Lihat saja dunia sekarang..Dalam drama pOn banyak paparkan jalan cerita yang sama..Sebab harta, pangkat dan duit, ada yang sanggup buang saudara buang keluarga jauh dari hidup mereka kerana, xsama pangkat, xsetaraf, dan segala jenis 'X' lagilah..

*macam tanggang, kena sumpah jadi batu baru tau* hmm..hebat kan?
Tapi, bagi insan2 yang
bertuah itu, "xpe, xde keluarga pOn xpe, kawan2 kan ramai" haah..bile da jadi macam tu, nak buat macam mane? Haish~~ susah2..semua ni sebab apa? sebab harta, pangkat dan duitlah kan?


Nak lagi hebat?

Sebab harta, pangkat dan duit juga buat saudara yang sebelum ni xpernah mengaku saudara, saudara yang xpernah nak tolong di waktu susah, saudara yang xpernah pandang dan tegur bila berjumpa, saudara yang boleh memandang dengan sinis sebab keluarga miskin, xada duit, xpandai, rumah buruk..

TIBA2..suddenly..insan bertuah ini boleh mengaku saudara, boleh cakap "saya dengan si polan tu sedare, pas2 dengan si polan si polan tu pulak macam ni, macam tu.." wah, boleh plak kan tiba2 mengaku saudara. Sebabnya, sebabnye..nk tau sebab apa? Sebab nak kahwin dengan saudara yang dulunya miskin tapi sekarang dah kaya..Kalau dulu xpernah nak mengaku saudara sebab xada duit, tapi setelah ada duit, rumah besar, kereta besar, segala2 nya besar dan banyak, muncullah insan2 ini dengan perasaan bangga dan gembiranya lalu terus mengaku saudara..Siap nak buat laki, nak buat isteri, nak buat menantu, nak buat besan & bermacam2 lagilah..
Hebat! Syabas! Bravo! Saya tersangat2 lah kagum dan gembira untuk insan2 tersebut.. Kagumlah kan, sebab mase miskin, xada duit, dan semuanya xada dan buruk, xada plak yang nak mengaku diri tu saudara tapi bila dah kaya ni, banyak duit, segala jenis macam ada ni,
aih..makin ramai pulak yang mengaku saudara kan? Hebat! Syava bete Syava!

AKU KAGUM DENGAN PERHITUNGAN DUNIA!!!


Saya bukan tujukan pada sesiapa, saya cuma meluahkan apa yang saya rasa, apa yang saya nampak, & apa yang saya harungi *selain daripada terpaksa mengharung air banjir kat rumah.. Ini pOn salah satu kesan keEGOan manusia yang taksub manambun tanah sampai setengah pagar tingginya..Meman insan 'b'tuah' itu tidak pernah fikirkan keadaan insan di sekelilingnya.. Sumpah jadi berudu baru tau..huh!* HAti saya dah banyak tercarik melihat keadaan yang xstabil dan SENGET ini. Semuanya kerana HARTA, PANGKAT DAN DUIT..Betul tak??


Terlalu tidak adil dunia kepada insan2 lemah, yang xberdaya & xberharta..Insan2 lemah dipijak, dilanyak, digilis dan bermacam2 'di' lagilah..Sampai satu masa, insan2 lemah ini hanya mampu melihat dan berserah, dan xmampu berbuat apa2..sebab tidaj berbuat apa2? Insan2 lemah ini tidak mempunyai HARTA, PANGKAT DAN DUIT!








Monday, December 7, 2009

20 JANGAN~~


Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, kalu tertidur lain cerita.


Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki. Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas pecah dan sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
tidur selepas subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpgi-pagi itu membuka pintu berkat)


Jangan
makan tanpa membaca bismillah dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut2 kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan
bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia dan haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan.




ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya..


D.U.I.T

Haish..Duit ooo Duit..

sape kate duit tak penting?

Duit sangat penting..

Nak tau kenapa?


kalau xada duit, xboleh nak beli makanan,

Kalau xada duit, xboleh nak beli pakaian,

Kalau xada duit, xboleh nak bayar segala jenis bil,

kalau xada duit, xboleh nak sambung belajar,

kalau xada duit, xboleh nak buat apa2..


kenape?


sebab semua yang ada dalam dunia perlu duit..

xada yang percuma dalam dunia sekarang..

xda duit, xboleh nak buat pape..


betul kan?


Tapi..


Sebab duit juga ramai yang jadi 'buta mata hati'

Sebab duit juga ramai yang jadi 'gila harta'

Sebab duit juga, makin ramai yang jadi penjenayah...


ada yang jadi peragut, ada yang jadi perompak, ada yang jadi penyamun,

semuanya sebab apa? nak duit..


haish..duit oh duit..


Nak hebat lagi?


Sebab duit juga yang musuh mengaku kawan,

Sebab duit juga, yang xkenal mengaku kenal,

Sebab duit juga, yang bukan saudara mengaku saudara,


"ooh..si polan tu..kenal sangat..dia tu sedare laa tu"


"si polan tu lah sedare, mmg da rapat, da kamceng sangat.."


Sebab duit juga, dari sedare nak buat menantu...


hebat kan? memang hebat...


Sebabnye? Sebab duit...



Haish..duit ooo duit...







Sunday, December 6, 2009

Petua kurangkan Berat badan


Haa..nak kurus? Ini ada beberapa panduan mungkin boleh membantu..
  • Ambil makanan sedikit, separuh daripada biasa.
  • Letakkan sudu dan garfu di pinggan setiap kali selepas suapan.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan. Ikut sunnah Nabi Muhammad, kunyah 40 kali sebelum telan.
  • Isi pinggan dengan sayur-sayuran dan ikan terlebih dahulu kemudian tinggalkan ruang kecil untuk nasi. Ini adalah untuk mengehadkan pengambilan karbohidrat.
  • Tinggalkan meja makan sebaik sahaja selesai makan.
  • Pastikan makan hanya di meja makan.
  • Elak makan sambil menonton atau membaca kerana ia membuatkan kita leka *itu yang asyik makan jep..sedar2 je makanan dah habis..huu~~*
  • Gunakan pinggan atau mangkuk yang kecil.
  • Makan sedikit, tetapi kerap (jika lapar)
  • Gantikan teh tarik atau kopi selepas makan tengahari dengan buah-buahan.
  • Makan buah sebelum makan nasi. Sebab, kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyagkan dan khasiatnya dapat diserap lebih banyak.
  • Banyakkan minum air kosong (air suam)
Ini adalah petua sahaja..Bergantung pada diri sendiri untuk mencuba..Apa yang penting, kena berterusan dan disiplin mestilah kuat barulah boleh kurangkan berat badan..& kena banyakkan minum air kosong sebab air kosong memang bagus untuk tubuh..=)




Saturday, December 5, 2009

Graduation??

Bila fikirkan kesusahan dan ke'tension'nan waktu belajar ni, saya rasa xsabar nak habis belajar, xsabar nak grad, nak kerja, nak ada duit sendiri.. Tapi, bila fikirkan nanti kena berpisah dengan kawan-kawan, saya rase sedih pulak..kalau boleh, xnak grad lagi, kalau boleh, nak minta mase berhenti *pon boleh kan* haha..yelah, bila pulak dapat berkumpul ramai2, dapat makan same2, dapat g jalan2 same2..haish..Tapi, sudah lumrah alam, setiap pertemuan mesti ada perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan dan ukhuwah yang terjalin antara kita..Memang kenangan waktu belajar adalah yang terbaik, dan juga tempat yang saya selalu langgar peraturan *saya bukan budak baik yep haha* Tapi yelah, kenangan itulah yang telah mendewasakan saya, yang telah menemukan saya dengan erti kehidupan yang sebenar..yang telah menjadikan saya yang sekarang




Buat teman2, moga kenangan kita kekal selamanya & terima kasih sebab menjadi kawan saya..
I Love U all frens..
dan untuk teman2 Teslians, kenangan ketepek! akan sentiasa diingatan..=)
Once A Teslian, Always a Teslian..


Memory is a Treasure that you can enjoy and repeat it again and again


Friday, December 4, 2009

hari ini kan...

Yeay! tadi saya telah berjaya menukar layout baru..lagi..
MyEm0.Com
Dah xde nak buat pape hari ni..itu yang mengadap laptop dari pagi sampai petang..
online je keje nye...tak pasal2 kne sound dengan my ummi tadi..hihi~~
Saya sedang dilanda kebosanan yang amat sejak banjir ni..
MyEm0.Com
yelah, nak keluar jalan2, xtau nak g mane..
Sebab....air banjir x surut lagi...
Jadi, kenalah mencari aktiviti untuk mengisi masa lapang~~


Thursday, December 3, 2009

orang yang mencintai kamu~~

Orang yang sejujurnya mencintai dan menyayangi diri kamu tidak akan pernah mampu untuk memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu adalah di dalam hatinya wujud dir i kamu. Walaupun pada ketika itu kamu sudah menjadi milik orang, itu bukan alasan untuk dia melupakanmu. Bagi dirinya, yang penting adalah kebahagiaan dirimu dan biarlah dia menyanyangi kamu dalam diam. Kamu tetap impiannya.

Orang yang mencintai kamu
akan menerima diri kamu seadanya.
Di hati dan matanya kamu selalu yang te rindah walaupun diri kamu sendiri berasa memiliki begitu banyak kekurangan.

Orang yang mencintai kamu
selalu ingin tahu tentang aktiviti harianmu, dia ingin tahu apa yang telah lakukan sepanjang h
ari. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi" "selamat bercuti" "selamat malam" "take care" dan lain-lain lagi. Walaupun kamu tidak pernah terfikir untuk membalas sms-nya, namun ketahuilah, melalui sms itulah dia menyatakan rasa prihatin dan sayangnya, walaupun dalam cara yang sedikit berbeza, dan bukan dengan mengucapkan "AKU CINTA PADAMU". Tapi jika kau renung sejenak, sebenarnya maksud hatinya itu terselindung dan tidak dia ungkapkan dalam kata cinta itu.

Jika pada suatu ketika nanti, ketika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundang dia untuk bersama-sama meraikannya, ketahuilah, setidak-tidaknya
dia pasti akan me
nelefon kamu atau sekadar menghantar sms untuk mengucapkan selamat.

Orang yang mencintai kamu
pasti akan mengingati setiap peristiwa penting dalam hidupmu, bahkan dia akan turut mengingati setiap kejadian yang telah terukir antara kamu dan dia.
Mungkin kamu sendiri sudah lupa kejadian tersebut, tetapi dia pasti tidak akan melupakannya kerana itu adalah suatu detik yang berharga baginya dan saat bersama kamu itu tidak akan dapat diulang semula. Matanya pasti berkaca apabila mengingati semula detik dan saat itu.

Orang yang mencintai kamu
pasti akan mengingati setiap butir kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yan
g kamu sendiri lupa bahawa kamu pernah ungkapkannya. Kenapa??? Kerana,dia telah menyematkan kata-katamu itu di dalam hatinya.
Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang telah kau tuturkan padanya? Dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa. Tetapi tidak pada orang yang mencintai kamu itu.

Orang yang mencintai kamu
akan belajar untuk menggemari lagu-lagu kegemaran kamu.
Bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu kegemaran kamu. Kesukaan kamu akan menjadi kesukaan dia juga. Walaupun sukar, tapi akhirnya dia berjaya.

Sekiranya kali terakhir kamu berdua bertemu, kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, pastinya dia akan selalu mengirim sms atau menelefon kamu untuk bertanya keadaan kamu.
Kenapa? Kerana dia bimbangkan kamu, peduli tentang kamu. Jika suatu hari kamu mengatakan bahawa kamu akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung. Dan ketika hari itu tiba, dia pasti akan mengirim s ms "GOOD LUCK" untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu
akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi dirimu barang itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya, barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu
akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga terkadang kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu
selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Ketahuilah, jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar kata-kata "jauh dimata, dekat dihati?"

Orang yang mencintai kamu
sering melakukan hal-hal yang kadangkala tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya, ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

Orang yang mencintai kamu
kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan segera meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.

Percayalah, bahawa perasaan itu tidak pernah bersalah,
kerana kasih sayang itu telah hadir tanpa dia sendiri sedari.





p/s : thanks to cikika (^_^)v







jika aku jatuh hati~~

Moga doa ini sentiasa diamalkan..

video

Ya Allah...
Perkenankanlah doa hamba-Mu ini..
Sesungguhnya diriku hanya lah insan yang lemah..
Pertemukanlah diriku dengan insan yang mampu membimbingku ke jalan yang Engkau redhai..

wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)
( An-Nur : 26 )



Wednesday, December 2, 2009

reunion smasid ~~

Tajuk: Reunion Batch SPM 2004
Tarikh : 28 november 2009

Tempat : Dewan Makan Aspuri SMAS
ID
Hari : Sabtu

Masa : jam 11 rse nye..hehe


Macam nak buat laporan je kn..haha..erm..seperti yg tertera diatas, melalui program tersebut dapat lah sy berjumpa dgn kwn2 lame yg sudah lame tidak ketemu..terima kasih banyak2 sy ucapkan pada pihak penganjur kerana mengadakan program tersebut *tepukan untuk faqli & kwn2 nye..bravo!* nnt thn depan buat lagi ye..
MyEm0.Com
Mase tu jugak, mcm-mcm cerita yg nk dikongsi..ye lah kn, dah lme x jumpe, bile dah jumpe tu kalau boleh mmg nk cerita semua nye kan..hihihi..tapi yg paling sy x dapat lupe kn bile tgk kwn sndri bawa anak..mcm x percaya..tibe2 rse mcm dah tua lah *perasan mude lagi lah 2 haha* Then, bile tgk kwn sendiri mengandung, lagi lah sy x percaye..Oh My!..ye lah, kwn yg sme2 bising dlm kelas, kwn yg sme2 main-main di zaman sekolah dulu dah pregnant & dah ada anak, mesti la rse pelik sikit..tibe2 terlintas di fikiran ni, bile la turn sy pulak..hihihi *gatal*

Walau apa pun, reunion tersebut tersangat lah best..best dapat jumpe kwn2 lame, mkn same2.. *huhu rindu nye kat zaman sekolah*harapan sy pada pihak penganjur, thn depan buat lagi yep..
MyEm0.Com

anak Ainun yg cumel~~


pose sebelum & semasa mkn hihi~~

dengan kawan-kawan *zarith pregnant 2 haha*

with friends~~


Batch SPM 2004