Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

di manakah pemuda?

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku Mulakan Bicara..

kuatkah anak2 muda di tanah air kita yang tercinta ini? di manakah mereka jika dibandingkan dengan anak2 muda di Palestine? Adakah mereka berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan anak2 muda Palestine? ataupun anak2 muda di tanah air kita yang merdeka lagi bebas ini ternyata jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan anak2 muda Palestine?

mari sama-sama kita fikir sejenak..tenangkan diri, lapangkan fikiran..kemudian, tepuk dada tanya iman masing2 tentang keadaan ini..

saat anak2 muda di tanah air leka gembira menonton tv, anak2 muda di bumi Palestine sentiasa ketakutan akan dibunuh..ketika anak2 muda di tanah air leka bermain PS dan game, 
anak2 muda di bumi Palestine berjuang dengan batu2 kecil..ketika anak2 muda di tanah air membimbit e-book, laptop dan notebook, anak2 muda di Palestine memegang senapang..
ketika anak2 muda di tanah air leka dengan handphone yg serba canggih, anak2 muda di Palestine sibuk berjuang mempertahankan negara..
ketika anak2 muda di tanah air ramai yang merempit, terlibat dengan keruntuhan akhlak dan moral yang serius, anak2 muda Palestine jihad kerana mempertahankan agama dan negara mereka..

di manakah golongan muda negara ini berada..saya akui, masih ramai dan Alhamdulillah, makin ramai yang sedar dan sudah kembali kepada jalan yang sebenarnya..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..semua itu dengan izin dan kehendak Allah..

Namun, masih ramai juga yang hanyut dan leka dengan keduniaan..
jadi, mari sama2 kita tarbiyah diri kita, diri ahli keluarga kita, diri sahabat2 kita, dan juga diri umat Islam seluruhnya..kembalilah kepada jalan yang sebenarnya..semoga Allah mempermudahkan jalan jihad kita ini..

memang jalan mujahadah ini pahit namun syurga Allah yang dijanjikan itu sangat indah..


Terima kasih sudi singgah di sini =)

Saturday, April 14, 2012

Bungkus vs Tutup

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim Ku Mulakan Bicara



Situasi 1

Aisyah: Ahmad, cuba teka apa yang aku tengah bungkuskan?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana kau tahu?
Ahmad: Aku nampk nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tahu ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Mestilah banyak.
Aisyah: Ha? Macam mana pula kau boleh tahu?
Ahmad: Tengok bentuk & saiz pun dah boleh tahu. Bungkusan besar, banyak. Bungkusan kecil, sikit. Nahhh! Kantoi!
Aisyah: Betul juga kan. Pandai pun
Ahmad: Bukan aku yang pandai, kau yang tak berapa pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Kau lah yang pandai.

Situasi 2

Aisyah: Ahmad, cube teka aku apa yang ada disebalik tudung saji ini?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Pun salah.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Teka lagi.
Ahmad: Sup Ayam?
Aisyah: Salah lagi. Takkan tak boleh teka?
Ahmad: Habis tu? Mana lah aku tahu apa yang kau tutupkan tu.
Aisyah: Nasi lemak lah Ahmad. Sekarang, cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mana aku nak tahu. Malas la jawab.


*Pilihlah sama ada mahu tutup or bungkus aurat. ;)



Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, December 26, 2011

Cukup jika hatinya baik?

Asalkan hatinya baik? Adakah itu sudah memadai?

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.


“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”

“Itu sahaja?”

“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

“Mengapa?”

“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif 
dan mutlak, ” akui saya terus-terang.

“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”

Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.

“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”

“Ertinya akal kita terikat?”

“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”

“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”

“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”

“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”

“Separuh betul,” jawab saya.

”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.

“Tetapi dia jujur, amanah…”

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”

“Masih merujuk kepada Al Hadis.”

“Hadis yang mana?”

“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

“Maksud ustaz?”

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”

“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”

“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.

“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.

“Bagaimana pakaian mereka?”

“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”

Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”

“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”

“Ya.”

“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”

“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”

“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”

“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”

“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.

“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”

Dia senyum. Alhamdulillah.

“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”

“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”

Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!


Selingan : Untuk muhasabah kita bersama-sama.






Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, October 31, 2011

belajar untuk menerima


Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan."
[al-Insyirah, ayat 5 dan 6]

Usaha, Doa, Tawakal dan Redha

Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:
Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!
Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.
Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.

Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah
Wallahualam



Terima kasih sudi singgah di sini =)

Tuesday, October 18, 2011

La tahzan.

Doa ketika resah, gelisah


Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, October 17, 2011

Bertudung sebab perintah atau fesyen?

Ramai dah wanita yang sudah mula bertudung sekarang ni. Malah, artis pun sudah semakin ramai yang berhijrah dengan mengenakan tudung ni. Alhamdulillah..Allah telah membukakan hati-hati mereka untuk bertudung. Tapi, pernah tak kita bertanya pada diri kita sendiri wahai wanita, kita bertudung ni sebenarnya untuk apa? Adakah untuk melaksanakan perintah Allah supaya menutup aurat ataupun sekadar berfesyen? Adakah kita memakai tudung untuk menutup rambut kita ataupun sekadar mengikut jiran sebelah rumah yang juga telah bertudung? Tepuk dada, tanyalah iman kita.

~Comel Irma bila dah bertudung~
Saya tak nafikan, ramai wanita sekarang yang sudah semakin sedar tentang kewajipan menutup aurat. Sebab tu semakin ramai wanita yang berhijrah dengan mengenakan tudung. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allah telah memberikan hidayah kepada mereka untuk berubah. Tapi kita kena ingat, berubah tu biarlah kerana Allah, bukan kerana sebab lain. Kalau kita memakai tudung dengan tujuan menutup aurat, dengan untuk menutup mahkota wanita yang paling beharga ini daripada tatapan lelaki yang bukan muhrim, InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita untuk teruskan bertudung dan menutup aurat kita itu. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan dan usaha kita tu. 

Tapi, sekiranya kita memakai tudung sekadar untuk berfesyen, sekadar mengikuti trend semasa, ataupun sebab kita tengok artis yang kita minat tu cantik pakai tudung, sama-samalah kita perbetulkan kembali niat kita tu, biarlah kerana Sang Pencipta bukan kerana manusia. Semoga Allah memberi cahayanya kepada kita dan membuka hati untuk terus menutup aurat kepada-Nya. Perlu diingat juga wahai wanita muslim sekalian, menutup aurat bukan sekadar bertudung sahaja, malah seluruh tubuh kita juga perlu ditutup kecuali muka dan tapak tangan. So, bila dah bertudung tu, cubalah berubah yang lain pula, berubah mengikut skema Allah dan rasul kita..InsyaAllah.. ^_^

Bila kita tengok sekarang, macam-macam jenis tudung yang ada di pasaran. Macam-macam jenis tudung juga, ada yang tudung ekin la, tudung ariani la, shawl la, yuna la, hana tajima la, pernah juga ada tudung mawi! Hebat, mawi pun pakai tudung, hihi~  Lepas tu, tudung-tudung tu terdapat dalam pelbagai warna, corak dan juga design mengikut trend semasa, dihias pula dengan kerongsang (brooch) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Tapi, yang menjadi persoalannya, semua tudung tersebut betul-betul mengikut mengikut skema Allah dan rasul tak? 

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31  :
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"

Dalam surah An-nur ayat 31 ni ada menyatakan, hendaklah menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan melainkan dengan orang yang berhak sahaja. Maknanya, tudung yang kita pakai tu, kenalah labuh hingga menutup dada tu. Sebenarnya wanita, dada tu lebih menggiurkan daripada rambut. Jadi, kita kenalah tutup melainkan untuk orang yang berhak ke atas kita sahaja. Itu baru pemakaian tudung yang mengikut skema Allah dan rasul. Bukan itu sahaja, ayat ni juga menegaskan supaya wanita menutup auratnya dari orang yang bukan muhrim melainkan yang biasa dilihat, iaitu meka dan juga tapak tangan. Jadi, kenalah tutup rambut, badan, kaki dan perhiasan yang lain dengan pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak sebab itu adalah aurat wanita. (Kalau saya tersilap, harap betulkan ye)  

~Gambar dari Google~
Fungsi tudung sebenarnya untuk menjaga dan melindungi kita wahai wanita, bukan saje-saje je hukum itu ditetapkan oleh Allah.Tapi sekarang, fungsi tersebut seolah-olah semakin lari dari yang sebenar. Ramai wanita sekarang betul-betul tutup kepala saja tapi tudung tersebut atas paras dada je. Dan ada yang bertudung, tapi nampak cuping telinga,nampak leher, nampak rambut macam mak datin dan macam-macam lagi. Ditambah pula sekarang dah musim orang pakai selendang. Tidak salah nak pakai selendang tu, memang cantik, tapi kainnya nipis,jarang dan pendek, lepas tu belit-belit, pusing-pusing pulak kat kepala sampai kain tudung ni jadi singkat. Maka,bahagian dada tak dapat ditutup dengan sempurna, hanya ditutup dengan baju je. Kalau baju tu besar dan labuh, boleh tahan lagi. Tapi kalau baju tu jenis melakat kat badan, macam mana? Bayangkan sendiri..Tak jadi macam tu.

Wanita sekalian, labuhkan tudung yang dipakai tu biar  melepasi dada, tutup perhiasan  tu, jangan tayang perhiasan kita tu pada mereka yang bukan hak, tutup2. Sama juga aurat yang lain, kena tutup! Macam mana tudung tu nak jaga kita sebab bertudung tu dah cantik tapi aurat tu kita tak tutup dengan sepenuhnya. Betul tak? Sebab tu, kita kena tanya diri kita balik, kita pakai tudung ni sebab apa.. kemudian, kembali betulkan niat kita. InsyaAllah, Allah akan bantu kita, Allah akan lindung kita bila niat kita betul. Niat tu, hanya kita dengan DIA saja yang tahu..

Wanita-wanita sekalian..
Allah sangat sayangkan wanita, sebab tu Allah mewajibkan wanita menutupa aurat. Tidak salah untuk berfesyen, tapi kenalah ikut skema Allah dan Rasul. Pakai tudung tu dah cantik, tapi bila pakai tudung kerana Allah lebih cantik. Pakai tudung memang cantik, tapi bila pakai tudung dan menutup aurat, itu yang tercantik.. Islam tidak melarang umatnya untuk bergaya, Cuma bergayalah guna ilmu, jangan hanya pakai hati dan otak. (Dr Cinta punye blog)

~Yang mana satu yang menjadi pilihan? Tepuk dada tanyalah iman kita~

Terima kasih sudi singgah di sini =)

Sumber :