Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, March 9, 2012

kosong . . .


seperti mana teddy bear tu keseorangan,
begitu jugalah diri saya ini.

Sebagaimana teddy bear itu merenung kosong ke laut,
begitu jugalah diri saya ini.

Rasa keseorangan, tanpa ada sesiapa..
Rasa kekosongan, tanpa ada apa-apa...
Sungguh saya rasa kosong..
I feel lost..



Terima kasih sudi singgah di sini..

Friday, August 19, 2011

Ramadhan Kareem 4



Soalan :

Saya lihat ramai orang yang berpuasa tapi tidak solat. Allah kira ke puasa macam tu?

Jawapan:

Kedapatan hari ini ada juga yang malas bersolat tetapi tak ada masalah nak berpuasa. Yelah, kadang-kadang puasa itu kerana factor kesihatan. Maklumlah sudah ada diabetes, darah tinggi dan penyakit yang lain akibat terlebih makan. Adakah puasa orang yang tak bersolat diterima?

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, kita kenalah betul-betul faham bahawa solat itu tiang agama. Orang yang tidak bersolat ini amat besar dosanya. Mengikut zahir beberapa hadis, hukumnya adalah kafir, bahkan ada para ulama yang berpendapat bahawa meninggalkan solat adalah kufur. Kalau sudah kafir, maka puasanya tak sah dan tidak diterima. Allahuakbar…berat tu..

Sebenarnya tak banyak hadis yang memberi peringatan kepada Muslim yang meninggalkan kewajipan puasa Ramadhan berbanding solat. Hadis-hadis yang menceritakan azab meninggalkan solat pula amat banyak. Hikmahnya – menurut sebahagian para ulama – adalah kerana tidak ramai yang meninggalkan puasa Ramadhan berbanding solat. Maklumlah, solat setiap hari, lima kali sehari pulak tu. Tetapi, puasa Ramadhan pula setahun hanya sekali sahaja. Lagipun, kemungkinan ada iktikad bahawa hari raya tak sempurna jika puasa tak penuh. Wallahu a’lam.

Selingan : Boleh rujuk di sini dan di sini untuk bacaan tentang hukum meninggalkan solat. Boleh juga taip di Google atau pun terus bertanya pada ustaz..^_^


p/s : Saya budak baru belajar, jika ada salah silap, silalah tunjukkan..



malam-malam terakhir


Hari ini sudah hari ke 19 umat islam berpuasa dan bulan Ramadhan pun sudah hampir tiba ke penghujungnya. Sekejap saja sudah masuk 10 hari terakhir di bulan yang penuh berkah ni. Dan tak sampai 2 minggu juga, bulan yang mulia ni akan meninggalkan kita. Rasa macam sekejap je puasa tahun ni kan? Entah akan dapat berjumpa lagi atau tak dengan Ramadhan tahun depan. Semoga ALLAH memanjangkan umur kita semua untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah.


Haa..semua dah banyak beribadat pada ALLAH tak? Semoga Ramadhan kita tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya la eah.. InsyaAllah.. Jadi, jom kita semua rebut peluang 10 malam yang terakhir ni.. Ini kerana, dalam 10 malam yang terakhir inilah adanya malam Lailatul Qadar, malam yang di mana Jibril dan para malaikat turun ke bumi dengan izin ALLAH s.wt. Sesiapa yang dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini, akan digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang dikerjakan selama 1000 bulan! MasyaAllah..hebat sungguh malam Lailatul Qadar ini..dan beruntunglah bagi orang mukmin yang dapat bertemu dengan malam tersebut.

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamullail, solat sunat tahjjud, solat sunah taubat, solat hajat, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Jadi, jom kita cari malam Lailatul Qadar ni..sangat lah bertuah bagi sesiapa yang berjaya menemuinya..apa yang pasti, jangan tertinggal untuk beribadat di 10 malam yang terakhir Ramadhan ini ye..Semoga ibadah kita semua diterima ALLAH..



Ramadhan Kareem 3


Soalan :

Setiap amalan dan ibadat rasanya ada hikmat dan fadilat. Agaknya, apakah hikmat puasa?

Jawapan:

1. Hikmat puasa yang paling besar agaknya ialah mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa, ia mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Seperti firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, semoga kamu bertakwa”

2. Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang muslim. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu yang sebenarnya lebih banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik dan juga menjadi benteng daripada api neraka.

Nabi s.a.w bersabda

“Puasa itu adalah perisai” (Riwayat Bukhari)

3. Puasa ini juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Masih ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka bumi ini, contohnya seperti di Somalia. Mereka tidak mendapat makanan yang secukupnya, malah ramai dari mereka yang mati akibat kebuluran. Jadi, dengan berpuasa ini, kita dapat merasai derita insan yang lapar dan dahaga itu.

4. Puasa ini juga akan mendidik umat islam untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan juga kepada diri sendiri. Mana ada orang yang tahu yang kita puasa sepenuhnya atau tidak kan? Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air. Contoh, pulang je dari sekolah, terus ke bilik air untuk mandi. Sambil tu, bolehla ‘telan’ beberapa liter air ‘pepsi’ (paip besi) Bukan ada orang yang tau pun, betul tak? Tapi, Allah sentiasa tahu dan Dia Maha Mengetahui.

5. Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku pelajaran dan baca selepas makan tengahari atau makan malam. Secara automatik mata akan jadi berat dan asyik menguap je sebab otak tidak boleh menerima apa yang dibaca. Tetapi, berbeza bila kita berpuasa, otak dapat bekerja dengan senang dan apa yang di baca, InsyaAllah dapat difahami dengan mudah.

Disebutkan antara kata-kata hikmat Luqman al-Hakim ialah :

“Apabila perut penuh dengan makanan maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas”


Kelebihan Puasa dari sudut sains.

Puasa Ramadhan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Dalam bulan ini, kita berpeluang merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan sahaja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan “dirinya” dengan syarat, kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.

Berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan kita untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kulit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua adalah tanda-tanda atau petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.

Berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadhan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.



Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Kareem 2

Soalan 1 :

Sudah banyak yang diperkatakan tentang puasa. Tapi, apa sebenarnya puasa itu?

Jawapan:

Puasa ialah terjemahan daripada perkataan Arab “saum” dan “siyam”. Ia bermakna menahan daripada sesuatu. Dalam hukum islam, puasa bermakna menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari waktu terbit fajar saddiq hingga terbenam matahari.


Soalan 2 :

Apa hukumnya meninggalkan puasa tanpa sebab atau uzur?

Jawapan:

Ramai juga yang suka bermain-main dengan puasa ni. Maklumlah, buka orang lain tahu sama ada kita puasa atau tidak. Boleh beli stok makanan siap-siap. Beli roti, magi, perencah nasi goring dan macam-macam lagi. Pukul sepuluh baru masuk dapur nak “sahur”. Itu kalau bujang, ini ada jugak yang dah kahwin, anak sudah ada dua tapi masih tidak berpuasa. Wallahu a’lam…

Tapi kena ingat, bahawa dosa orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur atau sebab adalah dosa yang amat besar. Sebab itu sebahagian ulama berkata bahawa dosa ini lebih dahsyat daripada minum arak.

Boleh baca lagi di sini dan di sini