Friday, August 19, 2011

Ramadhan Kareem 4



Soalan :

Saya lihat ramai orang yang berpuasa tapi tidak solat. Allah kira ke puasa macam tu?

Jawapan:

Kedapatan hari ini ada juga yang malas bersolat tetapi tak ada masalah nak berpuasa. Yelah, kadang-kadang puasa itu kerana factor kesihatan. Maklumlah sudah ada diabetes, darah tinggi dan penyakit yang lain akibat terlebih makan. Adakah puasa orang yang tak bersolat diterima?

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, kita kenalah betul-betul faham bahawa solat itu tiang agama. Orang yang tidak bersolat ini amat besar dosanya. Mengikut zahir beberapa hadis, hukumnya adalah kafir, bahkan ada para ulama yang berpendapat bahawa meninggalkan solat adalah kufur. Kalau sudah kafir, maka puasanya tak sah dan tidak diterima. Allahuakbar…berat tu..

Sebenarnya tak banyak hadis yang memberi peringatan kepada Muslim yang meninggalkan kewajipan puasa Ramadhan berbanding solat. Hadis-hadis yang menceritakan azab meninggalkan solat pula amat banyak. Hikmahnya – menurut sebahagian para ulama – adalah kerana tidak ramai yang meninggalkan puasa Ramadhan berbanding solat. Maklumlah, solat setiap hari, lima kali sehari pulak tu. Tetapi, puasa Ramadhan pula setahun hanya sekali sahaja. Lagipun, kemungkinan ada iktikad bahawa hari raya tak sempurna jika puasa tak penuh. Wallahu a’lam.

Selingan : Boleh rujuk di sini dan di sini untuk bacaan tentang hukum meninggalkan solat. Boleh juga taip di Google atau pun terus bertanya pada ustaz..^_^


p/s : Saya budak baru belajar, jika ada salah silap, silalah tunjukkan..



1 comments:

Cik Gee said...

risau kiranya amalku tak diterima.. :(