Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

kite bako ! kite bako !

Entri ni bukan pasal nak bakor rumah kak limah. bukan bukan ! Tapi entri ni nak bercerita macam mana nak bakar lemak ataupun nak bakar kalori dari dalam badan kita. Haa, nak tau cara bakar kalori dengan mudah?

Yang pertama :
Buat kerja rumah seperti menyapu lantai, mengelap pintu atau tingkap, membersihkan bilik air, membersihkan anjung ataupun pergi membuang sampah setiap hari.


Yang kedua :
Boleh juga berkebun seperti menanam bunga, menanam sayur, memotong ranting pokok, menebas rumput atau yang seumpanya untuk beberapa minit.

Yang ketiga :
Digalakkan untuk berdiri beberapa minit sebaik sahaja selepas makan. Boleh membasuh pinggan, lap meja makan ataupun mengemas dapur.

Yang keempat :
Kalau ada tangga kat rumah, mulakan naik dan turun tanggaa sekerap yang mungkin dalam tempoh sehari.

Yang kelima :
Membasuh pakaian tanpa menggunakan washing machine *mencabar yang ni*

Yang keenam :
Keluar berjalan-jalan di pusat membeli belah, pasar malam pun boleh juga, pasar pagi pun boleh. Sambil membeli barang, dapat la juga bersenam kan? hehe

Yang ketujuh :
Berkayuh basikal di kawasan rumah atau kawasan kampung.

Yang kelapan :
Bagi sesiapa yang ada memelihara kuda di rumah, bolehlah menunggang kuda untuk membakar kalori.

Yang kesembilan : Mengecat rumah.


p/s : Malaysia jom lebih sihat!





bila jarum makin bergerak ke kanan...tidak !

Bila bercuti sambil menanam anggur kat rumah ni, berat saya pun naik dengan gembiranya. Maklumlah, kerja kat rumah pun makan, tengok tv dengan tidur je. Bila berat dah naik tu, mulalah kecoh satu rumah. Itulah, masa makan tak nak beringat. Bila dah jarum penimbang tu makin bergerak ke kanan barulah sibuk nak diet, nak bersenam. hehe~

Jadi, sekarang ni, saya tengah berusaha untuk mengurangkan sedikit berat saya. Biar sesuai dengan ketinggian saya yang tidak berapa tinggi ni. Selain itu, berusaha untuk badan saya kekal sihat. InsyaAllah. Haa, bagi siapa-siapa yang tengah cuba mengurangkan berat badan tu, boleh sama-sama berusaha buat macam saya ni.


Yang pertama : Cari makanan gantian.
Jangan tak makan langsung, tapi, tukarkan makanan kita kepada makanan yang lebih sihat. Makan makanan yang kurang kandungan lemak, kurang garam dan juga kurang gula. Banyakkan makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Yang kedua : Minum banyak air.
Banyakkan minum air putih, bukan air bergas atau jus kordial. Bila terasa haus tu, minum air kosong, kurangkan minum air bergas sebab air gas mengandungi kandungan gula yang tinggi, dan boleh menambahkan kalori sebanyak 360kj sehari.

Yang ketiga : Banyakkan bersenam
Bersenam merupakan cara yang paling mudah untuk membakar kalori. Contohnya, boleh berbasikal kat kawasan kampung, berjogging, ataupun, boleh cuba buat sit-up masa menonton tv.

Yang keempat : Jangan terlebih makan.
Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Semasa makan, kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

Yang kelima : Jangan tidak makan makanan yang berlemak langsung!
Jangan tinggal terus makanan yang berlemak, sebab badan masih memerlukan lemak. Tapi, makanan berlemak tu kenalah diseimbangkan dengan makanan yang berkhasiat.

Kenalah berusaha dengan gagah dan gigih untuk kekal sihat dan juga untuk mengurangkan berat badan. Kalau nak sihat, kenalah jaga makan dan bersenam kan? jadi, berusahalah nurmiey berusaha !


p/s : Malaysia jom lebih sihat !





Friday, December 10, 2010

Sakit Kepala @ Migrain

Migrain ialah sakit kepala yang kronik dan paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas harian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa tidur di bilik.

Kira-kira 12% daripada golongan dewasa di negara in
i menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mereka adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat, faktor genetik atau baka adalah satu penyebab migrain.

Antara tanda-tanda migrain ialah
:

Loya dan muntah-muntah.
K
ira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif.
Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. K
eadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi
sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pad
a keliling mata ataupun dahi
Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara per
lahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
Kepala terasa pening.

Pesakit terasa pe
rsekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
Pitam dan boleh
menyebabkan
pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Bagaimanapun, migrain tidak didedahkan kepada maut. Penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :


a) Ketegangan

Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaj terutama lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

b) Pengambilan ub
at-ubatan
Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi bahan 'monosium glumate atau MSG', kafein dan alkohol boleh juga menjadi penyebab kepada sakit kepala.


c) Penyakit metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.



Untuk meredakan serangan ini, cuba ikuti panduan ini :
  1. Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai kain tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala. Kemudian tekapkan pada mata seketika.
  5. Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.
  6. Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.

Terdapat juga beberapa cara lain untuk mengatasi sakit kepala. Antaranya ialah :

Minum air kosong
Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit
kepala. Jadi, untuk memastikan keadaan tubuh tetap seimbang dan terjaga, maka minumlah 8-10 gelas ir sehari. Namun, jangan minum secara berlebihan kerana cairan yang berlebihan ini akan mengurangkan kadar elektrolit dan sodium dalam tubuh.

Tidur yang cukup (8jam)
Pastikan diri mempunyai tidur dan rehat yang secukupnya. Tidur yang
terlalu lama an terlalu kurang akan menyebabkan sakit kepala. Jadi, pastikan jadual tidur adalah tetap. Pastikan juga waktu tidur tersebut adalah berkualiti. Anda mestilah mengosongkan fikiran dari apa-apa kerja pun sebelum tidur. Hal ini kerana, waktu tidur adalah waktu untuk tubuh anda berehat, jadi biarkanlah tubuh anda rehat dengan secukupnya. *cian kat badan nanti kalau sakit @ x cukup tido*

Menulis
Tulis lah apa sahaja yang bersarang dan terbeban di fikiran. Terlalu banyak berfikir akan membuatkan kepala menjadi sakit. Jadi, luahkanlah apa sahaja yang tertanam di fikiran dalam sehelai kertas, ataupun diari, ataupun blog, ataupun pada buku2 tulis. Dengan ini, ia mampu mengurangkan beban di kepala. *tulis kat pasir pantai pun boleh, lepas tu bila kena ombak , terasa macam semua masalah atau beban tu hilang bersama tulisan2 selepas dipukul ombak*




Sumber : Berita Harian, Sabtu, 4 Disember 2010, dan
Infokesihatan4u

Lagi info di : taip je di google *hehe* dan juga jelajahunik,