Bila sebut saje pasal coklat, gambaran pertama yang muncul di mata ini ialah Ferero Rocher.. nak tau kenape? sebab coklat tu nampak mahal + exclusive..hihi..tapi, coklat tu memang sedap.. Xde sape2 ke nak bagi saya coklat tu? hihi..macam laa ade kan.. Saya memang suke coklat & hantu dengan coklat..bila pergi kedai, mesti pergi kat bahagian coklat..at least, mesti beli 1 jenis coklat..nak tau kenape saya suka makan coklat? sebab, coklat mampu wat saya happy even tengah sedih..+ mampu kurangkan tension lebih2 lagi bila assignment tgh bertimbun2..tapi, ramai yang cakap, "x boleh makan coklat laa..nnt gemuk", xpun macam ni "xbagus makan coklat banyak2, nnt rosak gigi" tapi, betul ke macam tu?
Saya ada terbaca satu info dari cikguonline.com. Info tersebut menyatakan, kepercayaan yang memakan coklat boleh menggemukkan, menyebabkan kencing manis, gigi rosak dan 1001 lagi penyakit hanyalah kepercayaan org ramai sahaja sebab kajian menunjukkan sebaliknya.. Coklat didapati tidak menyebabkan kencing manis, gigi rosak, paras kolesterol meningkat atau penyakit jantung malah percaya atau tidak, coklat dikatakan dapat memanjangkan usia penggemarnya..*wow* Mereka yang gemar memakan coklat dikatakan dapat hidup satu tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak memakannya..Hmm..menarik bukan?
Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati coklat mengandungi bahan kimia yg membantu mengekalkan keanjalan saluran darah dan meningkatkan kandungan flavonoid dan antioksidan dalam darah, bahan yang dapat menghalang penyakit kardiovaskular serta menghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.. Ini sekali gus memanjangkan usia dan dengan lebih 300 bahan kimia di dalamnya, banyak lagi kebaikan coklat.. Jgn makan coklat berlebihan..Seperti juga makanan yang lain, pengambilan berlebihan mungkin memudaratkan.
Ada lagi satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini...mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.. Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat..Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan..Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa. Makan coklat juga dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan..Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu..Coklat juga bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik..Jgn streskan diri, makanlah coklat kerana ia boleh tenangkan anda sewaktu stres..Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres. Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan..
Coklat susu atau coklat hitam?
JIKA anda mementingkan kesihatan, ini adalah panduan mudah untuk diikuti sebelum membeli, memakan atau menghadiahkan coklat buat yang tersayang..Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan.
Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sihat yang tinggi, gula dan kalori - semuanya TIDAK ELOK UNTUK KESIHATAN - kerana ia mengandungi susu. (Jika dimakan berlebihan!) Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam.
Sekeping coklat hitam mengandungi dua kali ganda antioksidan dan kurang kalori berbanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan satu auns (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan satu auns (28.3 gram) coklat susu.
Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandungi kalsium..Justeru, coklat susu atau coklat hitam? Pilihlah yang hitam! Siapa kata hitam tidak `elok'...
Jadi..kesimpulannya, coklat tidak menggemukkan malah mempunyai khasiatnye yang tersendiri..tetapi, mestilah tidak secara berlebihan..So, don't be afraid..choose your chocolate and eat it with a bright smile..=)
0 comments:
Post a Comment