Saturday, October 30, 2010

Quote~

SAHABAT..
Bila kau letih dan hilang semangat dalam kehidupan,
ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
ALLAH telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,
ALLAH adalah jalan penyelesaiannya.
Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..

ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian..
ALLAH memberi kedewasaan bila ada masalah,
ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan,
ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yg lebih baik..

CINTA KERANA ALLAH TIADA AKHIRNYA

*dipetik dari blog kak de saya @ norfadzillah

Setiap kali saya sedih @ kecewa @ tertekan..saya mesti teringatkan Quote ni..dan setiap kali juga, hati saya rase damai sendiri..bukan kerana ada spell something ke apa, tak, bukan sebab tu..tapi, kerana ayat dari quote tu sendiri yang membuatkan saya sedar akan Cinta ILAHI..

pernah juga bila saya marah, kak de @ norfadzillah telah berikan satu kata2 untuk saya..

Disaat hati inginkan keceriaan..
tersenyumlah~
Disaat hati inginkan kedamaian..
Berzikirlah~
Disaat hati inginkan ketenangan..
Sentiasa ingatkan ALLAH~~
"Seseungguhnya dengan mengingati ALLAH,
Hati2 akan menjadi tenang..."

terima kasih pada kak de untuk kata2 ni..terima kasih kerana sentiasa mengingatkan adikmu ini tentang kebesaran-NYA..syg kak de..(^_^)





2 comments:

Norfadzillah Mohd Rosli said...

sayang mie jugak =))
sentiasa ingat mengingati..

nurmiey sabtu said...

hehehe..
insyaAllah..