Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Monday, September 17, 2012

jerit vs hati

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin 

berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.

Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.

Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah.

Senyum.





p/s : jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lantera hidup ini :)


Terima kasih sudi singgah di sini =)

Sunday, March 4, 2012

Aku Belajar

Dengan Lafaz Bismillahirrahamnirrahim ku mulakan bicara..
  
:: A K U B E L A J A R ::

Belajar bukan bererti hanya sekolah...
Belajar bukan bererti hanya membaca buku..
Tapi juga belajar dari setiap kejadian.. 
Belajar dari apa yang kita dilakukan...
Agar hidup ke depan lebih baik..

Aku belajar diam dari banyaknya bicara.
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Aku belajar mengalah dari suatu keegoan.
Aku belajar menangis dari kebahagiaan.
Aku belajar tegar dari kehilangan

Hidup Adalah BELAJAR...
Belajar Bersyukur Meski tak Cukup,
Belajar Ikhlas Meski Tak Rela,
Belajar Taat Meski Berat,
Belajar Memahami Meski Tak Sehati,
Belajar Sabar Meski Terbebani,
Belajar Setia Meski Tergoda,
Belajar Memberi Meski Tak Seberapa,
Belajar Mengasihi Meski Disakiti,
Belajar Tenang Meski Gelisah,
Belajar Percaya Meski Susah,

Belajar dan Terus Belajar...
Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan..

Firman Allah yang Maha Tinggi:
"Dan jangan mengerjakan kamu sekelian pada apa-apa yang tidak ada bagi kamu sekelian dengan apa-apa ilmu (AlQuran & hadis), sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, tiap-tiap bersamanya akan ditanya (Allah)" ♥ Surah Al-Israk : 36 ♥


Terima kasih sudi singgah di sini =)

Kata-kata

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..

Pesanan Khalifah Umar al-Khattab kepada Sa'ad bin Abi Waqas sebaik sahaja melantik Sa'ad bin Abi Waqas sebagai ketua panglima perang ke Iraq :

Wahai Sa'ad bin Abi Waqas, saya melantik saudara sebagai ketua panglima perang yang bakal menuju ke Iraq. Maka peliharalah dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini kerana ALLAH. Saudara pasti menghadapi bermacam-macam kesukaran di mana saudara tidak mungkin selamat kecuali sentiasa berada di pihak yang benar. Hendaklah saudara dan orang-orang yang bersama saudara sentiasa melakukan kebaikan dan kesabaran.

Wahai Sa'ad bin Abi Waqas. Janganlah terpedaya dengan tipu muslihat musuh dan janganlah bertindak melampaui batas. Jangan bermegah apabila dikatakan saudara adalah bapa saudara dan sahabat kepada Nabi Muhammad SAW. Manusia yang mulia dan rendah di kalangan manusia adalah sama di sisi ALLAH. Kerana itu ukurlah kedudukan saudara di hadapan  ALLAH dengan kedudukan saudara di hadapan manusia. Saya berpesan kepada saudara wahai Sa'ad bin Abi Waqas, berjuanglah kerana mencari keredhaan ALLAH.
Sungguh bermakna kata-kata seorang pemimpin kepada ketua panglima perangnya.. Khalifah Umar meminta supaya ketua panglimanya berjuang demi mencari keredhaan ALLAH.. bukan kerana harta, pangkat mahupun segala kemahsyuran dunia.. kerana itu semua tidak kekal, yang kekal hanyalah redha ALLAH.. Beliau juga menerapkan semangat jihad dan cintakan agama dalam diri pejuang-pejuangnya.. BIar syahid ataupun kemenangan.

Bila difikirkan kembali, masih adakah pemimpin seperti Khalifah Umar al-khattab di zaman ini? yang mementingkan orang bawahannya lebih daripada dirinya sendiri?? sungguh! saya rindukan pemimpin seperti khalifah-khalifah islam!! 


Tepuk dada, tanya Iman kita!





Terima kasih sudi singgah di sini =)


Monday, February 20, 2012

wanita memang macam tu kan?

Hati wanita ni memang sangat cepat terusik kan?
Even for simple matters pun boleh nak merajuk dan berkecil hati..
Bukan sengaja wanita nak merajuk, 
cuma sudah fitrah hati wanita ini sangat lembut,
sangat mudah tersentuh..
Kerana itu jugalah, wanita sangat mudah mengalirkan air mata..
Lebih-lebih lagi hal-hal yang begitu menyentuh hati dan perasaan mereka,
dan apabila melibatkan mereka yang mereka sayang..

Jadi, janganlah terlalu menyalahkan wanita,
 apabila mereka mudah merajuk dan tersinggung.
Sudah fitrah bagi memiliki hati yang sangat halus, lembut dan sensitif..
Maafkanlah mereka dan terimalah kejadian mereka dengan seadanya.
Cuba bimbing mereka dengan agama, iman dan islam.
Kerana pemilik hati wanita itu adalah Allah S.W.T..
DIA lebih mengetahui apa yang manusia tidak ketahui..


Terima kasih sudi singgah di sini =)

Monday, November 14, 2011

Sedih, kecewa, frust.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..

Ya ALLAH..rasa sedih sangat hari ni..rasa kecewa sangat lagi-lagi bila tengok jumlah yang terkorban sangat ramai..terkedu tadi sampai tak tau nak buat macam mana dah huhu~

Sebenarnya, saya sedih bila tengok ikan-ikan laga yang adik saya pelihara tu mati..banyak pulak tu mereka mati hari ni.. Pagi tadi dah mati 2 ekor, seekor yang dewasa, seekor lagi remaja.. Masa saya nak bagi makan kat mereka pagi tadi, tengok-tengok ikan 2 ekor tu dah senyap tak bergerak dah.. Dengan sedihnya saya angkat dan kebumikan mereka.. Saya ingat kan 2 ekor tu je yang selamat meninggalkan alam akuarium mereka, tapi, panas tak sampai ke petang.. 

Petang tadi bila saya nak bagi makan petang pulak, saya nampak ada lagi 3 ekor ikan mati..seekor yang dewasa, dan 2 lagi ikan remaja huhu.. sedih sangat sebab ikan remaja yang 2 ekor tu saya suka main2 dengan  diorang.. Saya suka tengok ikan-ikan tu makan, aktif je berenang-renang..tapi lepas ni, dah takde.. Frust sangat sebab ikan remaja tu cantik, colour putih, silver je.. Lepas dua kejadian tu, saya harap dah takde lagi dah ikan yang terkorban.. namun, harapan cuma tinggal harapan.. 

Lepas solat magrib tadi, saya pergi melawat akuarium-akuarium ikan.. saja nak mejenguk ikan-ikan tu.. Tapi, saya nampak, ada lagi 3 ekor ikan laga remaja yang mati.. huhu seriously, saya sangat-sangat sedih masa tengok tu.. ikan-ikan tu cantik, colourful dan ada yang colour peach, merah camtu.. Abah pesan, esok kena tukar makanan, tak boleh dah bagi makanan yang sebelum ni.. ikan-ikan tu keracunan makan ke? ke tak cukup oksigen? huu~

Ikan tu warna hampir macam ni lah jugak.. R.I.P ikan T__T
Mesti orang pelik kan, pasal ikan mati pun nak sedih-sedih, nak kecoh-kecoh kan.. Lagi-lagi tu bukan ikan saya, ikan adik je pun.. Tapi, yang membuatkan saya sedih sangat bukanlah sebab ikan-ikan tu cantik.. tapi, sebab saya yang telah diamanahkan oleh adik saya yang kedua untuk menjaga ikan-ikan peliharaan dia bila dia balik ke kampus.. Itu satu dah buat saya rasa bersalah sebab tak dapat jaga amanah dia dengan betul-betul.. Awal-awal tu, memang saya buat sebab disuruh, tapi bila dah lama-lama, rasa seronok bagi ikan-ikan ni makan.. Mereka sangat aktif berenang bila time makan.. Saya suka tengok.. Kadang-kadang, bila bagi makan kat diorang, saya bersembang dengan diorang macam bersembang dengan orang..

Lepas tu, bila tengok ikan-ikan yang saya bagi makan, yang saya tengok bermain tu mati, timbul rasa kecewa.. Saya tak pandai nak jaga ikan ke sampai ikan-ikan tu terkorban dalam jumlah yang ramai, 8 ekor tu dalam masa sehari.. Ke ada silap kat mana-mana? tak cukup oksigen ke? ke ikan-ikan tu panas? macam laa ikan-ikan tu boleh bagitau kan.. Lepas ni, dah kurang sikit kawan-kawan nak dijadikan teman mendengar luahan perasaan @ membebel.. 

Saya nekad, nak jaga ikan-ikan yang tinggal ni betul-betul.. Walaupun tak berapa nak pandai kan bab-bab ikan ni, but I'll try.. Harap-harap lepas ni, dah tak ada lagi ikan-ikan yang terkorban atau membunuh diri..


Selingan : Sayangkan bunga, bunga akan layu..Sayangkan ikan, ikan akan mati..Sayangkan manusia, manusia kan pergi..Tapi, sayang dan cintakan Allah, kekal abadi.. 





Terima kasih sudi singgah di sini =)


Sunday, November 13, 2011

Allah Sayang Kamu

~✿ Kadangkala diri BERTANYA..betul ke Allah sayang aku? Eleh, perasan je lebih..kalau Allah sayang, takkanlah kamu jadi macam ini..tiba-tiba teringat kata-kata seorang ukhti, SYAITAN akan cuba menghadirkan perasaan bahawa Allah tidak sayang kita..hati-hati..

Betul juga ya, waktu kita melakukan DOSA dan waktu kita ditimpa DUGAAN..kita akan merasakan bahawa Allah sudah tidak sayang kepada kita sebab beri kita pelbagai dugaan hidup..maka, bertambah JAUHLAH diri kita dari Allah dan TERCAPAILAH MISI syaitan.. tetapi jika setiap kali kita merasakan seperti itu, apa yang PERLU kita lakukan? ~


KATAKAN PADA DIRI :

"Allah SAYANG kamu, segala dosa yang telah dilakukan (setelah diinsafi), segala dugaan yang dilalui (setelah direnungi) adalah untuk menjadikan dirimu LEBIH DEKAT dengan Allah..ya, lebih dekat untuk merasai KASIH SAYANG Allah.. (✿◠‿◠)

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu AMAT DEKAT.” 
(Surah Al-Baqarah : 214)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Titipan untuk hati : 
La Tahzan..Innallaha ma'ana..Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan apa yang dia tidak mampu..kerana di sebalik ujian dan dugaan pasti ada hikmah yg tersembunyi..yakinlah dengan takdir Allah.. ucaplah Alhamdulillah atas ujian yg datang dan pergi..semoga menguatkan lagi iman di hati..

Sumber dari sini :)




Terima kasih sudi singgah di sini =)