Sunday, March 20, 2011

Acuan Al-Quran


Wanita Acuan Al-Quran

Ialah Seorang wanita Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala

Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar

Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu














Wanita Acuan Al-Quran

Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya

Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya

Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan

Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang


Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga

Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


















Lelaki Acuan Al-Quran

Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW

Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara

Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


Lelaki Acuan Al-Quran

Tidak Pernah Membazirkan Masa

Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca

Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan

Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Lelaki Acuan Al-Quran

Sentiasa Mengingati Mati

Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat

Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian


Lelaki Acuan Al-Quran

Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia

Kerana Dia Mengimpikan Syurga

Di Situlah Rumah Impiannya

Bersama Wanita Acuan Al-Quran.



sumber : di sini





Lepaskan saya kerana Allah.

Di suatu malam depan panggung wayang…


Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..x bosan kan?

Nobita : A’ ah x bosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy yg awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu yg awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun menuju ke i-City..


Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kala

u sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City.


Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke ra

pat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..


Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..x elok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yg kita buat..x malu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang..


Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu


Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.


Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!


Sizuka : Memang diorang yg bagi izin tapi awk tau x yg diorang jugak yg akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk yg memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali.. awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je yg suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya yg sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan yg awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x yg awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu???


Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan yg baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x?? awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy ke arah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi yg awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat yg kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~


Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...


Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???


Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita yg menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa yg sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..


Nobita : ......


[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]


Sumber : di sini





Wednesday, March 16, 2011

Lima Perkara.

Terjumpa satu info yang menarik dari FB. Saya rasa, saya nak kongsikan di sini untuk bacaan dan juga ingatan untuk sahabat2 semua. ^_^

Lima perkara yang kita semua mahukan dan kita usaha untuk mendapatkannya :

1 : Wajah yang cantik – solat subuh


2: Duit yang banyak – solat zohor


3: Kesihatan yang baik – solat asar


4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib


5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang sahaja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Sabda Nabi Muhammad S.A.W ; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )


" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya "

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)



Sumber : di sini


p/s : Perkara pertama yang akan dihisap ke atas seseorang pada hari kiamat kelak ialah Solat. Jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalnya, jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalnya.. Jadi, tepuklah dada tanyalah iman kita..adakah cukup solat kita? Solat itu tiang agama, jika tidak solat, maka runtuhlah agama seseorang itu..