Showing posts with label novel. Hlovate. Show all posts
Showing posts with label novel. Hlovate. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

belajar untuk jadi dewasa


Kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar untuk menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan, kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. Kita belajar dari segalanya yang kembali membawa kita kepada DIA tidak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun..

Moga dijauhkan kami daripada menjadi orang yang hanya hampir pada-Mu di waktu susah ya Allah.. Moga kami menjadi hamba-Mu yang bersyukur, yang mengingatimu di waktu susah dan senang..

Amin..


(by Addin Syah, aA + bB m/s 467, Hlovate 2008)




Hati yang berubah?

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Surah Ar-Ra'd. ayat 28)
Manusia boleh berubah dengan apa cara, disebabkan apa jua yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah, boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang, boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat di dalam AL-Quran. namun yang nyata, Allah jugalah yang mengetuk pintu-pintu hati untuk berubah, untuk lebih mengingatinya. Tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa ramadhan sahaja. Tapi lebih daripada itu.

Dan bila begitu, apa yang hendak dirugikan? Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang. Mengingati DIA di waktu senang dan susah.

Apabila hati telah diketuk begitu, hanya terpulang pada diri untuk membuka pintu itu atau tidak..


(by Addin Syah, aA + bB m/s 465 , Hlovate 2008)