Sunday, March 4, 2012

Kata-kata

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..

Pesanan Khalifah Umar al-Khattab kepada Sa'ad bin Abi Waqas sebaik sahaja melantik Sa'ad bin Abi Waqas sebagai ketua panglima perang ke Iraq :

Wahai Sa'ad bin Abi Waqas, saya melantik saudara sebagai ketua panglima perang yang bakal menuju ke Iraq. Maka peliharalah dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini kerana ALLAH. Saudara pasti menghadapi bermacam-macam kesukaran di mana saudara tidak mungkin selamat kecuali sentiasa berada di pihak yang benar. Hendaklah saudara dan orang-orang yang bersama saudara sentiasa melakukan kebaikan dan kesabaran.

Wahai Sa'ad bin Abi Waqas. Janganlah terpedaya dengan tipu muslihat musuh dan janganlah bertindak melampaui batas. Jangan bermegah apabila dikatakan saudara adalah bapa saudara dan sahabat kepada Nabi Muhammad SAW. Manusia yang mulia dan rendah di kalangan manusia adalah sama di sisi ALLAH. Kerana itu ukurlah kedudukan saudara di hadapan  ALLAH dengan kedudukan saudara di hadapan manusia. Saya berpesan kepada saudara wahai Sa'ad bin Abi Waqas, berjuanglah kerana mencari keredhaan ALLAH.
Sungguh bermakna kata-kata seorang pemimpin kepada ketua panglima perangnya.. Khalifah Umar meminta supaya ketua panglimanya berjuang demi mencari keredhaan ALLAH.. bukan kerana harta, pangkat mahupun segala kemahsyuran dunia.. kerana itu semua tidak kekal, yang kekal hanyalah redha ALLAH.. Beliau juga menerapkan semangat jihad dan cintakan agama dalam diri pejuang-pejuangnya.. BIar syahid ataupun kemenangan.

Bila difikirkan kembali, masih adakah pemimpin seperti Khalifah Umar al-khattab di zaman ini? yang mementingkan orang bawahannya lebih daripada dirinya sendiri?? sungguh! saya rindukan pemimpin seperti khalifah-khalifah islam!! 


Tepuk dada, tanya Iman kita!





Terima kasih sudi singgah di sini =)


0 comments: