Wednesday, December 2, 2009

reunion smasid ~~

Tajuk: Reunion Batch SPM 2004
Tarikh : 28 november 2009

Tempat : Dewan Makan Aspuri SMAS
ID
Hari : Sabtu

Masa : jam 11 rse nye..hehe


Macam nak buat laporan je kn..haha..erm..seperti yg tertera diatas, melalui program tersebut dapat lah sy berjumpa dgn kwn2 lame yg sudah lame tidak ketemu..terima kasih banyak2 sy ucapkan pada pihak penganjur kerana mengadakan program tersebut *tepukan untuk faqli & kwn2 nye..bravo!* nnt thn depan buat lagi ye..
MyEm0.Com
Mase tu jugak, mcm-mcm cerita yg nk dikongsi..ye lah kn, dah lme x jumpe, bile dah jumpe tu kalau boleh mmg nk cerita semua nye kan..hihihi..tapi yg paling sy x dapat lupe kn bile tgk kwn sndri bawa anak..mcm x percaya..tibe2 rse mcm dah tua lah *perasan mude lagi lah 2 haha* Then, bile tgk kwn sendiri mengandung, lagi lah sy x percaye..Oh My!..ye lah, kwn yg sme2 bising dlm kelas, kwn yg sme2 main-main di zaman sekolah dulu dah pregnant & dah ada anak, mesti la rse pelik sikit..tibe2 terlintas di fikiran ni, bile la turn sy pulak..hihihi *gatal*

Walau apa pun, reunion tersebut tersangat lah best..best dapat jumpe kwn2 lame, mkn same2.. *huhu rindu nye kat zaman sekolah*harapan sy pada pihak penganjur, thn depan buat lagi yep..
MyEm0.Com

anak Ainun yg cumel~~


pose sebelum & semasa mkn hihi~~

dengan kawan-kawan *zarith pregnant 2 haha*

with friends~~


Batch SPM 2004

4 comments:

has_lyna said...

najmie!!! :)

Anonymous said...

...

Anonymous said...

moga bahagia najmie...

Anonymous said...

"Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri?¦tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa??dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa?¦tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan?¦kita tidak tahu?¦tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yang membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.