Wednesday, June 22, 2011

Jom Tiru Nabi Kita ! : 3

Makanan sunnah : 3

MADU

Madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapan baginda dengan segelas air dicampur dengan sesudu madu asli. Jika dilihat dari sudut ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.


KHASIAT DAN KELEBIHAN MADU

  • Nabi Muhammad SAW bersabada : "Sesiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. "
  • Dari Imam Ali a.s : "Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati."
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s : "Rasulullah SAW sangat menyenangi madu."
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s : "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran"

Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9



Jom Tiru Nabi Kita ! : 2

Makanan sunnah 2 :

KISMIS


Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan terlebih dahulu. Kismis ini membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi mengangkut oksigen ke otak dan ke seluruh badan.

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

KHASIAT DAN KELEBIHAN KISMIS

  • Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda :"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"
  • Imam Ali a.s berkata : "sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
  • Imam Ali a.s berkata : "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9





Tuesday, June 21, 2011

belajar untuk jadi dewasa


Kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar untuk menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan, kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. Kita belajar dari segalanya yang kembali membawa kita kepada DIA tidak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun..

Moga dijauhkan kami daripada menjadi orang yang hanya hampir pada-Mu di waktu susah ya Allah.. Moga kami menjadi hamba-Mu yang bersyukur, yang mengingatimu di waktu susah dan senang..

Amin..


(by Addin Syah, aA + bB m/s 467, Hlovate 2008)




betul ke ujian itu mendewasakan?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


Ujian adalah tarbiah dari Allah.. Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya.. Dan ujian itu juga sebagai tanda bahawa Allah menyayangi hamba-hambaNya yang beriman.. Bahkan, ujian itu juga sebagai tanda Allah kasihkan mereka.. Kerana itulah Dia memberikan ujian, bagi mengingatkan hambanya agar tidak alpa, tidak leka dengan tipu daya dunia.. Dan supaya hamba-hambaNya yang beriman sentiasa memohon dan meminta petunjuk dan pertolongan dariNya.. Sesungguhnya, Allah sangat kasihkan hamba-hambaNya yang tabah dan sabar dengan segala ujian, dan sentiasa memohon dan bertawakkal kepadaNya.. Jalanilah kehidupan ini dengan nur dan iman.. InsyaAllah akan mendapat redha Allah.. kita cari dunia, kita dapat dunia sahaja.. tetapi jika cari akhirat, kita akan dapat akhirat dan juga dunia..

Hayati lirik lagu ini..sangat bermakna, dan syahdu bila dihayati..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com





Hati yang berubah?

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Surah Ar-Ra'd. ayat 28)
Manusia boleh berubah dengan apa cara, disebabkan apa jua yang berlaku. Boleh jadi berubah kerana musibah, boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang, boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat di dalam AL-Quran. namun yang nyata, Allah jugalah yang mengetuk pintu-pintu hati untuk berubah, untuk lebih mengingatinya. Tidak hanya bertitik noktah pada solat lima waktu dan puasa ramadhan sahaja. Tapi lebih daripada itu.

Dan bila begitu, apa yang hendak dirugikan? Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Biar apa yang melanda dapat diterima dengan lapang. Mengingati DIA di waktu senang dan susah.

Apabila hati telah diketuk begitu, hanya terpulang pada diri untuk membuka pintu itu atau tidak..


(by Addin Syah, aA + bB m/s 465 , Hlovate 2008)





Monday, June 13, 2011

Jom Tiru Nabi Kita ! : 1

Makanan Sunnah 1 :

KURMA

Setiap kali masuk waktu Duha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat yang terkandung di dalam kurma itu. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.



KHASIAT DAN KELEBIHAN KURMA

  • Nabi Muhammad SAW bersabda :
  • "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda :"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)"

  • Abu Abdillah a.s berkata, " buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan (menghilangkan) pengaruh sihir.

  • Imam Ja'far Ash-shadiq a.s berkata, "Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati."

  • Sayyidina Ali r.a meriwayatkan: " Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badanya"


Sumber : Asuh bil 165, April 2011, m/s 9




Sunday, June 5, 2011

Mandi pancuran untuk cantik?

Selain mampu menjimatkan air, mandi menggunakan pancuran atau shower ni mempunyai kebaikan tersendiri untuk wajah. Percaya tak?


Hal ini disebabkan, terdapat ion positif dan ion negatif yang bersatu di dalam udara bebas. Apabila air meluncur turun dari shower, ion negatif dan ion positif terpecah . Selepas terpecah, ion positif akan jatuh terlebih dahulu kerana ion positif lebih berat. Manakala, ion negatif yang kurang berat ini akan melayang di udara.

Ion negatif bermanfaat untuk kulit dan mampu menenangkan minda. Itulah sebabnya kita akan berasa nyaman dan segar apabila berada dekat dengan air terjun atau saat menghirup udara selepas hujan kerana banyaknya ion negatif yang terdapat di udara.

Dianggarkan, jumlah ion negatif meningkat hingga sepuluh kali ganda setelah pancuran dibuka selama lima minit dan jumlahnya akan terus meningkat. Begitu pun, suhu panas mampu menambah ion positif , jadi sebaik-baiknya gunakan kipas aliran udara atau bukalah jendela bilik mandi.

Air dari shower juga seperti urutan apabila terkena wajah dan menggalakkan kulit bernafas dengan baik. Untuk mendapatkan manfaat ini, laraskan shower dengan kecondongan sekitar 60 darjah..

Sumber : Sinar Harian.