Wednesday, September 21, 2011
Sunday, September 18, 2011
Menulis kerana Allah
Pakaian wanita muslimah.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Sebagai peringatan dan juga perkongsian untuk para muslimah.. juga untuk diri saya sendiri.. Mari sama-sama kita mencari redha ALLAH melalui cara kita berpakaian.. Berpakaian menurut hukum ALLAH dan yang penting, niatkan apa yang kita pakai ni, biarlah kerana ALLAH..
Antara ciri pakaian wanita muslimah, terutamanya semasa keluar dari rumah ialah :
1. Pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat iaitu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini adalah kewajipan sebagai wanita muslimah seperti apa yang telah dituntut dalam agama islam. Yang penting, labuhkanlah tudung kepala atau jilbab sehingga ke paras bawah dada. Bahagian kaki pula, boleh ditutup dengan memakai stokin atau sarung kaki.
2. Pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu nipis, yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan dari luar.
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
3. Pakaian yang dipakai janganlah terlalu ketat ataupun sempit tetapi perlulah longgar dan selesa dipakai. Jika pakaian yang dipakai terlalu ketat, boleh menampakkan susuk tubuh badan seseorang wanita yang secara tidak sengaja boleh menaikkan nafsu lelaki yang melihatnya.
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Al-Ahzab: 59.
4. Pakaian tidak dikenakan bau-bauan yang terlalu harum. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar dan melintasi kaum lelaki ajanabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.” - (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
5. Tidak perlu terlalu berhias-hias atau bermegah-megah dalam memakai pakaian kesukaan.
6. Pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu tidak menyerupai orang kafir atau musyrik. Sebagai wanita muslim tunjukkanlah ciri-ciri berpakaian anda sebagai wanita muslimah seperti yang dituntut dalam islam.
7. Tidak berhias-hias dengan keterlaluan kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. Barangan kemas tu eloklah disorok atau disimpan di rumah sahaja. Boleh juga elakkan dari kena ragut.
8. Jika keluar berjalan janganlah memakai kasut bertumit, sehingga berbunyi keletok-keletok kerana bunyi tersebut boleh mengganggu menarik perhatian kaum lelaki.
9. Jika berjalan , janganlah sengaja melenggang-lenggokkan badan atau gaya berjalan tu.. sebab itu pun boleh menarik perhatian kaum lelaki.
nak banyak yang lebih menarik, baca laa artikel ni : Muslimah memang tidak guna..
Friday, September 16, 2011
Bersantai Di Kamar: PERSEPSI : Apa Perlunya Barat Campur Tangan Apabil...
Niat menghalalkan cara?
Orang islam menggunakan kekerasan, dan mengangkat senjata untuk mempertahankan diri, agama dan keluarga mereka. Tapi kenapa mereka dilabelkan sebagai pengganas.
Sedangkan orang bukan islam menggunakan kekerasan untuk menjaga keperluan ekonomi mereka. Mereka mengangkat senjata mereka untuk menindas golongan yang lemah, menawan dunia dan juga membuktikan mereka berkuasa. Tetapi, tidak pula mereka dilabel sebagai pengganas. Mengapa? Mengapa keadaan ini berlaku?
Seperti yang diketahui umum, pada tahun 2008-2009, Israel telah melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Gaza. Serangan udara dan darat yang dilancarkan telah mengorbankan ribuan nyawa, memusnahkan infrastruktur, bangunan, sekolah dan kediaman. Itu belum dikira lagi bilangan orang-orang awam yang terkorban semasa serangan itu dilancarkan. Belum juga dikira golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang trauma kesan daripada kekejaman yahudi zionis itu.
Jumlah orang awam yang terkorban di Afghanistan, Iraq dan juga di Selatan Thailand melebihi jumlah orang awam yang terkorban di Bali dan juga peristiwa 11 september tu. (Boleh rujuk di sini)
Memanglah mana-mana agama tidak menghalalkan keganasan apatah lagi apabila ia melibatkan nyawa orang awam yang tidak bersalah. Tapi, pilihan apa yang golongan islam ini ada. Mereka terus ditekan dan didesak tanpa ada pihak yang sanggup memberi bantuan kepada mereka.
Sekurang-kurangnya, secara tidak langsung usaha-usaha mereka yang dianggap ekstrem ini akan diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Pihak-pihak tersebut juga akan terus berhati-hati dan berwaspada dengan aktivit-aktiviti puak yang ekstreme ini. Tidak nampak ke, sebenarnya golongan-golongan ini takut dengan kebangkitan umat islam? Kejadian-kejadian ini turut memberi peringatan kepada mereka, bahawa golongan yang mereka label sebagai pengganas ini boleh lakukan apa sahaja untuk mempertahankan agama dan hak mereka.
Mereka yang dilabel sebagai pengganas ini, sebenarnya berjuang untuk mempertahankan agama Allah. Mereka berjuang semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Apa kata kamu? Tepuk dada, tanyalah Iman.
Selingan : Perbaiki niat kita, biarlah semata-mata kerana ALLAH.
Thursday, September 15, 2011
Biarlah kerana Allah.
Carilah seseorang yang ikhlas menerima kekurangan dan kemiskinanmu,
kelak dia akan sentiasa bersama kita,
tidak kira susah atau senang.
Carilah seseorang kerana agamanya,
bukan kerana hartanya.
Carilah seseorang yang elok akhlaknya,
bukan sahaja yang elok paras rupanya.
Carilah seseorang yang elok budi pekertinya,
bukan kerana mahalnya keretanya.
Carilah seseorang yang tinggi ilmunya,
bukan kerana besarnya rumahnya.
Carilah seseorang yang mampu menjadi pendamping terbaik,
yang mampu susah dan senang bersama kita,
dan yang mampu membimbing kita sampai syurga Allah.
Carilah seseorang yang ikhlas menghubungkan silaturrahim,
yang mencarimu dengan niat sebagai saudara sesama islam,
bukan mencarimu kerana banyaknya hartamu.
Carilah seseorang yang ikhlas mencarimu semata-mata mendapat keredhaan Allah,
yang mencarimu untuk menyambung kembali silaturrahim,
yang mencarimu untuk mengajakmu ke jalan Allah,
yang mencarimu dengan niat kerana Allah.
Bukannya mencari seseorang yang hanya memandang pada besarnya rumahmu,
yang memandang pada hebatnya pekerjaanmu,
yang memandang pada banyanknya hartamu,
dan yang juga memandang banyaknya kereta mewahmu.
Berkawanlah, berkasih sayanglah kerana Allah dan untuk mencari keredhaan Allah.
Percayalah, dengan niat untuk mencari keredhaan Allah,
Rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa bersama kita.
Jangan berkawan, berkasih sayang kerana harta pangkat, darjat mahupun kedudukan,
Kerana itu semua hanyalah harta dunia, hanyalah sementara,
Dan hanya akan berakhir dengan keresahan jiwa.
Jangan menilai dari luaran sahaja,
kenali juga agama, akhlak dan hati budinya juga.
Selingan : tapi, cinta itu buta kan? walaupun si gadis itu tidak disenangi keluarga, si jejaka tetap mahu meneruskan percintaannya dengan si gadis itu. wahai si gadis, fikirlah kembali, wahai si jejaka, fikirlah kembali..jika tidak disenangi ahli keluarga, anda berdua akan mendapat restu kah? fikir-fikirkanlah...