Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ku mulakan bicara..
Orang yang memandang remeh kesalahan diri sendiri akan membesar-besarkan kesalahan orang lain.
Sejak dua menjak ni, bermacam-macam isu yang dibangkitkan oleh parti-parti politik kat Malaysia ni, baik di TV mahupun di surat khabar. bagi penyokong-penyokong parti, tak salah untuk menyokong mana-mana parti politik. Itu adalah hak individu dan orang lain tak boleh nak paksa-paksa, tambahan pula kita hidup di negara demokrasi. Rakyat bebas untuk membuat pilihan masing-masing. Sekarang pun, bukan macam dulu-dulu lagi dah, masing-masing dah berpendidikan tinggi, kerja pun bukan calang-calang, silap-silap mahu gaji tak habis setahun belanja.
Cuma, apa yang sangat dikesalkan, orang-orang yang berpolitik di tanah air yang saya sayangi dan cintai ini terlalu taksub dengan parti politik masing-masing. Mungkin terlalu taksub sampai ikut je membuta tuli apa yang dikatakan tanpa mengkaji dulu kesahihan sesuatu cerita. Terlalu taksub sampai sanggup menggunakan bahasa yang tak sepatutnya kepada parti politik yang berlawanan. Apa yang menyedihkan lagi, orang yang berperang mulut tu adalah orang melayu, islam lagi, tapi mengapa berbalah, berperang mulut sesama islam? Di manakah adab dan budi pekerti kita sebagai orang melayu? Mana sifat kita sebagai orang islam? Kecewa bila tengok macam tu, berbalah, berperang mulut dan saling mengata antara satu sama lain sedangkan orang yang kita duk mengata tu, kaum sebangsa seagama kita juga. Seolah-olah sama macam kita mengata diri sendiri juga. tak ke? Memang fahaman parti politik itu berbeza, tapi tak perlu la sampai kena jatuhkan pihak lain bagi membuktikan pihak yang lagi satu betul. Kan boleh berbincang, berdiplomasi secara betul. Nabi S.A.W pun mengajar kita supaya bermesyuarat, berbincang dan bertolak ansur.
Cuba kita tengok balik sejarah Tanah Melayu semasa menentang penjajah, masa zaman Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman dan ramai lagilah pejuang Tanah Melayu. Pejuang-pejuang ni tak berjuang seorang diri tapi bersatu dengan orang melayu yang lain, malah sanggup mengorbankan nyawa bagi mempertahankan negara daripada penjajah. Lepas tu, semasa menuntu kemerdekaan daripada pihak British, orang melayu semua bersatu kan untuk merdeka? Malah, kaum lain pun turut sama berjuang untuk merdeka. Tiada beza antara bangsa, warna kulit, kedudukan dan juga agama. Tapi sekarang macam mana? Tepuk dada tanya iman kita.
Tak salah untuk berpolitik dan menyuarakan pendapat masing-masing, tapi janganlah terlalu taksub, sampai apa yang betul, apa yang salah dah tak nampak lagi dah.. Politik tetap politik tapi jangan sampai kita membelakangkan agama Allah. Jangan sampai kita lupa DIA yang lebih berkuasa. Kita dikurniakan akal, gunakan ia sebaik mungkin. kita juga kenalah berfikiran terbuka, sebab tak semua berfikiran sama macam kita. Apa yang penting, jangan takut untuk bertolak ansur dan kurangkan EGO. Tak salah nak beri pendapat atau luahkan perasaan tak puas hati tapi biarlah dengan bahasa yang betul. Kita orang islam dan orang melayu, ada budi bahasanya. Lagi satu, tak rugi kalau kita bercakap elok-elok, bertolak ansur antara satu sama lain, menghormati oraang lain dan berbudi bahasa. Orang sekeliling akan lebih kagum dengan kita sebab dari situ menunjukkan yang kita ni bangsa yang berpelajaran, berpendidikan dan beragama.
Berpolitik itu tidak salah asalkan kita tidak lupa asas yang paling penting iaitu Iman dan Islam. Berpolitik itu tidak salah selagi kita berpegang pada paksi yang paling utama iaitu Al-Quran dan As-sunnah. Kita kena kembali kepada Allah dan kembali mengenali DIA yang Maha Pencipta. Apabila kita kembali kepada Allah, Allah akan tolong kita. Bila kita kenal Allah, kita akan kenal siapa diri kita yang sebenar.
Saya di sini tak berpihak kepada mana-mana pihak, masing-masing ada pendirian masing-masing. Cuma, mari sama-sama kita berfikir, betulkan mana yang silap. TEPUK DADA TANYA IMAN!
Terima kasih sudi singgah di sini =)